Saturday, January 31, 2009

ukhwah fillah abadan abada~



Ukhwah itu bilamana didasari dengan iman dan taqwa...
insyallah akan kekal selama2nya..

kerana Allahlah kita berhubungan..
kerana Allahlah kita bercinta...

Oleh itu ya Allah..
maka kekalkanlah ukhwahku dengan saudaraku..
kurniakanlah aq sekeping hati yg menyintai saudaraku keranaMu
agar ianya tidak goyah walau badai datang melanda...

Makbulkanlah permintaan hambaMu ini..

Namun, jika engkau hendak mengujiku,
maka, selitkanlah ketabahan & keredhaan dihatiku...
agar aq mampu menempuhinya...

Hanya Engkau yg mampu menolong hambaMu...
ameen2 ya robbal a'lameen~

~

marilah maju ke depan!

Lega..

Sejuk hatiku bilamana mendengar sahabatku berubah ke arah yg lebih baik...

Terkejut juga bila mendapat pggilan telefon drpd seorg teman,
mengucapkan terima kasih kepadaku kerana berjaya mengubah rakannya..

Ubah?
apa yg aq ubah???

Manusia x akan berubah melainkan kemahuannya sendiri...

Kalau benar dia berubah kerana bersahabat denganku...Aku sungguh gembira sekali
Syukur padaMu Tuhan...

Jika dahulu jarang ke surau, sekarang hampir setiap waktu ke sana
Bergaul dgn orang Arab Yaman etc...
Menimba ilmu, belajar quran daripada mereka

Hebat!

memang itulah yg aq impikan..

kita sebagai sahabat perlu saling menasihati..

Bilamana nampak kesalahan sesuatu pd teman, perlu ditegur...
usah didiamkan kerana takut merana di kemudian hari...

alhamdulillah..
Tatkala ada yang tidak kena...
Diterima dengan hati terbuka pabila ditegur...

Semoga perubahannya ikhlas fillah...
Semoga ianya berterusan n bertambah baik...

dan semoga ukhwah kami fillah abadan abada..
insyallah..

ameen~

nge~

Teman2..
Sape rase blogku yg mcm islamik ni jgn la tertipu ya...

Aku ni x baik mn pown...
Jahat je byk..
Dosa menimbun2...

juz pe yg bole ku kongsi aq kongsi
Kalo ade salah harap ditegur...
Syukran ya...

bak kata saudaraku...
"dak kecik jalan2 kaki terpeleot.."
Haha...abaikan...
xde kene mengena...

Friday, January 30, 2009

Jom Selawat!

Selawat....

Kali ni aq nak kongsi tntg kebaikan kita berselawat ni..
kamu2 semua ni mesti dah byk kali dgr barakah selawatni en?

tp aq nak cite gak...

Selawat ni bacaannye amatlah ringkas..

Allahumma solli ala Muhammad
Waala ali Muhammad

drpd apa yg aq baca, kita xbole baca satu baris yg atas tu jek..
kena baca dua2 sekali...
kiranya utk Nabi Muhammad and family..

Sejak dari kecik lg, mama slalu menasihatiku utk sentiasa berselawat xkira di mana2
except kat bilik ayak la...

yup..bila2 masa yg aq terasa nak selawat
dalam kereta..
dalam bas INTEC..
masa jalan kaki nak jumpa abg BISTRO n abg MYDIN...hehe
masa nak parking kete
masa ujian n exam
masa tetinggal name tag...

ha~
pasal tertinggal name tag or smart card dan mase cari parking.
Allah slalu bantu dlm hal2 camni...
pernah 2 or 3 kali aq terlupa bawa nametag mase skola rendah, menengah n di INTEC ni sendiri
(maklumlah, nama pn insan..kdg2 terlupa juga)
so, slalu dpt lepas
alhamdulillah..

sama jugak masa mama n abah cari parking kat shopping complex slalunya...
klu masuk jek bahagian basement mama mesti pesan baca selawat byk2
n mmg amazing la psl walopn penuh, mesti ade je tmpt utk kitorg memakirkan kete...
Alhamdulillah..

n byk lg la...
time exam pn insyallah dipermudahkan...

so, kesimpulannya, amalkanlah selawat di mana2 sj pd bila2 ms..
jgn hny bila dtg musibah baru nak selawat..
itu selawat bertujuan namanya..
kita buat sesuatu tu ikhlas krn Allah...
so, bila kita ade mslh, mesti Allah bantunye...
Allah kan Maha memberi Pertolongan????

Thursday, January 29, 2009

SOLUSI(panduan hidup masyarakat)

Solusi...

Majalah yang baru menjengah pasaran
atau hanya aku yg baru mengenal majalah ini..
wallahualam..hehe

majalah islamik ni memang best...
kerana dia mementingkan content yakni tujuan daripada container(keperluan)
bak kat editor, dalam memperjuangkan islam, tujuan wajib mengatasi keperluan.

Jadi, Solusi ni memang bermanfaat.
Padat dengan intipati yg menarik dan boleh dipercayai

kalau diteliti mereka2 yg menjadi tulang belakang kpd terhasilnya majalah ni, rata2 drpd kalangan ustaz n ustazah yg masyhur..

So, x rugi ar kpd siapa2 yg membeli n membacanya..
Boleh juga dijadikan bahan kongsi kpd teman2 dan keluarga terchenta...

P/s :
kepada sesiapa yg berhajat utk mendapatkan hadith 40(Imam Nawawi), jgn segan silu utk minta kpd saya ye... permintaan anda amatlah dialu2kan..
Cepat! Sementara stok masih ada !! Kih3!

im back!

Salam...

sudah agak lama laman blogku ini dibiarkan sepi tanpa khabar berita...
mungkin kerana masalah internet di rumah yang sekejap ada, sekejap tiada...
seperti biskut..

kredit kepada rakanku kerana sudi meminjamkan laptopnya untukku menjelajah ruangan internet ini setelah sekian lama menghilang..huhu

Cuti CNY hampir habis...
tetapi masih banyak lagi assignment yang tidak kusentuh..
masa lapang memang membunuh pemuda...

dari td, sibuk menjengah blog org sehingga nak jengah blog sendiri pn x ingat. ;p
baru-baru ni..aq menjadi conversation partner utk dak2 korea yg dtg di sini utk tempoh sebulan

groupku rata2 dapat laki korean...
sejujurnya, aq agak excited dpt berkenalan dgn mereka..

itu baru di Malaysia..
bagaimana kalau di US nnti ya?
jgn culture shock sudey..

ya Allah peliharalah imanku yang senipis bawang ini..

Wednesday, January 7, 2009

class rep?

Baru 2 hari di INTEC namun sudah melambak2 tugasan yang perlu diselesaikan

Jika dahulu, antara usrah dan pelajaran, saya lebih mengutamakan pelajaran..

Namun, selama 2 bulan bercuti selepas semester pertama walaupun begitu banyak masa dibazirkan, paling tidak saya dapat menyedarkan diri ini bahawa agama(usrak, aktiviti keagamaan n kerohanian) harus dipukul sama rata...

Kerana itulah, saya tidak sabar2 untuk menjalankan tugas pertama saya sebagai ajk surau..
sgt rindu pada kerja2 dan akak2 yg sntiasa dengan senyuman manis mereka

Di Intec pula, sekali lagi saya diberikan amanah untuk melakukan tugasan sebagai class rep skali lagi..
Walaupun tugasnya sama, cuma hanya titlenya berubah
ASSISTANT CLASS REP

Sekali lagi tggjwb yg berat ini harus sy pikul... Semoga sy dpt menjalankannya dengan penuh ikhlas dan amanah...

Hairan saya dengan kaum Adam di kelas kerana masing2 menolak jawatan ini antara satu sama lain dengan alasan yg saya rasakan tidak boleh diterima pakai

MALAS!
itulah alasan mereka...

Sebetulnya, saya juga enggan menerima tugasan ini kerana tahu sem2 ini pasti sgt hectic spt yg telah diberitahu oleh senior2
Namun, harapan drpd kls yg mengharapkan diriku tidak patut dihampakan.

Kerana tidak mahu sangat menjadi CR, class repku menyuruhku menjadi class rep seorang diri..
Apakah hanya saya seorang yang belajar di kelas itu?
Apakah saya seorang saja yg patut dibebani dgn tggjwb spt itu?
tanpa pertolongan yg lain??

Setelah saya menolaknya, dia menyatakan kesanggupannya utk menjadi assisstant CR.
Bukankah lelaki yg sepatutnya memimpin perempuan?
Jika tidak begitu, mengapa imamnya lelaki dan
imam perempuan tidak boleh menjadi imam kpd makmun lelaki..
Tidakkah mereka berfikir spt itu???

mungkin inilah tandanya akhir zaman...
...

"Ya Allah, bantulah diriku dan rakan2ku...ameen~"

SAVE PALESTINE!

Salam~

Maaf kerana saya belum sempat menceritakan tentang kenangan manis saya di Perak

Mungkin kerana pengendalian waktu yang kurang efektif...



2 Januari lalu, saya sudah mendaftar di Kolej Cemara-Akasia dengan alasan untuk menemani rakan saya(rumahnya berhadapan dengan bilik) yang datang jauh dari Pahang.



Walaupun mama menyuruhku agar balik pada keesokan harinya, namun, bila saya meletakkan diri ini di tempat rakanku, sanggupkah saya untuk tinggal keseorangan di situ..



Kerana itulah, saya korbankan masa dengan family untuk menemaninya.

Sesampainya saya di sana, baru saya tahu bahawa room8nya juga hendak balik pada hari tersebut.



Tapi, tak apalah..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...



Pada malam itu, saudara saya ajak untuk pergi ke Kem Intifadha Palestin berdekatan dengan masjid Shah Alam..



Saya solat Isya' di sana dan saya merasakan cukup tenang untuk solat di situ....



Di kem tersebut, kami dihidangkan dengan nasyeed oleh kumpulan Muaz. Nasyeednya sungguh membangkitkan semangat..



Mendengar ceramah2 olah ustaz2 yg tinggi ilmunya berjaya membangkitkan semangat jihad dalam diri saya dan menanam rasa benci yang meluap-luap pada Israel laknatullah...



Sebelum ini, walau hanya mendengar daripada berita atau dari mulut rakan belum cukup untuk saya mrasa benar2 bersimpati twerhadap keluarga saya sendiri di Palestin...



Ya, saudara kita di Palestin juga kaum keluarga kita...

Kaum keluarga atas nama Islam yang tidak ramai yang merasainya kerana telah dihadang dengan tembok nasionalisme...



Setiap kali saya teringatkan mereka yang menderita di sana, yang syahid di sana, hati saya diruntun pilu yang amat sangat...

Sedih...

Kecewa...

kerana pemimpin2 Islam hanya duduk membisu...



Tidakkah semuanya sudah jelas terpampang???



Seolah-olah mereka tidak mempunyai rasa belas dalam di mereka...



Jadi kita sendiri yang harus bangkit menentang musuh2 islam ini!



Walaupun tudak banyak yang dapat kita lakukan..

Namun, kita harus cuba sedaya yang mampu....



-dengan menginfakkan harta dan jiwa kita di jalan Allah

-memboikot produk Israel



apalah salahnya dengan mengeluarkan hanya satu ringgit demi saudara kita yang memerlukan sokongan kita di sana??



Jika masing2 mempunyai tanggungjawab dan misi untuk membantu, pasti ada kesan yang besar daripada masing2 hanya duduk mendiamkan diri....



Bukankan pepatah ada mengatakan sedikit2 lama2 jadi bukit????



Umat Islam takkan menang jikalau tidak ada semangat kesepaduan dalam diri...



Israel itu bukan hanya harus ditentang tetapi WAJIB!!!



Wajib dalam erti kata menentang 100%

Bukan hanya separuh-separuh....



Bukankah Allah telah berjanji bahawa mereka yg menginfakkan harta di jln Allah, pasti Allah akan gandakan ganjarannya...

Sesungguhnya, janji2 Allah amatlah benar dan Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya.



Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi :

"1riyal (ringgit) utk produk AS, sama dengan 1peluru utk tubuh saudaramu di Palestin"





Maka saudaraku dan sahabat2ku sekalian, upgradekan iman dengan mengupdatekan diri dengan info2 palestin, menginfakkan harta, menghulurkan doa yg x putus2 demi keluarga kita sendiri...



Bayangkan jika perkara ini terjadi pada diri anda sendiri, mak dan ayah anda, tidakkah anda memerlukan bantuan dan sokongan?? Begitu juga dengan mereka...



SAVE PALESTIN!



antara lmn web yang boleh dilawati :

http://www.palestinkini.info/

http://www.iluvislam.com/



8/1/09

Ceramah oleh Ustaz Ridhaudin

Tempat : Kolej Cemara-Akasia

Masa : 9pm



10/1/09

Rapat Umum Selamatkan Gaza

Tempat : Stadium Melawati Shah Alam

Masa : 10am-12pm



Hulurkan support anda demi deenul ISLAM!