Wednesday, January 7, 2009

class rep?

Baru 2 hari di INTEC namun sudah melambak2 tugasan yang perlu diselesaikan

Jika dahulu, antara usrah dan pelajaran, saya lebih mengutamakan pelajaran..

Namun, selama 2 bulan bercuti selepas semester pertama walaupun begitu banyak masa dibazirkan, paling tidak saya dapat menyedarkan diri ini bahawa agama(usrak, aktiviti keagamaan n kerohanian) harus dipukul sama rata...

Kerana itulah, saya tidak sabar2 untuk menjalankan tugas pertama saya sebagai ajk surau..
sgt rindu pada kerja2 dan akak2 yg sntiasa dengan senyuman manis mereka

Di Intec pula, sekali lagi saya diberikan amanah untuk melakukan tugasan sebagai class rep skali lagi..
Walaupun tugasnya sama, cuma hanya titlenya berubah
ASSISTANT CLASS REP

Sekali lagi tggjwb yg berat ini harus sy pikul... Semoga sy dpt menjalankannya dengan penuh ikhlas dan amanah...

Hairan saya dengan kaum Adam di kelas kerana masing2 menolak jawatan ini antara satu sama lain dengan alasan yg saya rasakan tidak boleh diterima pakai

MALAS!
itulah alasan mereka...

Sebetulnya, saya juga enggan menerima tugasan ini kerana tahu sem2 ini pasti sgt hectic spt yg telah diberitahu oleh senior2
Namun, harapan drpd kls yg mengharapkan diriku tidak patut dihampakan.

Kerana tidak mahu sangat menjadi CR, class repku menyuruhku menjadi class rep seorang diri..
Apakah hanya saya seorang yang belajar di kelas itu?
Apakah saya seorang saja yg patut dibebani dgn tggjwb spt itu?
tanpa pertolongan yg lain??

Setelah saya menolaknya, dia menyatakan kesanggupannya utk menjadi assisstant CR.
Bukankah lelaki yg sepatutnya memimpin perempuan?
Jika tidak begitu, mengapa imamnya lelaki dan
imam perempuan tidak boleh menjadi imam kpd makmun lelaki..
Tidakkah mereka berfikir spt itu???

mungkin inilah tandanya akhir zaman...
...

"Ya Allah, bantulah diriku dan rakan2ku...ameen~"

3 comments:

abid™ said...

salam

clas rep again at last....

=)

diorg mugkin bukan xnak jd clas rep tp mungkin diorg takot sebab nie

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kalian semua adalah seorang pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinannya.” ( Hadis riwayat Bukhari)

kepada nti pula yg akan menjadi clas rep buat sem kedua berturut2, jgnlah kecewa.

"Allah tidak membebani seseorg melainkan ap yg sanggup dpikulnya"
(Al-Baqarah:286)

selamat menempuh sem yg baru. all da best 4 u. maat taufiq wannajah.

ilal liqa' maas salamah

syahirshahimi said...

fuyoo
mira jd class rep lagi
tahniah2

aman hati said...

salamullahi alaiki, ya iman maisarah...

alhamdulillah...

pertama, ingin mohon maaf jika yang kedua nanti akan mengguris hati...

kedua, sunnah orang yang berjuang tidak pernah senang... kita menyingkap sirah perjuangan para nabi, nabi lut menentang isterinya sendiri, nabi nuh menentang pembesar dalam masyarakatnya, nabi ibrahim menentang namrud, nabi musa menentang firaun dan tak ketinggalan Muhammad SAW menentang abu jahal...

golongan di atas telah menerima kalam Allah dengan bahu mereka yang sama besar dengan bahu insan-insan yang lain... sekiranya kalam Allah dijatuhkan ke gunung, pasti gunung akan pecah kerana takut akan Allah Taala... namun di sebalik kepayahan dan keletihan menanggung kalimah Allah di bahu, golongan tersebut tidak pernah rasa mengeluh walaupun sedikit...

oleh itu, sebagai satu ibrah buat diri saya yang juga lemah ini, marilah kita lihat sejauh manakah sumbangan kita sebagai class rep itu, yang mampu mendekatkan para rakan sekelas ke arah mengingati Allah Taala yang maha satu...

jika tiada usaha ke arah itu, rasanya, tidaklah perlu mengeluh kerana bebanan tugas yang banyak lantaran nabi-nabi dahulu lebih banyak usahanya dalam mentarbiahkan manusia tetapi tiada keluhan dari hati dan mulutnya...

alhamdulillah...

ketiga, ingin mohon maaf jika yang kedua dan yang keempat mengguris hati...

keempat, telah ku katakan apa yang benar dalam pengetahuan ku.. sesungguhnya katakanlah benar walaupun pahit kerana tidak semua yang manis membawa ke syurga dan tak kesemua yang pahit mengundang derita...

salam...