Wednesday, June 18, 2008

ALHAMDULILLAH...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah, tercapai juga impianku untuk memiliki blog.
Aku ingin mengucapkan syukran jazilan kepada Amira aka Theo kerana dialah yang sudi berkongsi ilmu sehingga terhasilnya blog ini dengan izinNya.

Aku tidak pasti untuk apa blog ini tapi aku dapat merasakan bahawa blog ini dapat memberi kebaikan buat diriku ini. Mungin bukan sekarang, tapi di kemudian hari. InsyaAllah..

Aku ingin berkongsi sedikit wadah ilmu, novel TAUTAN HATI karangan FATIMAH SYARHA MOHD. NOORDIN.(Telaga Biru Sdn. Bhd.)

Antara input-input yang aku cakupi dalam novel ini ialah :

-pengisiannya yang cukup mantap, bernas dan menarik
-menginsafkan hati-hati yang lalai terhadap pemilik alam ini
-mutiara2 kata yang begitu berharga / priceless!
-plot yang menarik
-membuatkan hati ingin berada dekat di sampingNya
-menyedarkan diri bahawa hidup dalam halaqah amat penting untuk menghadapi cabaran dunia

" Oh Tuhan, hadirkan cintaku padaMu dan RasulMu melebihi cintaku pada sekalian makhluk ciptaanMu. Terimalah aku sebagai salah seorang perinduMu dan pendamba cinta agungMu. Sensungguhnya aku ini hamba yang hina dan banyak pula maksiatku padaMu. Jangan sesekali Kau sisihkan aku dengan kehinaanku ini. Kembalikan aku ke pintu hidayahMu. Aku mencintaiMu Tuhan.Kabulkanlah doa permintaanku ini.."

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...
at least now u hv one to share all ur thoughts bout everything, ryte??
blog is one the way people to express their feelings n wat they hd done in their lifetime....

iman maisarah said...

salam...cik amira sayang!!camne nak buat shout out box ni???
aq x tau ar...
bley bg tunjuk ajar??
huhu..tq!!