Saturday, December 6, 2008

Romantica~

Semalam, seperti biasa..

Aku memberinya makan nasi bergaul isi ikan utk dinnernya

Kucingku ini manja sedikit…

Perlu dikutil isinya…

Dia xreti ratah begitu sahaja

Pernah sekali kami beri dia makan ayam..

Tahu apa yg dibuat dgn ayam itu?

Disepaknya dan dikuisnya seperti bermain bola..

Kami hanya menggelengkan kepala smpai tertawa melihat gelagatnya

Peristiwa kedua pula ketika aku meberinya seekor ikan utk diratah…

Dia hny melihat, kemudian digigitnya

Sedar2 ikan tu dah terpelanting nun jauh di sana..

Aduhai..ihsan..ihsan~

Back to da topic..huhu~

Selalunya apabila makanan depan mata…

Kucingku itu tidak hiraukan apa2 disekililingnya…

Tapi yg buatku terpegun apabila dia xjadi makan n masuk balik bwh kereta

Kerana apa?

Semata2 utk mengajak buah hatinya mkn…

Dan ihsan hny makan setelah gfnya makan…

How romantic~ ^_^

Bila difikir2kan kembali…

Hidup ini memang perlu utk berkasih sayang

Bukankah org yg x mengasihi saudaranya tidak akan menerima rahmat dan

kasih sayang daripadaNya…

Sedangkan kucing pun saling menyayangi sesama mereka…

Inikan pula kita sebagai makhluk Tuhan yang istimewa yg dikurniakan

akal fikiran oleh Al-Khaliq

Namun, sebagai umat Islam, kita perlulah berkasih sayang

mengikut landasan syariat yang dibenarkan olah Allah azza wajalla

Berkasih sayang di sini bukan bermakna bercouple atau yg sewaktu dengannya

Tapi, berkasih syg yang membawa kepada mardhotillah

Keredhaan Ilahi…

Berkasih sayang kerana Allah

Apakah yg dpt kita fahami dgn berkasih syg keranaNya?

Apa yg dpt dimksudkan di sini ialah kasih syg yg halal bg kita..

Berkasih sayang dengan Allah

Dengan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar

Berkasih sayang dengan Rasul

Dengan mematuhi sunnahnya

Berkasih sayang dengan ibu bapa

Dengan mentaati perintah mereka & membahagiakan mereka selagi

bertepatan dgn syariat Islam

Berkasih sayang sesama adik beradik, sahabat2, para guru dan saudara seislam

Mahupun yg bukan seagama dengan kita

Dengan melayan mereka sebaik2nya tanpa melanggari garis panduan syarak yg

Telah termaktub dalam kalam Allah…

Betapa indahnya agama Islam…

Kita dibenarkan utk sayang menyayangi antara satu sama lain

Selagi kita tidak melakukan perkara yg dilarang Allah

Namun, betapa ramai remaja Islam sekarang yg terbawa2 trend dr Barat…

Terasa sayu hati ini tatkala membaca gejala sosial yg semakin menular

Dlm kalangan masyarakat Malaysia hari ini…

Inikah yang dikatakan Islam sbg agama rasmi?

Masalah pembuangan anak, rogol, bunuh..sudah seperti menjadi suatu kebiasaan

di bumi Malaysia ini..

Mana perginya perasaan kasih sayang?

Mana hilangnya keindahan kasih sayang itu?

Inilah yang terjadi apabila perasaan itu tidak berlandaskan hukum Allah…

Renungkanlah rakan2 sekalian

Apakah kita hanya mampu melihat tanpa bertindak?

Sesungguhnya mencegah dengan hati itu selemah2 iman…

Jika kita merasa hanya cukup bg kita utk hny memelihara diri dr kemungkaran..

Ternyata kita silap sama sekali

Kegemilangan Islam suatu ketika dahulu meliputi 2/3 dunia adakah kerana sikap individualisme pemimpin atau rakyatnya?

Tentu sekali jawabnya tidak bukan?

Mereka bekerjasama dlm menaikkan maruah islam..

Lihatlah betapa besarnya sumbangan mereka terhadap dunia islam..

Oleh itu, wahai rakan2ku yg amat kucintai sekalian…

Marilah kita sama2 berganding bahu dalam memikul dakwah ini..

Marilah kita menyambung perjuangan Rasulullah~

Kerana kita telah berjanji pada Allah utk memikul tugas sbg khalifah

Di muka bumi ini..

Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat,

“Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”

Mereka berkata, “ Apakah engkau nak menjadikan orang yang MEROSAK dan

MENUMPAHKAN DARAH di sana, sedangkan kami bertasbih dan memujiMu

Dan menyucikan namaMu?”

Dia berfirman, “Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(2:30)

Lihat, Allah telah mengangkat martabat kita sbg manusia di hadapan para malaikat..

Kita telah menjadi wakil Allah di bumi ini,

Maka, buktikan pada Tuhan kita bahawa tanggapan Dia terhadap hambaNya

tidak salah dan buktikanlah pada malaikat bahawa pemilihan Allah terhadap manusia

tidak pernah salah…

Janganlah kita persia2kan anugerah yg telah

dikurniakan Allah kepada kita duhai teman.

Maka tunaikanlah janjiMu..

Kerana org yg tidak menunaikan janji adalah org yg munafiq…

Wallahualam~


2 comments:

Anonymous said...

salam
nti, nice article

nak tanya
mana dapat peta kuasa Islam tu

cuba perhati balik peta tu
mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan

aha
sejarah tu luas dan dalam
lebih banyak dikaji maka makin banyak misteri

Anonymous said...

salam..

amirah, kak wani baru balik dari kembara andalusia, bumi yang pernah menjadi makmur selepas ditamdunkan oleh nur islam. banyak ilmu dan pengalaman berharga menjadi catatan. nanti insyaalah, akan dikompilasikan untuk tatapan semua, insyaalah. ada rezeki, jumpa nanti.kirim salam kat mama ye.

wassalam