Tuesday, July 15, 2008

syukur ALHAMDULILLAH...

salam ukhwah, salam perjuangan..

pertama-tama sekali aku ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah,Tuhanku yang Maha Agung, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ALHAMDULILLAH, aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

ALHAMDULILLAH, aku masih bisa menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba Allah dan pelajar.

ALHAMDULILLAH, aku masih kuat menghadapi dugaanMU walau kadangkala aku hampir tewas.

Ah, ini baru permulaan aku sudah terbeban...
Aku mesti kuat....

Ya, aku sangat yakin dengan kalam dan janjiNya,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Meniti kehidupan sebagai class representative menuntut pengorbanan yang sangat besar.
Tanggungjawab sebegitu merupakan amanah yang maha berat bagiku,...

Tapi, Allah sentiasa mengasihiku dengan mengurniakan pembantu untukku..Faseeha namanya..

Faseeha, nama seindah orangnya..
Ya, dia telah begitu banyak membantuku, saling bekerjasama dan yang paling penting menjadi 'tourist guide'...

huhu..sememangnya aku tidak arif dalam menghafal jalan2 yang terbentang di muka bumi ini...

Sejujurnya, banyak yang aku ingin luahkan tetapi tidak tertulis di blog ini..
mungkin aku belum bersedia untuk berkongsi rahsia hatiku ini lagi

Serasa ingin sahaja aku menghamburkan semuanya....
Biar puas, lepas!!!

Astaghfirullah....
Ampunilah dosa hambaMu ini ya Ghaffar...
Cekalkanlah hati hambaMu ini sebagaimana tabahnya hati para syuhada' dalam memperjuangkan agamaMu..
Lapangkanlah hatiku..
Permudahkanlah urusanku..

Robbana aatina fid dunya hasanah,
wafil aaakhiroti hasanah
waqina a'dzabannar....
ameeN~

No comments: