Wednesday, June 18, 2008

IHSAN

Ihsan..seindah namanya.
YA! Nama itulah yang berjaya menambat hatiku sejak aku mula2 melihat dirinya..
Dia bukan sahaja cerdik, pintar, malah pandai bergurau, aktif, dan tidak pernah mengenal erti penat..Huhu~
Tentu sahaja ramai yang pelik,
mengapa Ihsan?
mengapa tidak Comel?
Comot?
atau sebagainya?
Bukankah Ihsan itu allughoh ala'robiah??bahasa al-Quran?
Ihsan itu membawa maksud yang baik..
Jadi, tidak salah untuk aku menamakan kucing kesayanganku itu, Ihsan.

Walaupun dia bukan daripada baka2 yang mahal seperti parsi mahupun siam,
namun kelincahannya sentiasa menceriakan hatiku.
Aku sememangnya pencinta kucing.

Sebelum aku membelinya, aku teringin sangat untuk memelihara kucing.
Kerana apa?
kerana kucing merupakan haiwan kesayangan nabi serta dapat menggembirakan hati2 yang melihatnya.Setidak-tidaknya pada diriku ini.

Aku membelinya kerana kasihan melihat dirinya yang terkurung dalam sangkar tanpa apa2 alas di bawahnya.

'Tentu kakinya sakit,' fikirku.

Tuan kedai itupun tidak membersihkan 'wasted substances'nya menjadikan aku lebih kasihan kepadanya.
Lantas aku meminta mamaku untuk membelinya sebagai hadiah hari jadi walaupun dua bulan lebih awal daripada tarikh yang sebenarnya.. Hehe...

Sekarang, dia sudah remaja..hoho!!
Dia gemar mengikutiku ke mana sahaja sewaktu aku membersihkan halaman rumah, unwanted substancesnya dan ketika menjirus bunga.

Waktu nilah dia bermanja-manja denganku, menggesel2 badannya di kakiku, tak kurang juga menangkap kaki dan tanganku untuk dibawa bermain. Sungguh comel!

Yang geramnya, ketika aku dan mamaku pulang ke rumah dengan kereta, bukannya dia tau takut...
lagi Ihsan guling2kan badannya ke kiri dan ke kanan di atas simen...

Sabar je lah..
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...

Semalam aku baru menerima cakaran kali kedua daripadanya kerana mengusiknya...
Garangnya anak jantan ni..
Walau bagaimanapun, tidak sedikitpun terselit perasaan marahku..
Mungkin boleh dijadikan kenangan sewaktu aku sambung belajar nanti.

Apapun, aku harus mengucapkan syukur alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana telah mengurniakan aku seekor anak kucing yang comel buat seisi keluarga.
Tuhanku tidak pernah menghampakan hambanya walaupun sudah bertahun-tahun aku menginginkan anak kucing sebelum ini..
Bukannya mamaku tidak mahu memelihara anak kucing, tetapi mama yang terpaksa mengurus segalanya termasuk kencing beraknya....dan belum sempat menjadi dewasa, kucing tersebut lesap entah ke mana,,
al-maklumlah, waktu itu aku kecil lagi, hanya tahu bermain...Hehe~

"Alhamdulillah...
kerana ihsanMu ya Allah,
kau kabulkan juga permintaanku ini,
Terima kasih wahai Tuhan..."

No comments: