Monday, May 11, 2009

Kisah saudara kita..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Merenung kisah sahabat Nabi membantu membuatkan semangat Islam kita berkobar-kobar.

Jika pelajar sekolah wajib mempelajari sejarah Malaysia di sekolah, maka, mengetahui sejarah Islam

berlipat kali ganda pentingnya utk umat Islam generasi sekarang samada tua ataupun muda.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Panglima Tharhan, ketua panglima perang kerajaan Turki Uthmaniah dan bapa saudara Sultan Muhammad al-Fateh, “Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu.”

Selain itu, George Santayana mengatakan bahawa, “Those who forget the past are condemn to repeat it.”

Terbukti kata2 mereka benar. Apabila kita melihat umat Islam sekarang, ramai yang tidak mengamalkanajaran Islam sepenuhnya. Kita dapat lihat dengan jelas daripada sektor pemerintahan hinggalah kepada rakyatnya. Betulkan saya jika saya salah tntg hal ini. Kerana tidak adanya sejarah umat Islam di dalam dada muslimin sekarang menyebabkan mereka tidak dapat mengambil faedah dan mengetahui iktibar daripada sejarah kegemilangan umat Islam. Apakah rahsianya?

Sabda Rasulullah,

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya engkau berpegang teguh dengan kedua-duanya, engkau tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan al-sunnah.”

Rasulullah telahpun menunjukkan kunci kekuatan umat Islam dengan jelas namun kerana tidak mempelajari sirah, maka inilah salah satu sebab timbulnya pelbagai masalah pada umat akhir zaman ini.

Maksiat dan jenayah di mana2, berlaku2nya perpecahan umat dan sebagainya sehingga sukar utk dikawal.

Para sahabat dahulu, amat mengikuti al-Quran dan sunnah baginda, golongan murtad diperang habis-habisan, tidak ada rasuah, tidak ada riba’ kerana pemimpinnya tegas mengikut hukum Islam. Pemimpinnya sanggup turun padang waktu malam melihat keadaan rakyatnya. Allahuakbar!

Maka di sini, saya ingin membawa kisah tentang sahabat Nabi yang sangat menarik untuk dijadikan teladan ialah, Saidina Umar al-Khattab yang digelar sebagai al-Faruq, pemisah antara haq dan batil.

Buku ini dihadiahkan kepada saya rakan sempena hadiah harijadi sy. Walaupun hadiah itu baru saya terima beberapa hari yang lalu, namun sy bersyukur kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan tntg sahabat Rasulullah dan zaman kegemilangannya suatu ketika dulu. Semoga kita dapat mengulangi detik kegemilangan Islam..insyallah..

Nantikan entry seterusnya...

Maafkan saya, kisahnya terpaksa di post lambat sedikit kerana bukunya dipinjamkan kepada rakan agar dpt dijadikan rujukan.

Terima kasih juga kepada mereka yang memberi komen.

4 comments:

si panjang angan2 said...

slm alaikum
saudari iman maisarah..
mgkin sedikit mnmpakkan adanya khilaf dlm komentar saya ini..
tp anggap lah ini hanyalah sekadar diskusi dan pkongsian pndapat ygy sye hrpkan insyaAllah memberi faedah kte bersme.

mmbace post saudari, tedetik rse kagum. krn sye dpt mlihat btp tgginye jiwa khambaan, dan jg nilai jati diri Islam dlm jiwa saudari.
Ttp disblk itu terdapat bbrp pkare yang mndorong sye utk mlontarkan pndangan.

benar kte suadari, yg umat islam skrg mmg sdh jauh dr nilai kehidupan Islam yg sbnar. dan kte jg jauh dr sinar kgemilangan yg prnh kte
kcapi dulu. dan sprt yg saudari ktekn, solusinye "amatlah mudah". ya, mmg mdh. ttp bdsrkn cr pnulisan saudari, fikiran sye dpt mrsekn yg
saudari 'mmandang mudah'. scr terasnye mmg mudah, iaitu sprti sabda nabi dlm haji wida' yg saudari petik. ttp scr pndekatan nye x prnah mdh,
especially dlm dunia moden skrg. krn scr pribadi sye yakin, senario dlu dan skrg sdh lain. minda masyarakat dlu dan skrg berbeza.
dan serangan yg org islam hadapi dulu dan skrg jg berbeza. jsteru itu, masalah yg kte kte hadapi dulu dan skrg juga bbeza.jd jgn mudah
mngatakan bhw dgn mrujuk kmbali kpd sejarah kegemilannagn dan kjatuhan Islam terdahulu, sglnya pasti selesai(renung kembali kata2 saudari,
"namun kerana tidak mempelajari sirah, maka inilah yang terjadi sekarang").sbb tu sye ktekn bhw pndekatan pd solusi itu jgn diambil mdh.

kadangkala kite x sdr, kte mmndangnya scr mudah. mcm ne tu? kte mncari al-quran dan as-sunnah sbg solusi, dan pd mse yg sme krn kite sggh kagum dgn sejarah kegemilanagn islam, kte sll mrsekan itulah contoh terbaik 'al-quran dan as-sunnah'. maka solusi terbaiknya adlh dgn mncontohi pendekatan yg dibawa tokoh2 tdahulu. ttp mgkin kite x sdr yg praktikaliti nya sdh bbza.dan krn rmi dlm kalangan kte sdh mnganggap itulah jalan terbaik, akhirnya scr x sdr fikiran mrk mnjd smpit dan kta sll trikat dgn cara lama. dari sudut yg lain pula, saya dpt lihat jg rmai org islam kt ngara kita ni gagal mbuang sifat bias mrk dalam mmbuat judgement. rmi org kte yg taksub dgn sebelah pihak shj. krn teras pjuangan sstu kumpulan/gerakan itu bervisikan 'al-Quran dan as-Sunnah' lbh2 lg apbl ia dkepalai oleh golonagn ulama', mrk sering mngjustifikasikan sgl tindaktanduk gerakan tersebut tnpa mlalui judgement yg bijak smata-mata krn mrklah 'al-quran dan as-sunnah'.dan mrk jg mjdi bias dlm bfikir. mmg benar ap yg dibawa olh gerakan itu berteraskan 'al-quran dan as-sunnah' (dan sstghnye x pn).ttp krn masih rmi umat Islam di malaysia sndiri mmndang solusinya sbg sstu yg "amatlah mudah", akhirnya mrk gagal bfikir. dan mrk x sdr yg kgagalan tersbut mmbawa mrk mnyokong pndekatan 'al-quran dan as-sunnah' yg krg bjk, yg kadangkala boleh mmbawa mudarat kpd islam itu sndiri.

kesan drpd tabiat kita yg gemar 'mmandang mudah' itu, akhirnya minda umat Islam tidak bkembang. kita gagal mmbuat pembaharuan @ tajdid. dan golongan yg berusaha mmbawa tajdid pula sering ditentang dan dianggap btentangan dgn ajaran Islam. mrk ditekan krn mrk menolak garis2 pnduan yg di bawa olh ulama2 silam. akhirnya, oleh krn tiadanya tajdid, kt gagal mncari solusi yg bnr berksn. sprt yg tlh sye tknkn, dunia silam dan kontemporari sdh berbeza. kita dulu hya bhadapn dgn pdg. prg ideologi dlu tdk shgt skrg. srgn hedonisme, liberalisme, pluralism, positivisme logikal, dan mcm2 lg, sme tu x brp wujud dlu. klu wujud pn x mcm skrg(adelah jgk muktazilah, dan tu jgk la antare yg mnghancurkan k abbasiyah).sye bsetuju kte harus ambil iktibar dr khancuran yg lps, ttp untuk mncontohi pendekatan solusi mereka, sye krg bersetuju.kte prlukan tajdid dr segi pndekatan. dan saya yakin, slg umat islam kini trs mmandang solusinya sbg satu yg 'amatlah mudah', kte xkn temui pendekatan yg sbnr.ap pndangan saudari?

sekadar mlontar pndapat,

muklis dr mukhlis.

(erm..lme x ym, invisible ke?huhu)

Anonymous said...

sekadar singgah memberi pendapat..
minda msyrakat sekarang bebeza dgn dahulu...contohnya..tabiat menuding jari..salah siapa??tepuk dada tanya iman..adakah diri ini sudah betul??sudah mengikut ajaran Quran n Sunnah sprti yg saudari katakan???jika ya..barulah kita dapat bg contoh kpd msyrkat zmn skrg..krn kita adlh msyrkt zmn skrg..bkn DAHULU..ini sesuatu yg BUKAN SEMUDAH yg saudari katekan..aib lah seseorg itu jika mngatakan sesuatu sdgkan diri sndiri tidak melakukannya..blsn nya??sy pasti saudari lebih tahu..igtlah..walau bagaimanapun alim seseorang, dia tidak akan dapat manfaat dari ilmunya selama ilmunya tidak berpedoman kepada akal..maaf jika menyinggung..seseorang yg terang hatinya, teguran umpama madu utk nya..sekian..

iman maisarah said...

waalaikumsalam..
salam kembali...
terima kasih kepada saudara mukhlis dan tinta sutera dalam memmberikan pendapat..
insyallah, saya akan cuba memperbaikinya..

Sebenarnya, sebelum sy hendak menulis perkataan mudah itu, terdetik juga di hati saya bahawa perkataan 'amat mudah' itu kurang sesuai namun entah mengapa lancar sahaja tgn ini menaip di papan kekunci. Insyallah, saya akan betulkan.

Benar kata saudara Mukhlis bahawa mungkin tidak relevan bg kita utk meniru tindakan sepenuhnya seperti dalam zmn kegemilangan islam yg terdahulu kerana zaman moden amat berlainan dengan pelbagai masalah yg melanda.

Apapun, mengenali sirah2 islam adalah salah satu method utk mengenali agama kita dan bagaimana cara memimpin dan dipimpin yang terbaik..
Saya mengambil contoh Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda amat mempraktikkan sapenuhnya alquran dan as-sunnah dalam pemerintahannya. Sesiapa yang melakukan maksiat akan dihukum mengikut cara Islam.
Hal ini kerana impian umat islam daripada dahulu lagi ingin menguasai kota Constantinople setelah Nabi Muhammad mengatakan bahawa umat Islam bakal menakluk kota itu suatu hari nanti ketika dalam perang khandaq atau dikenali juga sebagai perang al-ahzab. Dalam hadith, Rasulullah bersabda, "latuf tahannal qastantiniyyah fala ni'mal amiru amiruha wala ni'mal jaisy zalikal jaisy" yang bermaksud "kota Costantinople akan dibuka oleh seorang lelaki, sebaik2 ketua adalah dia, sebaik-baik tentera adalah tentera bwh dia..". Oleh itu,Sultan Muhammad berusaha menjadi raja yang terbaik dan melatih tentera dan rakyatnya untuk menjadi baik. Bagaimana? Dengan melaksanakan hukum Islam. Daripada sini, kita dapat mengetahui bahawa hanya dengan melakukan hukum Islam sahajalah keamanan akan dapat ditegakkan.

Jikalau pemimpin2 kita dan generasi sekarang mempelajari sirah, pasti mereka sedar peri pentingnya hukum islam dalam hidup. Seperti yang kita lihat sekarang,Malaysia memilih agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi dalam melaksanakan hukum hudud pun masih ada yang ragu2.

Zina contohnya, hanya dikenakan denda dan penjara. Sebatan wallahualam. Namun, jika mengikut hukum Islam, ghoiru muhsan akan dikenalakn 100 sebatan manakala ghoiru muhsan pula rejam samapai mati. Makanya, sekiranya mereka hendak melakukan perbuatan terkutuk terbabit, mereka pasti akan memikirkannya berbaloi atau tidak zina dipertaruh dengan nyawa mereka.

Sekiranya hukum2 Allah ini ditegakkan maka insyallah maksiat akan dpt dibendung. Satu lagi, hukum murtad, jika dalam sirah terdahulu, Saidina Abu Bakar contohnya, membasmi golongan murtad secara habis-habisan. Islam telah menggariskan hukum bahawa org yg murtad, pabila diseru utk kembali kepada Islam namun dia enggan, wajib dibunuh. Di sini, saya ingin membawa satu kisah benar di Malaysia.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Jika dalam Islam mereka yg murtad harus diperangi, apakah yg terjadi pada peraturan di Malaysia? Mereka yg peluk Islam, hanya kerana peraturan dipaksa murtad? Mereka yang menolong menyelamatkan daripada murtad pula yang dikenakan tindakan?

Adakah hukum Islam sudah tidak relevan lagi pada zaman sekarang?
Hakikatnya, hukum Allah pada zaman umat Muhammad tidak pernah ketinggalan zaman walau mcm mana moden sekalipun dunia ini.

Hal ini menunjukkan pentingnya umat Islam sekarang terutama pemimpin utk mengetahui sirah. Kerana pemimpin yang beriman dapat membantu utk menegakkan kebenaran di tanah airnya dengan kuasa yang ada padanya.
Maka, sirah merupakan salah satu alat untuk mendidik kita dalam mengenal Tuhan.

Jikalau ada yang salah, harap diperbetulkan. Syukran.

si panjang angan2 said...

Alaikum salam..
Afwan dan syukran utk komen saudari yg pnh pngisian informasi. Tashakor krn mngingatkan sy kmbli akan kegagahan Sultan Muhammad al-Fateh membelah selat Bosphorus menuju Konstantinople dlm mrealisasikan hadis Nabi Muhammad S.A.W yg prnh sy hayati mlalui novel Islami ‘Rona Bosphorus’ karya Zaid Akhtar(cbelah cri, insyaAllah byk faedah). Jg krn mngungkit kn kmbli kisah Tun Salleh Abbas dan Suzie Teoh yg prnh mnjd bhn kegemaran sy ketika mmberi tazkirah di zmn sekolah dhlu(terkng sjrh lme).

Sblm tu, ingin sy tekankan bhw sy mmberi komen sekadar mmberi dan berkongsi pendapat. Bukanlah niat sy utk mngajak saudari berbahas dan berdebat, apatah lagi mnunjuk siapa hebat. Dan tiadalah juga apa2personal@hiden agenda di sblk komen2 saya ini. Mgkin krn keperibadian saya yg tidaklah brp sempurna atau cantik, ssetngah akan menghukum sy dgn pkara2 yg x mnyenangkn. Tp biarlah org mhukum, esk yg pasti kita smua akn dihukum Allah S.W.T jua, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui. Sy cuma mharapkn kita peroleh manfaat dr pkongsian fikiran ini. Mungkin pendapat sy kontradik dgn pndapat saudari, dan mungkin juga ap yg saya fikirkan sama dgn yg saudari fikirkan.
Sye amat bersetuju dgn kata-kata saudari bahawa mmpelajari sirah Islam adalah satu saluran yg baik di dlm menghayati dan memahami agama Islam itu sndiri. Dan sy juga bersetuju bhw plaksanaan hukum Islam dan sebuah kehidupan yg blandaskan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai satu matlamat WAJIB ada pd stp umat Islam.

Sekali lagi mahu sy tekankan pendapat sy akan tabiat ‘memandang mudah’, yg sering membawa kita ke arah Islam Literal, yg bersifat beku, jumud, gemar berfikir di satu sudut, dan kdg kala tidak tbuka utk pembaharuan(tajdid). Cara saudari mempertikaikan kgagalan sstgh di dlm melaksanakan hukum Islam sepenuhnya, secara jujurnya mengingatkan saya kepada seseorang yg pernah saya jadi dahulu.

Mungkin di dalam mempersoalkan kegagalan mereka melaksanakan hukum hudud, kita terlupa, atau mungkin x berani untuk berfikir di sudut yg lain. Ketika kita bersemangat mempersoalkan kenapa kerajaan x mlaksanakan hukum hudud, kita terlupa mempersoalkan: sejauh manakah UMAT ISLAM di Malaysia BERSEDIA untuk menerima hukum hudud? Kita jg x berani untuk memikirkan: adakah apabila dengan kerajaan kita skrg mlaksanakan hukum hudud, segala masalah pasti akan selesai? Dan tidak akan timbul masalah-masalah yg lain? Pernah terfikir x, kenapa kerajaan PAS skrg sdh agak senyap mmpersoalkan hukum Hudud? Mari kita sme2 memikirkannya dr PELBAGAI sudut.

Seperti saudari sendiri akui, masalah yg berlaku dlm umat Islam sekarang mmg sudah tersangat parah. Gejala hedonism di kalangan remaja x mahu sy sentuh. Kita skrg bkn shj berhadapan dgn org bkn Islam, tp dgn org Islam sendiri: Islam Liberal, pluralism, antihadis dll. Golongan2 ini smkin hari smkin berani mnampakkan wajah2 mrk. Di satu sudut yg lain, pernahkah kita tfikir apakah punca2 muncul nya golongan2 sprti ini? Ya! Mmg ini adalah jarum2 cilik org2 Yahudi. Di sudut yg lain jg, pernahkah kita tfikir kenapa org2 Yahudi/orientalis ‘terfikir’ utk mnyerang Islam scr ideology? (Islam Literal, fikirkan..)

Manusia zaman skrg sdh smkin sukar untuk mematuhi sstu dgn bgitu mudah. Dlm apa2 jua kes pn, sama ada btudung, smbhyg, hudud, begitulah keadaan nya skrg. Hal ini tjadi sbb umat manusia skrg scr universalnya mndokong kebebasan berfikir. “saya Islam atau tidak, saya ada hak dan kebebasan saya sndiri untuk berfikir, nk beramal ke x”. Saya igt lg rakaman ceramah Us. Hazrizal Abu Jamil yg sy dpt dr kakak sy taun lps. Scr ringkas, beliau mnceritakan akn pengalamannya apbl didatangi seorang remaja perempuan dgn ditemani abg nya. Remaja tersebut menyerangnya dgn beberapa soalan scr satu persatu: kenapa saya perlu bertudung; kenapa saya perlu sembahyang; dan..(saya x igt soklan ketiga). Soalan2 yg saya kira x perlu dtye dan djawab. Dan setiap satu soalan tersebut, Us. Hasrizal mnjawab “yg tu saya x boley jwb”. Pelik? Soalan2 yg sng tp beliau x boleh jwb. Klu tye kt Ustaz2 biase(mksud sy Ustaz2 yg berfikiran dan memandang ‘mudah’), msti dh terkeluar mcm2 ayat al-Quran dan hadis, ntah2 siap kne lempang lg budak tu. Ttp Ustaz Hasrizal akhirnya hnya mjawab “soalan2 mcm tu sye xkn boley jwb, slg awak x btye pd diri sendiri, sejauh manakah Tuhan itu PERLU dlm hidup awak..”. Jawapan yg sy kira bkn shj mmpu mmbuat remaja tersebut berfikir, ttp turut mmaksa sy bfikir. Saya yakin, klu Us. Hasrizal x mmahami konsep kbebasan bfikir, dia psti xkan tfikir/bkehendak utk befikir dr sudut pemikiran remaja tsebut sendiri, utk mcari jwpn plg bguna dan relevan.

Point sy disini, di saat kita bgtu mudah mngutuk dan mghukum mereka yg enggan mlaksanakan hukum2 Allah, kita x blh lupe utk brusaha berfikir dr sudut yg lain. Apa yg kita fikirkan, x smestinya sme dgn yg mrk fikirkan. Kita sntiasa yakin yg kita di pihak yg btl, ttp mrk mcm tu jgk, yakin mrk pn btl. Jd siapa yg btl? Smpai bila mslh blh diselesaikan? Tringt pulak kate2 Us. Ridho, kita yakin Islam tu benar, org Hindu pn yakin yg Hindu tu benar. Siapa yg benar?

Bg saya, kita harus sntiasa yakin dgn apa yg kte pegang, tp pd mse yg sme kte prlu terbuka utk berfikir, jgn terlalu ‘mrase benar sendiri’.

“Jikalau pemimpin2 kita dan generasi sekarang mempelajari sirah, pasti mereka sedar peri pentingnya hukum islam dalam hidup”. Pak Lah siap ad ijazah Pengajian Islam lg, adkah bliau x bljr sirah? Erm...hasty-generalization(mmndang mudah)?

Di saat Dr. Badrul Amin bkokok mncaci Dr. Asri Zainul Abidin, x sdrkah bliau PKR ‘ksayangan’nya itu bselongkol dgn DAP yg muktamad mnolak TEOKRASI? …adakah itu al-Quran dan as-Sunnah? selalu saya fikirkan ...

Sy menyanjung tindakan dan ketakwaan Tun Salleh Abbas, ttp kdg kala tfikir juga, bgmna rsanya kalau sye brd di pihak keluarga Suzie Teoh pd ketika itu. Dan kalaulah sy Dr. Mahathir ketika itu, nk pilih antara agama tercinta atau perlembagaan.

Sekadar inilah pndapat dr sye yg x sempurna x stinggi mne ilmunye klu nk dibndingkn dgn saudari. Jikalau ad slh, hrp ditegur, jgn disimpan, nnti dipasang sumbu api. Mgkin kata2 sy mnmpakkan sy sorg liberal. Diharap saudari jgnlah berprasangka dgn mnghukum saya sbgitu, atau jgnlah saudari mnjadi sorg yg literal. Sye cme brusaha mmupuk keterbukaan pd diri sye dan saudari, pd mse yg sme x lari dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Wallahualam.