Saturday, November 29, 2008

SEBUAH PERtemuAN

Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Sumber http://www.hijjaz.com.my

Friday, November 28, 2008

danau oh danau~

“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu.



“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih.

Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.



Photo of Danau Toba by littlesthobo


“Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan.

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya.

”Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru.

”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.”
“Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai utk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. “Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yg dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau.”


(Dipetik dari Luahan Rasa, Kesihatan akhbar Mingguan Malaysia)

Thursday, November 27, 2008

cekgu???

salam....

Aq agak mengantuk sewaktu jari-jemariku menari di papan kekunci ini..
Sebenarnya, aq baru sj usai mengajar anak kwn ayahku...
Kasihan dia...
Kls x formal yg sepatutnya habis jam10.30 , dilewatkn 30minit
aq bukan sengaja sebenarnya..bila dia pulang baru aq sedar bahawa jarum jam merangkak
menunjukkan pukul 11..
huhu~
mungkin bersemangat sgt ajar..
hehe

al-ilmu bila a'mal kasshajari bila thamar
(ilmu tanpa amal seperti pokok tnpa buah)
jd, adalah lebih baik berkongsi ilmu drpd menyimpnnya seorg diri..

Anak didikku ini pada hematku agak pintar orangnya..
Mengajarnya Matematik Moden x sesusah yg disangkakan...
Aq rasa, markah yg hampir fail tidak padan dengan abiliti yg ada padanya..
Mungkin kurang latihan, atau tidak begitu faham apa yg dipelajari sewaktu di sekolah...
Walaubagaimanapun, aq amat berbesar hati utk mengajarnya...
Mengajarnya membuat mindaku berfikir, benarlah kata pepatah Arab

"man jadda wajada"
(siapa yg berusaha, dia akan berjaya)

Usahanya utk datang ke rumahku dan belajar denganku merupakan
satu usaha utknya meraih kejayaan...
Alhamdulillah, aq mulai nmpk sedikit kemajuan dlm dirinya...
Biar sedikit, lama2 jd bukit...xgitu??

Semoga kamu berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2009..insyaAllah
ameen~

Wednesday, November 26, 2008

Nabiha~

Nabiha
Nama yang sentiasa kurindui...
Orangnya manis, ceria n jujur...
huhu~
aq tersenyum sendiri mengingat kembali kenangan kami di Intec..
walaupn baru 4 bulan mengenalinya serasa mcm sudah lama kami berkawan

Ingin kuimbas kembali pertemuan pertamaku dengannya..

Ketika dia mengetahui aq sekelas dengannya, pintu rumahku tiap2 malam jd habuan ketukannya...
1knock = 1 question
n hampir setiap malam 3 or 4 soklan yg ditnynya...
sehingga aq bergurau dengannya..
"Biha, awk ambil je la kunci rumah kitorg"
huhu~

aq sebenarnye bukan senang nak rpt dengan seseorg...
Kdg kala senang, kdg kala susah..aq pn xtaw knp...
tanpa kusedari, akhirnya, kami boleh menjadi kwn rapat
ya, ibarat belangkas atawpn kembar siam..
itulah gelaran kami di Intec...
ataupn, "budak2 nakal"...haha...
Gelaran itu diberi oleh Kak Syud, penolong AJK Surau kerana
kamilah satu2nya pljr ADFP yg involve dlm bidang ni n pling muda...
hehe~
(psstt, nabiha yg nakal actually, dia yg byk sakat akak2 tu..haha~)
sorry biha...
apa2pn, kami mmg kanak2 riang...

Kami sering ke mana shj berdua,
maybe becoz
we're....
-classmates,
-groupmates,
-usrahmates,
-block5mates,
-laman2mates,
-floormates(umah pn depan2)
haha..

yep, after a deep consideration, i would say ...
YES! ahax!

With her, we were like kids,
when we feel like running, we will run as the world is ours=)

She is such a kind and caring friend...
I still remember when I went out with my classmates,
Although she refused to follow,
but she always contact me to make sure that I am safe..hehe
thanx biha...

Kami jugak selalu keluar sama2...
tapi mslhnya, aq x mahir soal jln n xpandai lintas jln sgt
maybe pnglmn hampir dilanggar kereta mmbuatkn aq sedikit fobia
jd, setiap kali kami lintas jln, mesti kami berpegangan tgn,
klu xpn, dia yg akan memegang lenganku..=)
aq sempat bergurau dengannya,
"Untung ape xpndai lintas jln, nnti klu da kawin bley pegang tgn suami..hilang dosa kecil.ahax!"
ada2 saja aq dan dia...

Dia juga tidak meninggalknku ketika aq dlm kesusahan...

Pada mlm itu, aq masih lg blum mnyiapkn radio drama..pdhal datelinenya esk...
jd, aq bercadang utk buat di biliknya...
hny part 8 n 9 yg blum selesai
pabila jam mnunjukkn pukul 1 lebih...semuanya telah siap..
tinggl utk compress n msuk dlm 1 cd shj
malangnya, part1-7 x boleh dibuka
nero tu slalu ada mslh,tp aq x mnjgka dia akan buat prangai pd saat genting ini...
aq x dpt mnahan rasa hati...
aq mnangis dlm diam..
nabiha pula x sggup melihatnya...
dia mncdgknku agar berkongsi mslh ni dgn group rd ku...
wlaupn aq membantah pd mulanya, tp akhirnya aq setuju...
tp ternyata jwpnnya amat mghmpakn...
mrk seakan2 x terkilan n x mmbntuku sama sekali
mgkin krn mrk x tahu betapa peritnya mengedit bhn2 ini sdg mereka lena diulit mimpi indah
nabiha menyuruhku bertenang n menghulurkn bntuan buatku

dia membuatkn aq nescafe(klu x silap) n ktorg mkn cornflakes(kotak besar) smpai tinggl sedikit
sempat lagi kami berkongsi cerita n bergelak ketawa..
semuanya krn biha yg pndai menceriakn suasana..

dia sggup stay up sehingga pukul 3 lebih krn aq...
kesian dia....krn mngntuk sgt smpai x prasan yg dia tertido depan laptop...
akhirnya aq lena juga pd pukul 4 lebih stlh mngemas brg2..

One day, ditakdirkn kakiku terseliuh jatuh bas...
Bas tu tinggi sgt n berhenti di tmpt yg x sepatutnye..(alasan~huhu)
dah nak jd, jd jugak..ye x?
sakitnya YA Allah, hny Tuhan yg tahu...
Alhamdulillah, naimah ada waktu tu n bantuku naik ke atas...
Apartmentku di tingkat 4..
huhu..bayangknlh..
dengan kaki yg terseliuh, tapi tyme tu still bole jln lg...

Masa ambil air sembahyang(nanthini yg tlg papahkn ke bilik air..how kind of her)
tetibe kaki x ley jejak lntai...
mcm kene kjutn letrik gitu...
bisa~
So, aq lompat2 la msuk dlm bilik...kesian pulak klu nak suro nan yg dukung

Then, waktu pi jumpa doctor,
nabiha n divwya yg tmnkn coz nan & illi(my room8) pi mkn(n tlg belikn mknn skali)
oleh kerana I cannot walk, makanya, diorg angkat aq..
hny kat tgga aq try turun sndiri...

Kat klinik pn diorg kene angkat..sian diorg..
Alhamdulillah, ade insan mulia yg tlg bukakan pintu...
waktu pemeriksaan, doktor saja2 takutkn
dia kata kmungkinn 50%retak, 50% terseliuh...
kene tunggu esk baru ley tau keputusnnya
Then, dia kata lg, klu retak, kene tunggu dlm 2-3 bln baru baik...
kata2nye lebih kpd mengiyakn bhwa kakiku retak
aq sudah xtahan lg utk keluar dr situ...

Keluar sj dr bilik dr,
aq menangis sepuas2nya....
bukan krn sengaja utk memohon simpati,
tp krn mmg x thn nak nangis nk wat cmne...
aq risau krn exam x smpai sminggu..
klu bnr retak, bgaimn aq nak ambil exam?
bgaimn aq nak beri tumpuan yg spnuhnye dgn kaki yg berbalut?
nnti sudah psti aq akan menyusahkn byk pihak....
namun, divwya n nabiha menenangkn aq...

Alhamdulillah, melalui ujian xray, kakiku disahkn tiada keretakn, cuma tissue injury
aq mngucpkn syukur yg x terhingga pd Ilahi krn mgkabulkn doa hambaNya yg lmh ini..

beberapa hari slps itu, kakiku hampir pulih,
aq la yg gatal sgt tidur dibawah...
smmgnya, tidurku agak lasak...hehe
mungkin swktu tidur aq tertendang kaki katil..
aq terjaga dlm pukul 4 pg...
kakiku terasa amat sakit...
n kesakitan itu berterusan 6 jam lamanya..

atas ihsan kwn2ku, nabiha n illi, mereka bersetuju utk mmbeliknku cruthes...
hny dgn itu aq x akan mnyusahkn mrk...
alhamdulillah, aq dpt mmbelinya dgn harga lbih kurang rm70.
mereka tny pdku...
tidakkah membazir membeli alat ini hny utk kegunaan yg sebentar?
pdku, kegunaan yg sebentar itulh yg cukup bermakna bgku...
tidak perlu aq menzalimi kaki kiriku...n x perlu mnyushkn mereka..
lgpn, aq x merasa ralat kerana mungkin akan ada yg memerluknnya...
sesungguhnya, pahala itu lbih tinggi nilainya dr wang ringgit...

persahabatan ini jika disulami dgn kasih sayang n saling membantu diiringi dengan doa yg ikhlas
serta mendambakn redhaNya pasti akan mencambahkn rasa cinta sebagai sahabat n ukht....=)
syukran ya sohibi~

walaupn semuanya telah berlalu, namun kenangan ini tetap kukuh
dalam sanubari...
moga ukhuwah fillah abadan abada~
insyaAllah.....

Solat itu tiang agama~



Yang mana satukah kita?
Renung2kanlah~...

Tuesday, November 25, 2008

RAHSIA WANITA

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
• Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
• Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
• Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
• Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
• Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
• Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
• Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
• Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
• Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
• Penasihat yang baik kepada suami.
• Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
• Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
• Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
• Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
• Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
• Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
• Bijak mewujudkan suasana selesa.
• Hati yang cepat berubah ubah.

Wallahualam..
tak tau la btul ke x.
apapun ambillah semuanya sebagai pengajaran.
Kalau ada kelemahan diperbaiki,
Jikalau ada kebaikan, harapnya diteruskan..
insyaAllah~

JANGAN DITANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali
kita merasa kecewa. Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman,
keinginan yang tidak tercapai,
kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai
dalam saat-saat tergoncangnya jiwa,
masih ada setitik cahaya dalam kalbu
untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki
menuju majlis-majlis ilmu,
majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan
pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.
Tempat kita mengejar berbagai keinginan.
Dan memang manusia diciptakan mempunyai
kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa
terbukti,
tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.
Dan tidak mudah menyedari bahwa apa
yang bukan menjadi
hak kita tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahwa
hidup ini tidak punya satu hukum:
harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya
tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua
pemberian Allah hingga membuatnya
sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Begitu juga kegagalan sering tidak
dihadapi dengan benar. Padahal dimensi
tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak
kita. Padahal hakikat kegagalan adalah
tidak terengkuhnya apa yang memang
bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di
dunia, entah itu rezeki, jawatan atau
kedudukan, pasti akan Allah sampaikan.
Tetapi apa yang memang bukan milik
kita, ia tidak akan kita bisa miliki.
Meski ia nyaris menghampiri kita,
meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa
di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam
kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu)
supaya kamu jangan berdukacita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan
supaya kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang diberikan-Nya
kepadamu. Dan Allah tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi
membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau
terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar
ketentuan Allah tentang jodoh kita,
bukannya meminta yang terbaik dalam
istikharah kita tetapi benar-benar
ketentuan Allah: "yang pentingnya
harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana
aku sangat mencintainya." Seakan kita
jadi yang menentukan segalanya, kita
meminta dengan paksa. Dan akhirnya
kalau pun Allah memberikannya maka tak
selalu itu yang terbaik. Boleh jadi
Allah tak mengulurkannya tidak dengan
kelembutan, tapi melemparkannya dengan
marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan
kau hanyut dalam nestapa jiwa
berkepanjangan terhadap apa-apa yang
luput darimu. Setelah ini harus benar-
benar difikirkan bahwa apa-apa yang
kita rasa perlu di dunia ini harus
benar-benar perlu, bila ada
relevansinya dengan harapan kita akan
bahagia di akhirat. Kerana seorang
Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi
menjadikan dunia untuk mencari hidup
yang sesungguhnya: hidup di akhirat
kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa
yang bukan milikmu!

Mangkuk Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya - Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a.

Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu.

Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut - mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Saidina Abu Bakar r.a. berkata:

Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Saidina Uthman r.a. berkata:

Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Saidina Ali r.a. berkata:

Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Saidatina Fatimah r.a. berkata:

Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:

Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:

Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:

Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”