Monday, December 14, 2009

Amanah

Umur itu amanah,
Masa itu amanah,
Mata itu amanah,
Hidung itu amanah,
Telinga itu amanah,
Lidah itu amanah,
Tangan itu amanah,
Kaki itu amanah,
Harta itu amanah.

Semuanya akan dihisab di akhirat kelak.

exams~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Saya akan menghadapi final exam rabu sehingga jumaat ini..
Doakan kejayaan kami ye kwn2?Thanx!

Allahumma najjihna fil imtihanat..3x

Semoga dengan kejayaan yg kau berikan kepada kami ini dpt kami jadikan sbg alat bukan matlamat utk memartabatkan Islam di mata dunia.. Insyallah..ameen~

Sunday, November 29, 2009

tamrin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selama cuti thanksgiving ini, jadual saya dipenuhi dengan tamrin.
Apa tamrin tu ya?

Tamrin ni cerita pasal usrah,

asal usulnya
kewajipan kita berusrah
tarbiyyah islamiyyah
dan pelbagai lagi

Alhamdulillah, tidak rugi kami mengorbankan masa cuti dan waktu shopping kami demi agama Allah. Walaupun seronok melihat rakan2 yg lain travel around USA. takpe, sabar mira, sabar..

Siapa yang berjual beli dengan Allah, insyallah xkan rugi mira..
Allah tidak akan memungkiri janji2Nya.ameen~

Banyak input2 penting yg saya dapat dlm tamrin ini..

Dan dpt mengeratkan ukhuwwah sesama sisters
Sangat seronok!

Dapat berjumpa juga dengan teman2 lama...juga ex-samura,kak jannah

Terasa seperti di Malaysia pula..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Semoga kami diberi kekuatan utk terus menegakkan agama Allah di muka bumi ini...

Ya Allah, matikanlah kami dlm iman dan islam

Sesungguhnya, jalan dakwah itu amat sukar sekali..
Maka permudahkanlah kepada kami wahai Tuhan yang Penyayang..
Ameen~

Friday, October 30, 2009

Niat

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini, saya ingin berbicara mengenai niat. Saya bukanlah arif dari segi ini..Harap jika
ada kesilapan di mana2, harap diperbetulkan.. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripadanya insyallah...

Niat

Dari Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bahawasanya segala amalan adalah bergantung kepada niat, dan bahawasanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ia ingin untuk memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
(H.R. al-Bukhari&Muslim)

Hadith di atas merupakan hadith pertama daripada hadith 40 an-Nawawiyah.


Hal ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam setiap perkata yang kita lakukan..
Ya, SETIAP perkara..

Kerana itulah adanya aim ataupun matlamat. Semuanya ini lahir daripada niat.

Hadith di atas mengatakan jika niat kita kerana perempuan, maka kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.
Mengapa?
Kerana matlamat kita hanya untuk mendapatkan perempuan itu.

Tetapi jika niat (matlamat) kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya, insyallah kita akan mendapat keredhaanNya.

Maka, perlu dinilai di sini, apakah tujuan kita dihantar ke muka bumi ini?

Bumi ini bukan milik kita, diri ini bukan milik kita..

Semua yang ada di alam ini milikNya.

Maka apakah hak kita untuk mementingkan diri dan meniatkan sesuatu bukan keranaNya..

Jika bukan kerana rahmat Allah yang Maha Pengasih, mampukah kita untuk melihat dunia ini?

Mampukah kita untuk menjadi manusia yang hebat?

Mampukah?

Anda sendiri sudah tahu jawapannya..

Ada pulak antara kita yang sedar, segalanya harus niatkan kepada Allah..

Tetapi ucapan itu hanya lahir daripada mulut,bukan dari hati, dan bukan juga daripada perbuatan.
(Saya juga tergolong dalam golongan2 yang disebutkan di atas)Ya Allah, ampunilah kami..

Sebagai contoh, katakanlah pagi ini saya bersenam di gym atau di taman rekreasi,lalu saya berkata "Aku lakukan ini demi Allah." Tetapi, semasa yang sedang bersenam itu, mata saya meliar melihat lelaki2 bermata biru yang tegap badannya. Saya juga berbisik di dalam hati, " Kena bersenam lama sikit ni, barulah body lawa."(sebagai contoh)

Maka perbuatan saya di atas adakah menunjukkan saya bersenam keranaNya atau kerana manusia? Memang pada mulanya saya melafaz sedemikian tetapi lain pula outputnya.

Mengapa? kerana lafaz itu tidak lahir dari hati. Tiada kesungguhan.
Andai saya betul2 niatkan senam itu keranaNya, maka saya bersenam kerana hendak sihat, agar saya dapat khusyuk dalam beribadah dan dapat melakukan segala ibadah sebaik mungkin.

Perlu diingatkan di sini bahawa ibadah itu bukanlah sekadar solat dan berpuasa malah segala perbuatan kita. Apabila segalanya diniatkan keranaNya dan dilaksanakan hanya keranaNya, maka diri kita tidak pernah sekalipun terlepas daripada beribadah kepadaNya. Maka, pahala yg kita peroleh tidak akan pernah berhenti mengalir. Subhannallah..

Betapa Maha Pemurahnya Sang Pencipta kita.

Maka, cuba kita hitung, berapa banyakkah amalan/perbuatan yang kita telah bazirkan selama ini hanya kerana kita tidak niatkan pekerjaan kita itu kerana Allah?
Alangkah ruginya kita...

Padahal kita akan ditanya pada hari qiamat akan empat perkara:
"1) Untuk apa dihabiskan umurnya
2)Ke mana digunakan ilmunya
3)Darimana ia dapat harta
4)Ke mana harta itu dibelanjakan"

Bagaimana kita hendak jawab dihadapan Allah betapa banyak usia yang telah kita sia-siakan?

Bagaimana?

Saturday, October 24, 2009

Demi Cinta Suci~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hurm...tadi saya dan room mate berbincang pasal boyfriend a.k.a. teman lelaki...
Sebagai manusia biasa, kita semua tidak lari daripada mempunyai perasaan untuk disayangi..

Kami berdua turut merasa betapa seronoknya kalau ada teman lelaki(coz we never have one)..
ada org yg ambil berat n sayang kita...(selain kwn perempuan..u know right, it is not the same)

Tetapi... sebagai orang Islam, kami tidak boleh berbuat begitu..at least to me, im not feeling like having a boyfriend, though i want one..hehe...

Saya pernah mengambil jalan yang salah sekali sewaktu di Intec. Dan saya tidak mahu mengulangnya lagi.. Cuma saya mengharapkan jika umur saya panjang, saya hanya mahukan seorang suami yang dapat membimbing saya ke jln yg diredhaiNya dan menyayangi dan menerima sy seadanya.

Semoga Allah mengganjari kesabaran saya ini dengan suami yang soleh...ameen~

Betapa saya ini seorang yang lemah dan hanya tau meminta saja kepada Allah (baru sabar sikit dah minta lebih2 kat Allah)..betapa teruknya saya ni T_T

Saya pernah terdengar, kalau nak pasangan yang baik, diri sendiri perlu dibaiki dulu..
Tapi, saya sentiasa rasa terdapat byk sgt kelemahan dlm diri ini yang susah nak diubah...

One brilliant question(which i got from Life is an open secret book) :

"Would I marry me?"
hurm....i dont know..would i?

bila jawapan yg sebegitu, nampak sgt byk kecacatan diri...tapi ada hati nak suami soleh...
xmalu!

Duhai diri, bila hendak berubah?
Jangan hanya mengharap permata jika diri tidak seindah intan~

Friday, October 23, 2009

seron0k2! ^_^

video yang menarik untuk tontonan umum :

www.ummahfilms .com

or

http://www.ummahfilms.blogspot.com/

jika ada masa, silalah tonton =)

Kenapa kita sakit?

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai recitation Physics pagi tadi and alhamdulillah juga, selesai set appointment bersama-sama advisor.

Alhamdulillah..segala puji bagi allah atas nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya..

Semalam, saya melihat seorang lelaki berjalan dlm keadaan yg terhincut-hincut.. Bukan hincut yang sedikit tapi yang hincut yang agak...saya pn xdpt menggambarkannya...agak menakutkan..
Apa yang saya boleh katakan ialah saya sangat kasihan melihat lelaki tersebut...
Walaupun dalam keadaan begitu, azamnya utk menimba ilmu sgt kuat...
Terdetik rasa kagum di hati saya...
Lantas saya bersyukur ke hadrat Allah kerana alhamdulillah, saya boleh berjalan seperti biasa.

Teringat suatu ketika dahulu, apabila saya terseliuh akibat terjatuh bas. Hanya Allah dan org2 yg pernah mengalaminya tahu bagaimana sakitnya apabila terseliuh...

Bagaimana saya terlompat-lompat untuk mengambil wuduk pada waktu Subuh kerana tidak mahu menyusahkan rakan yang sedang enak tidur.

Bagaimana peritnya berjam-jam kerana kaki terlanggar tiang katil sewaktu tidur(lasak sangat siapa suruh..hehe..)

Bagaimana saya berpeluh-peluh berjalan dengan memakai tongkat hanya untuk keluar daripada Akasia untuk pergi berubat...

Bagaimanapun,saya bersyukur kerana diberi pengalaman yang begitu berharga...
agar saya dapat belajar dan tahu erti syukur dalam hidup ini...

Dan semasa sakit itulah kita lebih mengingati Allah..Ya, kebanyakan orang sewaktu dalam kesusahan barulah dia insaf dan bertaubat...

Subhanallah, Allah Maha bijaksana dalam mengatur kehidupan ini..

Barulah saya tahu salah satu sebab kenapa Firaun begitu bongkak dan merasa dirinya Tuhan..
kerana dirinya tidak pernah jatuh sakit.. Lalu, dia tidak dapat mengenal erti syukur dan tidak merasai bahawa sihat itu adalah nikmat Tuhan yang tidak ternilai...

Maka, mengapa diri ini perlu mengeluh bila jauh sakit atau ditimpa musibah?
Sepatutnya, kita harus bersyukur kerana Dia masih lagi menyayangi kita, mengingatkan kita utk kembali dilandasan yang betul...agar tidak terus lalai...
(ada pendapat yang mengatakan sakit itu kifarah dosa)

Lihatlah, betapa Maha Pemurahnya Allah, kerana masih mengganjari orang yang sakit dengan pahala kerana kesabaran mereka...

Betapa Allah Maha Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Halus dalam penciptaanNya.

Mengingat ini semua, saya rasa sebak..kerana saya terlalu lemah dalam mengharungi ujian hidup ini..

Seringkali saya lupa untuk bersyukur...

Mengeluh banyak sekali...

Astaghfirullah, ya Allah jauhilah kami daripada sifat yang sering mengeluh...kurniakanlah sifat syukur dalam hati kami agar kami beroleh ketenangan di mana sahaja kami berada..ameen~

Wednesday, September 23, 2009

jom ZIKIR!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Acapkali, ketika berjalan berseorangan, masa dibazirkan begitu sahaja...
Saya asyik memikirkan waktu kelas yang akan bermula hanya beberapa minit shj lagi...

Alangkah ruginya masa itu jika tidak digunakan dengan sebaik mungkin...
Sudah banyak waktu yang telah saya bazirkan...

Sejak saya menghadiri Kem Biro Tatanegara(BTN), alhamdulillah, kadangkala masa terluang itu saya gunakan utk berzikir dan bertahmid memujiNya.

Sewaktu di BTN, terdapat tazkirah ringkas selepas Subuh dan Maghrib. Satu tazkirah yang berjaya menyedarkan saya ialah berkenaan kisah yang sgt menarik tentang seorang ahli syurga.

Kisahnya berbunyi begini...

Di dalam syurga, kita boleh dapat apa sahaja yang kita impikan. Sekiranya kita teringin makan buah, buah itu akan menundukkan dirinya agar tercapai oleh kita. Jika kita sgt malas, buah itu akan datang kepada kita. Jika malas lagi, maka buah itu akan diblend dan kita hanya tinggal menghirupnya sahaja seperti jus buah.

Jika kita ingin makan daging burung, maka burung itu akan menggolek2kan dirinya atas api dan kita hanya perlu memakannya. Apabila sudah kenyang maka burung tersebut akan mencantum2kan dirinya sebelum terbang semula ke angkasa.
Subhanallah.

Suatu hari, ada seorang ahli syurga bersantai di dalam syurga. Tiba2, ada setitis air jatuh atasnya. Maka, dia pun merasa air tersebut dan mendapati air tersebut sangatlah enak.
Dia pun tercari2 daripada mana datangnya sumber air tersebut namun tidak dijumpai.

Lalu, dia pun bertanya kepada malaikat..

"Wahai malaikat, daripada mana datangnya air yang
selazat ini?"

Maka malaikat menjawab..
"air tersebut datangnya daripada air
basuhan kaki daripada ahli syurga di syurga atas"
Ahli syurga tersebut berasa curious tentang amalan ahli syurga yang mendapat nikmat yang sebegitu rupa. Bayangkan ,hanya air basuhan kaki ahli syurga tidak dapat menandingi nikmat syurga di bawah..subhanallah!
Maka dia pun bertanya lagi,
"Wahai malaikat, apakah amalan ahli syurga itu sehingga mendapat kenikmatan yang sebegini?"

Lalu malaikat pun melihat buku2 amalan.

Hendak tahukah jawapannya rakan2?

"beza amalan ahli syurga bawah dan ahli syurga atas itu hanyalah satu SUBHANALLAH"

Maka, tidakkah kita akan merasa rugi di akhirat kelak seandainya kita tidak mendapat nikmat itu sedangkan hanya sedikit usaha yang diperlukan untuk berzikir?

Amalan kita pun tidak menjanjikan kita ke syurga (kerana banyaknya dosa-astaghfirullah)
oleh itu, marilah kita top up amalan kita dengan berzikir di mana jua kita berada..
insyallah, setiap usaha kita akan dibayar allah dengan ganjaran yang berlipat ganda^_^
Ameen~

Tasbih - SUBHANALLAH (Maha Suci Allah)
Tahmid - ALHAMDULILLAH (Segala puji bagi Allah)
Tahlil-LAILAHAILLAH (Tiada tuhan selain Allah)
Takbir - ALLAHUAKBAR (Allah yang Maha Besar)

Hijab?xde masalah kan??

Bismillah...
Alhamdulillah, saya tidak lagi berasa 'keseorangan' memakai hijab di tengah2 khalayak ramai...
Bagaimana saya boleh lupa bahawa hijab itulah lambang ketinggian status muslimah...
Aurat terpelihara dan tidak diperagakan sewenang2nya utk orang yg haram melihatnya...
Astaghfirullah..
Bagaimana saya boleh lupa akan kisah jam tangan mahal di dalam sebuah bekas?
Ingat lagikah akan kisah itu?
Kita ambil contoh yang mudah...
Jika kita punya jam tangan yang bernilai jutaan ringgit.. Adakah kita hanya meletakkan ia terdedah dan boleh dipegang atau diambil oleh orang lain dengan sewenang2nya?
tentu tidak bukan?
atau kita akan meletakkannya di dalam sebuah kotak khas dan dibalut dengan kemas serta dikunci kerana khuatir dicuri?
Begitulah juga dengan aurat wanita...
Allah telah meletakkan kita di tempat yang tinggi...
Maka mengapa saya harus merasa begitu?
Sepatutnya saya perlu berbangga dan gembira kerana diberi hidayah utk memelihara aurat..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..

Saturday, September 19, 2009

beraya di perantauan..



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
~Purdue University~




Wednesday, September 16, 2009

Hijab?

Bismillah..

Berada di perantauan, dengan bilangan Muslimat yang boleh dibilang dengan jari, kadang2 membuatkan diri saya berasa terasing...

Kadang2 atau selalu, dlm kelompok manusia Purdue, hanya diri ini yang bertudung(hijab)..

Kadang2, nmpk juga berbeza layanan mereka antara muslim dan non muslim..

Oleh itu, sebagai insan yg lemah kadang2 terdetik rasa keseorangan di hati..

Alhamdulillah, tadarus Quran, lagu You're Never Alone(Zain Bikha) dan The Veil(Dawud Wharnsby) menenangkan jiwa yang kadangkala resah...

Benarlah, bila berada di negara orang yang majoritinya non-muslim, iman ini mmg teruji dan diuji..

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana diberi ujian ini...

Dapatlah dinilai sejauh mana keteguhan iman kita...

Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan sahabat2 Nabi kita mula2 kedatangan Islam di Mekah..

Mereka begitu teguh dengan Islam walaupun dicaci, didera dan dihina seteruk-teruknya..

ya Allah, semoga ujian yang sekecil ini dapat kulepasi dengan mudah..

Ameen~!

p/s : Allah is always and will always be with us.. You'll never walk alone...^_^

Allah Knows

bismillah...
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Hidup kita di dunia ini bagi mencari keredhaanNya..
Jadi, setiap apa yg kita niatkan hanya keranaNya..

Tidak kisahlah jika manusia nampak atau tidak..
Yang pasti, Dia Maha Mengetahui segala2nya..

Kita tidak perlukan atau kisahkan pujian daripada makhluk(yang diciptakan)
Tapi, apa yang penting adalah kredit (ganjaran pahala) daripada al-Kholiq (Pencipta) kita.

Oleh itu, janganlah kita bersedih apabila orang tidak nampak atau tidak menghargai usaha kita..
Kerana selagi kita bernafas di muka bumi ini, Allah nampak apa yang kita kerjakan...

Itulah yang menceriakan hidup kita sebagai seorang muslim..alhamdulillah! ^_^

Bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam..

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful...

We live our lives just for the sake of Allah..
Thus, ANYTHING and EVERYTHING we do is only for Allah.

What matters is the credits from Allah, not from human being..

coz Allah who will decide to put us in Jannah(Heaven) or Nar(Hell),
human can't do anything except the syafaat from Rasulullah..
insyallah..

There's no space for sadness when our work are not being appreciated by others,
coz Allah Knows...

That's what makes up our day as a muslim. Praise to Allah..

It's great to be a muslim!!

With that, I presents you...

Allah Knows by Zain Bhikha & Dawud Wharnsby


Tuesday, September 15, 2009

Kehidupan

Setiap hari, kita selalu berkata,
"Bagilah aku masa satu hari lagi untuk hidup."
tapi, majoriti kita tidak cuba melakukan apa2 utk merubah diri kita sendiri atau membantu merubah dunia...

"Ya Allah, janganlah kau hidupkan dan janganlah kau
matikan kami dalam keadaan sia-sia.."

Monday, September 14, 2009

Senyumlah...

senyumlah wahai diriku~

jangan biarkan senyuman ini pudar daripada dirimu...

Smile oh my dear self...

Don't let it fades away from you..

Marilah kita =)

kerana ^_^ itu S E D E K A H

ucapkanlah..

A L H A M D U L I L L A H ~

^_^

Sunday, September 13, 2009

Kenapa perlu bersyukur?

Dalam perjalanan ke kampus, salah satu kegemaran saya adalah memerhatikan alam.
Apabila melihat alam, hati saya berasa lapang dan mula bertahmid memujiNya kerana menghadiahkan saya keindahan alam ciptaanNya.

SUBHANALLAH!

Melihat daun2 yang luruh, langit yang indah terletak, awan yang indah terbentuk, tupai yang menonjolkan diri...sudah cukup untuk membuat saya bersyukur.


Jika Allah tidak izinkan saya melihat, maka, sudah psti saya tidak dapat melihat semua ini.
Jika Allah tidak izinkan saya mendengar, maka sudah pasti saya tidak dapat mendengar kemerduan suara alam.
Jika Allah tidak izinkan saya bernafas lagi, tidak mungkin saya dapat merasai semua kenikmatan ini.
Jika Allah tidak memerintahkan pokok , haiwan dan alam untuk melakukan tugas mereka, semestinya akan kucar kacirlah alam ini...

Maka memang benarlah Allah sahajalah Tuhan yang layak disembah di muka Bumi ini..
Tiada Tuhan selain dia...

LAILAHAILLALLAH..

Maka dengan itu, saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam kerana hanya memikirkan itu sudah cukup untuk membuatkan hati saya berbunga riang...

Jika saya bukan seorang Islam, saya mungkin memandangnya dengan pandangan kosong dan melihat semuanya hanyalah perkara biasa(nothing special)

Alhamdulillah!!!!
Alhamdulillah!!!
Alhamdulillah!!!

Takbir!
ALLAHUAKBAR!!!!

Iftar di Gym..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semalam, AJK Masjid mengadakan iftar untuk mengeratkan ukhuwah antara kami selain mengadakan kutipan derma utk pembaikan masjid dan aktiviti2 di masjid sepanjang tahun. Bajet yang diperlukan agak besar, dalam seratus lebih ribu...

Iftarnya, alhamdulillah, cukup sedap dan mewah...

-nasi beriani daging
-ayam
-salad
-pizza
-aiskrim pisang
-kek brownies

Dan alhamdulillah juga, kutipan sebanyak hampir $50 000 dpt dikutip...

Di sini, pemegang kuasanya adalah non muslim.
Maka, masjid (Islamic Center) itu disewa bangunan atau tanahnya (agak mahal)
Jika bukan kita umat Islam West Lafayette yang menjaga dan menyumbang dana kepada masjid, maka siapa lagi yang dapat menolong kita? (selain Allah)

Mendengar sedekah sahaja membuatkan hatiku lega.
Sesungguhnya, Allah maha mendengar akan keluhan hambaNya.
Baru beberapa hari lepas saya berbisik di dalam hati,

"Sudah lama aku tidakbersedekah. Dulu, di Malaysia ada jugak
bersedekah(walaupun x banyak)"

Peluang ini saya gunakan untuk bersedekah.. Semoga dosa saya dihapuskan bersama pahala sedekah itu. Ameen...

Jika tidak silap, sedekah ini ada banyak kebaikannya. Antaranya menolak bala dan menjadi saham kta di akhirat. Kiranya kira simpan bank pahala untuk akhirat.(Bukan di dunia sahaja ada bank)^_^
Sedekah ni pun dapagt membantu ekonomi sesama umat Islam..Kalau x, masakan kita dapat membina masjid di West Lafayette dan menganjurkan aktiviti2 keagamaan di sini....

Alhamdulillah, tidak rugi sekiranya kita bersedekah dan berbuat baik sesama kita.
Alhamdulillah, saya dapat merasakan Allah sentiasa menolong saya dan membuatkan saya gembira..
Memanglah semua org akan menghadapi kesusahan. Tapi, kesusahan itu adalah dugaan yang diberikanNya untuk menguji keimanan kita terhadapNya.
Astaghfirullah, betapa saya banyak merungut kita menimpa musibah...

Oleh itu, marilah kita bersedekah demi Allah dan bersyukur kepadaNya yang telah melimpahkan rahmat yang tidak terkira kapada kita...

p/s : satu bulan satu dolar pn dah okey! yok!!!

Muslimaat in PURDUE ^_^

Bismillah..

Kelmarin, kami mengadakan usrah muslimah buat julung2 kalinya di Purdue.
Kak Amani mengetuai usrah kali ini. Ternyata, beliau merupakan seorang naqibah yang berkaliber. Alhamdulillah, beliau akan graduate bersama PhD tahun ini.Insyallah...

Topik pertama kami ringkas sahaja namun inti patinya amat penting dalam menguatkan ukhuwah umat Islam.

Inilah tajuk usrah kami.....ringkas dan padat!

Sisterhood in Islam
Sememangnya, semua orang tahu kepentingan
sisterhood sesama kita. Tapi, sudah lumrah manusia yng sering terlupa. Maka, usrah ini menjadi landasan untuk sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama
lain di samping menambah ilmu di dada..
Alhamdulillah, usrah ini sedikit sebanyak (hopefully BANYAK) mengingatkan kembali diri ini bahawa hidup di dunia ni bukan hanya utk diri sendiri(pentingkan diri) tetapi utk satu ummat Islam.. Kita MESTI ambil berat akan saudara seislam yang lain sebagaimana sayangnya kita kepada diri sendiri...
Kata2 itu, saya lekatkan di minda kerana bimbang saya terlupa dengan kewajipan ini...
Sesungguhnya, memang indah ukhuwah dalam Islam.
"Thank you Allah for the gift of ISLAM!!"

Solatlah kamu di mana2...

Salam..

Seperti manusia lain, iman saya sentiasa turun naik.
Boleh dikatakan saya belum matang sepenuhnya kerana sering terleka dengan hiburan. Lihat shj di Wisconsin, betapa banyak saya terleka namun saya berasa gembira. Dalam kealpaan saya, saya dapat membantu kawan melakukan solat dalam ketiadaan tmpt utk berwuduk n solat sebagaimana di Malaysia. Bukan saya hendak riak, tapi sekadar hndk berkongsi ilmu. Jika diikutkan rancangan kami utk menunggu dan balik menaiki bas selepas selesai membeli belah di West Town Mall, maka akan terlepaslah solat asar dan maghrib begitu sahaja dan kemungkinan terlambat berbuka puasa. Tapi, seperti kata pepatah, "if u wanna gain something, u have to lose something". Hal ini kerana, saya memboikot McD sejak bulan Januari 2009.tapi, dlm hal ini
kita kena utamakan yg utama. Alhamdulillah, saya membawa kompas dan sejadah. (saya
telah melakukan jama' taqdim)


Maka, mereka berwuduk di restoran McD dan solat di depan lake tidak jauh dr McD(tmptnya
agak terlindung dr pglihatan org). Seorang memesan makanan utk berbuka(mujur dia uzur), muslimin menunaikan solat asar manakala kami menunggu mereka selesai kerana saya perlu meminjamkan tudung dan stoking kepada rakan saya. Alhamdulillah, dia kata baru dia sedar kewajipan menutup aurat kerana memudahkan solat di mana shj kita berada. Maka,saya menunggu di dalam ladies sementara menunggu dia selesai menunaikan solat.
Alhamdulillah, hati sy berasa lega kerana dapat mengelakkan daripada meninggalkan solat=)
Kemudian, kami berbuka puasa bersama2...^_^

Wisconsin-Madison

Seminggu yang lalu, saya dan 4 org senior ke Wisconsin. Kami singgah sebentar di Chicago untuk santapan malam... Cuaca sungguh dingin ketika itu.. Saya sudah menggigil kesejukan. Mujur Fatin, sahabat sebilik meminjamkan tualanya. Maka kami bertiga di belakang menyelubungi diri kami dalam kepekatan malam. Melihat kondisi lebuh rayanya, saya boleh katakan di Malaysia lebih baik dan smart.=) Apapun,saya tertarik dengan perkataan Chicago Skyway di salah satu tolnya. ^_^.

Alhamdulillah, setelah 4 jam perjalanan , kami selamat sampai di Wisconsin dan bermalam di rumah Aisyah, kawan Fatin. Suasana di Wisconsin berbeza dengan Purdue. Bandarnya lebih hidup dan meriah daripada Purdue. Esoknya mereka berlima pergi ke Chicago utk mendapatkan makanan halal manakala saya menetap di rumah Ili.

Hari pertama :

pertama : angkat piano beramai2 di rumah Ili-tingkat teratas
(saya hanya tlg mendoakan agar dipermudahkan dan beri maklumat sikit2 if ade terlanggar mana2 ^_^)
kedua : pergi UBS (Irshaad belanja-syukran)
ketiga : jln2 naik basikal n buat ketupat utk iftar (ketupat x menjadi)
keempat : pergi Mendota lake (byk itik yg comel2)
kelima: tgglkan cat basikal Ain (Coco) kerana nak spray kaler baru
keenam : bermain frisbee (buat pertama kalinya)
ketujuh : buka puasa di rumah Emily (makan fried rice n spring roll-popia)

Hari kedua :

pertama : jln2 di sekitar wisconsin
kedua : shopping di UBS
ketiga : shopping di westtown mall
keempat : jln2 lagi di wisconsin (capitol)
kelima : buatsmoothie di rumah zafree, irshaad n khairi
keenam : bermain Wii smbil menunggu ayam halal KFC dari chicago (sampai tangan sakit)

Hari ke-3 :

pertama : jln2 di wisconsin (menghala ke capitol)-muzium tutup
kedua : menjelajahi capitol
ketiga : shopping utk masak spagethi n cappucino starbuck
keempat : buat spagethi n ade french fries

Terima kasih semua!

Marilah membantu sesama kita...

Salam...

Tiba2 teringat tntg utk apa kita hidup di dunia ini..
semuanya demi mencari keredhaan Allah..
semuanya demiNYA.
Kita diutuskan di sini utk mentaatiNYA.
tapi seringkali diri ini alpa akan tanggungjawab sbg seorang hamba...
Mungkin kerana terlalu seronok akan kehidupan dunia
Naudzubillahi min dzalik. T_T
seringkali niat ini terpesong daripadaNYA.
Jika begitu, ruginya diri ini berada di muka bumi ini.

"Ya Allah, hambaMu ini memohon ampun atas segala kealpaan yang
disengajakan atau tidak.

SyurgaMu lebih indah daripada kesenangan dunia
ini..

Janganlah kami tergolong dalam golongan org yg tertipu dan
rugi

Lindungilah kami daripada kelalaian
terhadapMu.

Ampunkan lah kami kerana sesungguhnya engkaulah yang Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani"


Kawan2 sekalian, andaikata saya terlupa dalam menjalankan amanah saya, tegurlah saya dengan sebaik-baiknya.

Buat saudara shahnom, terima kasih atas nasihat saudara.

Kita adalah satu badan. Jika salah satu anggota berasa sakit, maka sakitlah seluruhnya.
Maka saya adalah salah satu anggota yg sering merasa lemah dan sakit..maka bantulah saya dlm menjadi hambaNya yang taat kepadaNya.*sebak*

Syukran jazilan..Jazakumullahu khoiron kathiron...

Thursday, September 3, 2009

Purdue...



Salam alaik!

Sudah hampir 2 minggu berada di perantauan, hati ini kadang kala sayu mengenangkan keluarga di Malaysia. Namun, demi mengejar cita2 ,kugagahkan juga hati ini...

Purdue padaku suatu tempat yang cukup indah, seindah PenciptaNya, Tuhan sekalian alam..
Pepohon yang rendang dan udara yang segar cukup mendamaikan hati..



bunga Indiana..


Purdue University


Bell tower


Azza & Aimi dalam perjalanan ke Follet's Bookstore


Walaupun masih berada di penghujung summer, namun,sejuknya mencengkam hingga ke tulang...Harini, aku memakai baju 2 lapis keluar rumah. Tidak sanggup rasanya hendak memakai sehelai sahaja...sejuk!

Di sini, banyak tupai yang comel2..Setiap kali aq hendak mendekati mereka pasti mereka melarikan diri...Haritu, aku dapat melihat seekor tupai sedang makan walnut di atas pokok...=)

Sewaktu hendak pulang ke rumah dari brownstone101, baru aq sedar akan kewujudan pokok epal berdekatan dengan kediaman kami..(tapi itu orang punya la)


Brownstone 101


Brownstone 500
apartmenku

dan beberapa hari lepas baru aq hafal benar jln ke kelasku, jika dulu mesti kena lihat peta je memanjang. Sejujurnya, aq mmg kurang arif tentang selok belok jalan di bumi Allah ini..Salah satu dr kelemahanku..huhu..

Kat sini, aq berpeluang memantapkan skill masakanku,walaupun xterror sgt sebelum ni..huhu..

Bread pudding

Choc chip

Apapun,harapanku agar keberadaanku di sini memberi manfaat kepada diriku, Islam agamaku,serta masyarakat amnya. insyallah..Ameen~!

Sunday, June 21, 2009

Pengisian talk tntg persediaan ke luar negara

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis lepas, saya diberi peluang oleh Allah utk menghadiri talk tentang persediaan ke luar Negara oleh Ustazah Zaharah.

Alhamdulillah, banyak input2 berguna yang kami dapat dlm membantu hidup kami di luar Negara kelak.insyaAllah.

Antara info2 yg diberikan adalah :

1)Cuaca :

-Kesihatan :

#Bawalah ubat-ubatan dari rumah takut2 badan tak sesuai dengan cuaca kat
sana.


-Puasa :

#Kalau musim sejuk, Alhamdulillah, puasanya kejap shj. Tapi kalau summer,
Sgtlah pnjg. Contohnya pukul 3 pagi imsak, pukul 9 malam buka puasa.
Jadi, kena teguhkan hati, kuatkan iman. Insyallah boleh. Chaiyok2!


2)Solat

-Flight :

# Sebelum ke klia kalau boleh dah siap berwuduk. Kalau masuk waktu boleh
terus solat jama dan qasar.
#Syarat utk masuk flight, x boleh bawa liquid. Jadi, botol mineral x dibenarkan bawa masuk
#Cara ambil wuduk (lakukan yg wajib sahaja) :

*1x utk muka, 1x utk lgn kanan, 1x utk lgn kiri, 1x utk kepala, 1x utk khuf(but)
*Syarat sapu khuf(but) ni hanya dibolehkan sekiranya but kita menutupi buku lali. Kasut yg x menutupi buku lali xboleh digunakan utk sapu khuf. Jadi, kena basuh kaki. Rukhsah utk sapu khuf ni utk kemudahan umat Islam. Contohnya, time winter mesti sgt sejuk. Jadi, kita hanya perlu sapu khuf. Jadi, bersyukurlah dilahirkan sbg Muslim.


#minta jasa baik pramugari/pramugara utk inform bila masuk waktu (agar x terlepas waktu solat.
#selalunya flight MAS ada tempat solat tapi kalau ramai sgt yg nak solat, boleh solat kat seat. Buat mcm solat duduk. Cuma ketika takbiratul ihram shj kepala menghadap kiblat.
#Boleh tny arah qiblat kat pramugara. Kadang2 kat skrin ada tunjukkan arah Kaabah.


-University :

# Usha2 or survey tempat2 yg sesuai utk dilaksanakan solat kecuali toilet( walaupun sgt bersih)
# Sentiasa bawa sejadah/kain kecil , air botol mineral kosong (kecil), kompas , selipar ringan (xwajib)
# Toilet di sana xde paip, jadi, boleh isi air dr sinki utk wat istinjak(guna botol kosong) or utk ambil wuduk.
# xboleh pakai telekung di khalayak ramai. Boleh kena tangkap. Kerana mereka pisahkan pentadbiran n agama

-Jama’ dan Qasar :

#Qasar(memendekkan waktu) hanya dibolehkan ketika musafir sahaja
#Jama’(menghimpunkan waktu) boleh dilakukan pada hal2 yg darurat shj
Contoh 1 : Masuk exam slps zohor, keluar lps masuk waktu maghrib. Asar akan terlepas. Jadi, boleh jama’ dengan jama’ taqdim.
Contoh2 : Masuk exam sblum zuhur, keluar lepas maghrib. Zuhur dan asar akan terlepas. Jadi, boleh solat utk menghormati waktu. Beritahu proctor/pengawas dewan exam sebelum masuk exam yg kita nak solat time exam nnt. Kalau kita x beritahu takut dituduh meniru.

-Cara utk solat menghormati waktu :

#Kepala di arahkan kearah qiblat sewaktu takbiratul ihram shj.
#Buat isyarat yg wajib sahaja. Rukuk dan sujud hny tunduk sedikit. Tak perlu sehingga menyentuh meja. (nanti semua org tengok pulak)

-Solat Jumaat :

#Sekiranya amat sukar mendapatkan masjid / muslim, memadai sekiranya dpt berjemaah.
#Muslimin digalakkan utk melatih diri menjadi imam solat jumaat agar dpt bersedia dgn segala kemungkinan yg berlaku.
#Buku khutbah boleh didapati secara percuma di Masjid Negara(Malaysia)-kalau boleh, bawa sekali sewaktu fly.


3)Makanan

-Baca ingredient sebelum beli. Kalau dahulu, dia tulis secara jelas, pork. Jadi, orang Islam x beli. Sekarah dia guna kod sebab Muslim x taw, jadi kita beli.
-So, Search senarai kod (E) yg haram dimakan dlm internet, gunting dan isi dalam purse. Kalau pergi shopping boleh jd rujukan.
-Tentang daging sembelihan, kat masjid ada jual. Takpun, kat orang Islam such as Pakistan,etc.
-Kalau susah sgt nak dpt daging sembelihan, boleh beli daripada kosher(orang Yahudi) sebab org yahudi sgt2 mementingkan pemakanan. Diorg sgt jaga & bersih.
-Utk sertu / samak :

1x air tanah & 6x air mutlak sekiranya terkena najis mugholazoh yakni anjing dan babi atau mana2 yg terbit daripada salah satu daripadanya.

-Sekarang dah ada sabun taharah. Sabun ni fungsi dia mcm air tanah. Just jadikan air sabun, masa basuh tu baca Allahumma solli a’la Muhammad, 6x air mutlak tu baca wa a’la ali Muhammad. Kalau di Malaysia, boleh didapati dgn harga RM5.80/ RM 5.90. Tapi, bagi pelajar, dia bagi RM5.50.

4)Zakat fitrah

-Bincang dengan parents siapa yg boleh tlg bayar. Takut2 kita lupa byr, parents pun lupa tlg byrkan utk kita.

5)Aktiviti sosial

-Tidak digalakkan utk pergi party kerana kalau sorg dah buka baju, yang lain semua kena buka baju.
-Ada demonstrasi bogel
-Time summer kadang2 ada perhimpunan ramai2 kat padang tanpa Seurat benang di badan mereka. Baju2 dilonggokkan di tepi.
-Dinasihatkan agar tak berjalan sorang2 , kalau boleh biar berteman sebab ada kes di Russia. Seorang pelajar lelaki cina Malaysia dibelasah dengan botol arak ramai2 sampai kena berbelas2 jahitan di badan.
-Dinasihatkan juga agar tidak keluar pada malam minggu kerana takut2 iman goyah. Satu kes di Jepun di mana sorang pelajar lelaki Malaysia ingin membantu seorang perempuan Jepun yg mabuk di tepi jalan. Malangnya, lelaki itu berzina akhirnya walaupun x ada niat pn pada mulanya.


6)Perkahwinan

-Sekiranya ada yang ingin berkahwin dalam tempoh belajar.
-Antara procedurenya ialah :
#Isi borang di Kedutaan Malaysia
#Dapatkan surat izib kahwin dr wali/jurunikah yg diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di Embassy
#Daftarkan perkahwinan di Malaysia (setelah pulang ke Malaysia)

7)Pengurusan jenazah

-Sekiranya ada sahabat Malaysia kita atau kita sendiri yg menjadi arwah. Apakah yg kita atau sahabat kita perlu lakukan?
#Laporkan pada Kedutaan Malaysia
#Dapatkan pengesahan doktor/polis
#Hubungi keluarga (biar Embassy yg hubungi kerana mereka sudah dilatih utk menyampaikan berita) Kalau kita yg sampaikan, takut lagi teruk jadinya.
#Saidina Ali : “Org yg paling bijak ialah org yg mengingat mati”
#Mandikan junazah di luar Negara dahulu baru bawa balik ke Malaysia
#Syarat masuk flight : kena post mortem (dibuang semua organ dalaman)
Organ2 kita akan digunakan sebagai research di universiti2

+Bawalah :
@Alquran terjemahan
@Buku2 agama
@Sejadah (kecil & ringan)

+Utk tahu waktu solat :
@www.islamicfinder.org

*Kadang2 ada macam kabus, sekeliling kita semua putih (saya pn xtaw ape tu). Kalau kita tgh drive time tu jgn brek, just teruskan pemanduan. Kalau brek, takut2 orang belakang langgar.*
Inilah antara pengisian2nya…
*Siapa nak contact number & email Ustazah Zaharah, boleh minta kat saya.

Renung2kanlah dan selamat beramal=)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada hari Jumaat petang dua minggu yang lalu, kira2 pukul 6, kami bertolak ke Seksyen 19 dan bermalam di Pejabat JIM. Hamdillah, encik yang menjaga tempat itu sungguh berhati mulia kerana membenarkan kami menginap di situ utk 1 malam secara percuma. Semoga kebaikan dibalas Allah di akhirat kelak. Ameen~!

Apabila sampai di sana, kami solat maghrib berjemaah serta membaca ma’thurat.
Setelah itu, kami bertaaruf utk lebih mengenali ukhti2 usrah ADFP. Semasa taaruf itu, kami diberi makanan hati sementara menunggu nasi masak. Kak KD, selaku penyampai ISK kali ini menyatakan betapa kita perlu bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kak KD ini kelebihannya dpt dilihat dari segi analoginya yang sungguh mantap dlm menjelaskan sesuatu perkara. Dia memulakan dengan ayat alQuran yang berbunyi,

“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (80:24)

Allah telah berfirman kepada hambaNya agar merenung bagaimanakah makanan itu dihasilkan. Sebelum ini, kita hanya melihat nasi dan lauk pauk yang telah tersedia di meja kita tanpa memikirkan betapa susahnya utk menghasilkan makanan itu.

Sebagai contoh, nasi berlaukkan labu masak lemak. Bayangkan betapa sukarnya petani untuk menghasilkan beras yang berkualiti. Mungkin semasa menunggu padi menguning, padi itu diserang serangga perosak, kemarau dan sebagainya. Begitu juga dengan labu tersebut. Mungkin ketika hendak menanamnya, benih itu tidak menjadi. Peladang perlu membawa anak kecilnya pergi bekerja dalam keadaan bersusah payah. Santannya pula daripada kelapa yang terbaik,dan mungkin semuanya dari lain2 negeri atau Negara. Lalu, dikumpulkan,di masak oleh tukang masak dengan bersungguh-sungguh dan terhidang di meja makan kita. Adakah kita merenungkannya dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakannya tanpa kita bersusah payah melalui semua yang dilalui oleh sang petani dan sang peladang contohnya?
Atau kita hanya sendawa kekenyangan tanpa mengucapkan Alhamdulillah?
Atau mungkin kita akan mengatakan, “Ah,tak sedaplah makanan ni.” Lalu pergi meninggalkannya begitu sahaja?

Sekiranya mereka yang berusaha keras utk memberi hasil dan makanan yang terbaik itu melihat pada perilaku kita yg tidak bersyukur itu, pasti mereka akan kecewa.
Begitu juga dengan Islam.

Orang-orang Islam terdahulu bersusah payah menjaga Islam agar generasi berikutnya dapat merasai kemanisan iman dan islam. Bayangkan Sumaiyah, betapa kerana imannya kuat mempertahankan Islam, beliau disula oleh tuannya. Nenek moyang kita berperang dan syahid demi menegakkan Islam. Golongan Muhajirin terpaksa meninggalkan kampong halaman sehelai sepinggang demi Islam.

Apakah kita yang tidak perlu berperang utk berpayung di bawah nikmat Islam alpa dalam mengikuti perintah dan menjauhi larangan Allah? Jika ya, maka perbuatan kita samalah seperti orang yang tidak mensyukuri makanan tersebut.

Subhanallah! Betapa ayat2 Allah begitu indah dan sarat dengan peringatan bagi kaum2 yang mahu berfikir.

Kami beralih kepada solat pula. Sebagai contoh, kita merupakan pelajar UiTM. Pengarah HEP menyuruh kita berjumpanya 50x sehari utk consult apa2 shj pada beliau agar beliau dapat membantu. Tapi, kita sebagai student mengatakan terlampau byk sgt 50x kali itu, dan mengatakan “5 kali pun cukuplah.” Beliau pun bersetuju. Walaupun diberi keistimewaan agar boleh minta dan berbincang apa2 shj, tapi kita masih tidak dapat menemuinya utk 5x itu. Adakah kita tidak cukup bijak melihat privilege yang terhidang di depan mata? Begitu juga dengan solat. Solat tidak memberi apa2 faedah padaNya. Tujuan diturunkan kewajipan solat ialah keran Allah hendak menolong hambaNya dalam menunaikan tanggungjawabnya di muka bumi kerana Dia tahu hambaNya tidak akan mampu melakukannya seorang diri. Kerana itu, solat diwajibkan utk kemudahan hambaNya mengadu masalah dan meminta apa sahaja padaNya. Allah mengganjari pahala yang lebih kepada orang yang menjaga solatnya kerana dia dpt mendisiplinkan diri. Ini secara tidak langsung dapat menolong manusia agar menepati waktu dan tidak menangguh serta memudahkan urusan seharian.

Kemudian, kak KD menyentuh sedikit tentang ma’thurat yang kami baca selepas solat maghrib. Kata Kak KD, Rasulullah mengamalkan Ma’thurat kubra(besar). Tapi, kita yang kononnya sibuk daripada Rasulullah mengamalkan ma’thurat sughra(kecil). Alhamdulillah, kita masih mengamalkan ma’thurat. Tetapi kalau boleh, kita amalkan bacaanya yang 3 kali itu (kerana kami membacanya sekali sahaja). Kerana kita telahpun ambil bahagian yang ringkas, takkan kita hendak ringkaskan lagi. Kita bukannya lebih baik daripada Rasulullah. Maksudnya di sini adalah, kita cuba sehabis baik utk mengikuti sunnahnya.

Itulah antara pengisian kami senja itu.

Thursday, May 14, 2009

Iman_dehearty

adakah benar2 terdapat iman (yang teguh) di hatiku?

Ada apa dengan Bukit Cerakah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sesampainya kami di bukit cerakah, kami menyewa basikal lalu berbasikallah kami ke taman haiwan.

Di sana, kami memberi makan potongan kecil lobak merah kepada landak2 yang comel. Sebenarnya, kami tidak tahu siapakah yang meletakkan carrot tersebut. Setelah kembali kerumah, barulah saya merasa bersalah kerana memberi landak2 itu makanan yg tidak diminta kebenaran terlebih dahulu.=(

Kemudian, kami menuju ke Rumah 4 Musim. Sekarang musim panas. Kerana hanya kami berdua sahaja di dalam rumah itu, maka bermacam2 gaya kami bergambar di depan kamera. Namun, biarlah ia menjadi tatapan kami sahaja..=)

Alhamdulillah, rasa puas bergambar di dalam rumah tersebut. Terdetik dalam hati ini betapa Allah Maha Pengasih terhadap hamba2nya. Pabila melihat keindahan ciptaan Tuhan, ketenangan bak air sungai mengalir dalam diri ini. Subhanallah!

Kami meneruskan kembara ke hadapan... Kerana menyangka jalan yang kami lalui akan menghala pulang, maka kaki kami mengikut rentak kayuhan...

Walaupun hati ini mula terbit rasa kurang enak, namun, saya pendam shj seorg diri..Ternyata telahan saya benar. Kami telah sampai kepada jln mati. Oleh itu, saya dan teman perlu berpatah kembali.

Jalan itu begitu sunyi menerbitkan rasa takut dalam hati. Saya segera mengalun bacaan ayat Quran dalam hati. Sesungguh, berpatah balik itu meletihkan kerana kami perlu mendaki bukit.

Kerana Allah memilih kami utk diuji, maka, monyet2 di atas pokok bersahut-sahutan sambil mengejar kami...

Rasa takut di hati hanya Allah yang tahu...

Berbekalkan tenaga yang sememangnya hampir habis, kami berhempas pulas mengayuh basikal dengan ayatul qursy yang tidak lekang drpd bibir.

Alhamdulillah, setelah agak jauh berbasikal, kami menyorong basikal hingga ke pondok yang kami berasa selamat berteduh di bawahnya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan kami daripada monyet2 liar terbabit. Tanpa pertolonganMu ya Allah, kami tidak tahu apa yang akan berlaku kepada hambaMu..

Akhirnya, kami bercadang utk terus pulang ke rumah.

Apapun, kami bersyukur kerana pengalaman tersebut insyallah dapat kami jadikan pedoman di masa hadapan. Ameen~!

Permata Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, sempena summer sem ini saya diberi peluang utk membaca buku2 ilmiah spt kisah para khalifah dan para pejuang Islam spt Sultan Muhammad al-Fateh dan Khalifah Umar al-Khattab..

Selain itu , saya berpeluang membaca kisah Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2008. Buku ini dipinjamkan oleh seorang rakan saya yang baik hati kerana ingin berkongsi mutiara2 berharga dlm buku tersebut.

Setelah saya teliti dan saya baca buku ini, saya dapati bahawa pada zaman sekarang amat sukar utk mencari gadis solehah seperti Nik Nur Madiha ini.
Gadis ini berupaya menyiapkan fizikal, mental dan rohaninya dalam mengharungi hidup yang penuh dgn dugaan.

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, Madiha tidak pernah berputus asa dalam menimba ilmu. Hal ini juga berkat nasihat ayahnya,

“Belajar jangan kerana hendak jadi doktor,peguam ,jurutera atau sebagainya, tetapi belajarlah kerana hendak menjadi orang yang cerdik.”

Lebih kurang begitulah nasihat ayahnya.
Apakah rahsia kejayaannya??

Sejak kecil lagi, beliau amat menghormati gurunya dan aktif bertanya dalam kelas andai kurang faham mengenai sesuatu perkara.

Walaupun ingin ke sbp ataupun mrsm, namun kerana hasrat bapanya yang menginginkan anak sulong ini menjejakkan kaki ke Maahad Muhammadi lil Banat, Kelantan, maka dituruti juga kemahuan ayahnya.

Berkat ketaatan seorang anak terhadap ibu bapanya, peribadi luhur Madiha berjaya dibentuk dengan persekitaran yang tidak tercemar oleh budaya barat yang merosakkan anak bangsa.
Beliau tidak pernah menangis di hadapan sesiapa kerana hanya Allah tempat dia mengadu sewaktu Qiamullail.

Beliau mula istiqamah melakukan solat malam dan puasa sunat isnin khamis pabila gurunya mendedahkan fadhilat mereka yang mengamalkannya.

Kerana kemiskinan yg menghimpit, puasa berjaya membantunya agar menabung dan meluangkan lebih masa utk belajar.

Apabila ditanya mengapakah beliau tidak bersekolah asrama? Beliau hendak membantu ibu dan menjadi tutor kepada adik2nya.

Beliau juga menekankan hablum minallah wa hablum minan nas (mnjaga hubungan sesama Allah dan menjaga hubungan sesama manusia)

Beliau amat mentaati ibu bapanya. Sekiranya beliau tidak bersetuju trhadap sesuatu perkara, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak melawan.

Beliau juga amat menghormati guru. Sekiranya beliau merasai bahawa beliau telah melakukan kesalahan, maka beliau akan segera meminta maaf kpd gurunya.

Beliau akan pergi menemui gurunya semata2 kerana hndak brtanya khabar jika guru tersebut tidak mengajarnya pd hari tersebut.

Di sekolahnya, usrah telah berjaya membentuk peribadinya agar menjadi muslimah solehah dan pemimpin kerana beliau memegang jwtn naqibah(ketua).

Daripada gurunya, beliau mengetahui 3 amalan sunat yang diutamakan iaitu :
- Solat sunat subuh
- Puasa isnin dan khamis
- Berwuduk sebelum tidur

Beliau merahsiakan pengambilan 20 subjek dalam SPM daripada ibu bapanya krn bimbang mereka risau krn perlu membelanjakan wang utk kls tmbhn dan buku2.

Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah disertai usaha beliau, ibu bapa dan guru2 serta kesabarannya menuntut ilmu, maka Allah ganjari usahanya dengan keputusan yg cmrlg iaitu

19 1A 1 2A =20 A!

Utk mengetahui dgn lebih lanjut, belilah buku “Catatan Hati Nik Nur Madiha” di kedai buku berdekatan anda. =)

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat drpd kisahnya...Ameen~!

Monday, May 11, 2009

Kisah saudara kita..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Merenung kisah sahabat Nabi membantu membuatkan semangat Islam kita berkobar-kobar.

Jika pelajar sekolah wajib mempelajari sejarah Malaysia di sekolah, maka, mengetahui sejarah Islam

berlipat kali ganda pentingnya utk umat Islam generasi sekarang samada tua ataupun muda.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Panglima Tharhan, ketua panglima perang kerajaan Turki Uthmaniah dan bapa saudara Sultan Muhammad al-Fateh, “Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu.”

Selain itu, George Santayana mengatakan bahawa, “Those who forget the past are condemn to repeat it.”

Terbukti kata2 mereka benar. Apabila kita melihat umat Islam sekarang, ramai yang tidak mengamalkanajaran Islam sepenuhnya. Kita dapat lihat dengan jelas daripada sektor pemerintahan hinggalah kepada rakyatnya. Betulkan saya jika saya salah tntg hal ini. Kerana tidak adanya sejarah umat Islam di dalam dada muslimin sekarang menyebabkan mereka tidak dapat mengambil faedah dan mengetahui iktibar daripada sejarah kegemilangan umat Islam. Apakah rahsianya?

Sabda Rasulullah,

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya engkau berpegang teguh dengan kedua-duanya, engkau tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan al-sunnah.”

Rasulullah telahpun menunjukkan kunci kekuatan umat Islam dengan jelas namun kerana tidak mempelajari sirah, maka inilah salah satu sebab timbulnya pelbagai masalah pada umat akhir zaman ini.

Maksiat dan jenayah di mana2, berlaku2nya perpecahan umat dan sebagainya sehingga sukar utk dikawal.

Para sahabat dahulu, amat mengikuti al-Quran dan sunnah baginda, golongan murtad diperang habis-habisan, tidak ada rasuah, tidak ada riba’ kerana pemimpinnya tegas mengikut hukum Islam. Pemimpinnya sanggup turun padang waktu malam melihat keadaan rakyatnya. Allahuakbar!

Maka di sini, saya ingin membawa kisah tentang sahabat Nabi yang sangat menarik untuk dijadikan teladan ialah, Saidina Umar al-Khattab yang digelar sebagai al-Faruq, pemisah antara haq dan batil.

Buku ini dihadiahkan kepada saya rakan sempena hadiah harijadi sy. Walaupun hadiah itu baru saya terima beberapa hari yang lalu, namun sy bersyukur kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan tntg sahabat Rasulullah dan zaman kegemilangannya suatu ketika dulu. Semoga kita dapat mengulangi detik kegemilangan Islam..insyallah..

Nantikan entry seterusnya...

Maafkan saya, kisahnya terpaksa di post lambat sedikit kerana bukunya dipinjamkan kepada rakan agar dpt dijadikan rujukan.

Terima kasih juga kepada mereka yang memberi komen.