Monday, May 11, 2009

Bukit Cerakah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jumaat lepas, saya dan roommate saya, Illi bertolak ke Bukit Cerakah di Bukit Cahaya Sri Alam utk menikmati pemandangan ciptaan Ilahi. Kami bertolak pada pukul 11 pagi dan menaiki teksi ke sana.

Semasa dalam perjalanan, saya dan pakcik teksi berbual tentang masjid-masjid di Malaysia.

Awalnya, saya hanya bertanya,
“Pakcik selalu solat dekat masjid tu? “ apabila ternampak Masjid Shah Alam yang tersergam indah di depan mata. Subhanallah.

“Jarang pakcik solat situ. Tapi pakcik pernah la solat. Selalunya masa bulan Ramadhan selalu jugak la pakcik solat sana..”

“Pakcik selalu solat kat mana2 je pakcik berada.”sambung pakcik teksi itu.

Saya hanya mengangguk kerana sedar bahawa tugasnya mestilah menyebabkannya tidak tetap di shah alam sahaja.

“Kalau pakcik kat shah alam, pakcik balik rumah dulu. Bersihkan diri baru pakcik solat.”

Alhamdulillah..Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dia tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam.

“Nanti dalam pukul 12.30 pakcik dah x ambil orang. Nak sedia utk solat Jumaat. Ada sesetengah orang tunggu sampai azan baru berhenti.”

“Takut tergesa-gesa nanti kan pakcik.” Aku menokok tambah.
Pakcik itu pula mengiyakan ayatku.

“Pakcik kadang2 outstation solat sana sini. Pakcik perasan satu konsep kat masjid seluruh Malaysia ni.”

“Kalau hujan, tangga selalu tempias, jadi ramai orang selalu jatuh kat tangga. Pakcik pun x faham kenapa diorg x perbaiki.”

“Ada sekali tu pakcik solat kat Masjid terapung kat Terengganu.”

“Owh..saya tau, saya pernah solat sekali kat situ,” ujar saya.

“Masa pakcik solat, tiba2 hujan lebat. Angin tu kan tolak air hujan masuk ke masjid. Orang2 yang sama2 kat saf pakcik tu semuanya basah kuyup. Kuyup semuanya! Dah basah gitu, pakcik teruskan juga solat, tapi khusyuk tu dah xdela..”

Saya hanya mendengar.

Pakcik tu sambung lagi, “Habis je solat, imam tu terkejut, tiba2 je hujan lebat."

‘Apa nak hairankan, dah kuasa Allah.’ Saya menjawab dalam hati.

Tapi benar juga kata pakcik ni, lantai masjid selalunya licin, nak nampak lawa..tapi kalau basah bahaya, terutama kat tangga.

Satu lagi, masjid2 tapi yg difokuskan sini di Malaysia besar2 dan tersergam indah, tapi yang menyedihkan hanya sebahagian yang mengimarahkan masjid.

“Orang yahudi takkan takut dengan umat Islam selagi saf solat Subuh tak dipenuhi dengan jemaah,” kata pemandu teksi tu sebelum saya mengucapkan salam kerana kami telah selamat sampai ke destinasi.

Kesimpulannya, jika benarlah kata pakcik itu tadi,itulah yang dikesalkan, masjid dibina canggih-canggih tetapi hal keselamatan tidak diperhatikan secara teliti. Semoga generasi akan datang dapat melakukan kepada masjid2 di Malaysia. Dan semoga umat Islam akan bersatu pada dalam mengimarahkan masjid. Ameen~!

1 comment:

si panjang angan2 said...

ameen~
erm..lg stu utk diperbaiki..
mnx2 la ustaz2 kte tinggalkan tabiat ske bermain politik dlm masjid, yg kdg2 sggh x profesional n x akdemik, smpi lg rmi org mls g masjid..huhu
ameen~