Wednesday, December 10, 2008

mayat lg rajin baca quran dari kite..

salam...
posting kali ni cambest..
aku dpt drpd email ex-maahad=)
smoga kite dpt ambil pngjrn drpdnya..insyaAllah~

MAYAT BACA YASIN..

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh
pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru
saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim
Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia
.Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang
lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah
mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang
meninggal dunia pada musim haji.



Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para
jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang
mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat
dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira
lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka
semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari
tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan
mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari
kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti
kebiasaannya.



Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam
kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya
dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat
tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut
memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran
yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah
mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga
tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di
antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).



Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah
mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan
Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain
selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air
zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut
Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi
orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan
aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan
ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di
situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan
janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja
keranaNya.

p/s : Subhanallah!Mayat pn bace Yassin...Kalau kite yg masih bernafas ni x
amalkan yassin wat malu jek...
(pesanan buat diriku juga..isk3!)

No comments: