Monday, May 11, 2009

Pengumuman

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Surau Akasia sekarang mengadakan kuliah maghrib pada hari Khamis malam Jumaat selepas solat Maghrib.

Sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu daripada Ustaz Idris yang mahir dalam ilmu tajwid dan Quran serta cabang ilmu islam yang lain, marilah kita sama2 mengimarahkan majlis ilmu ini...

Untuk pengetahuan kalian, topik feqah dan alquran(tajwid) akan diadakan secara bergilir-gilir..

Alhamdulillah, setakat ini, walaupun tidak ramai, masih ada yang menghadiri untuk berlumba-lumba menimbu ilmu daripada beliau..

Tapi, yang menjadi kebimbangan, apabila hanya pelajar ADFP yang meneruskan pengajian semester musim panas apabila program2 lain exam dan bercuti.

Syamilah menasihati saya agar ditangguhkan shj pada semester depan iaitu bulan julai bg pelajar ALM kerana khuatir tidak ramai yg hadir ke kuliah tersebut.

Namun, bagaimana pula santapan rohani utk pljr ADFP?

Sejujurnya, terlalu sedikit pelajar ADFP yang hadir ke kuliah itu. Hanya dlm dua tiga org.
Mungkin kerana kurangnya informasi tntg perkara ini.
Insyallah masalah ini akan cuba diselesaikan..

Jadi, sy ingin mengajak teman2 perjuangan sy agar bersama2 mengikuti kuliah maghrib oleh Ustaz Idris..
Hargailah masa yang diinfakkan hanya utk berkongsi ilmu kepada kita...

Berikut adalah antara input-input yang kami dapat setelah 2 kali kuliah ini diadakan.

Kuliah pertama

Sebelum memulakan kuliah, Ustaz Idris mencadangkan buku Manhaj Fiqh al-Syafie tentang sahsiah keluarga Islam

Intipati kuliah:

Setiap orang mempunyai hak.

-Hak untuk disayangi
-Hak untuk dilindungi
-Hak untuk tidak disakiti
-Hak kebebasan

Begitu juga dengan haiwan...

Di dalam ibadah korban misalnya, kita mempelajari cara2 utk menyembelih binatang agar kita tidak menyeksanya...

Kita mestilah menggunakan pisau yang tajam agar mudah dan mempercepatkan proses untuk membunuhnya..

Haiwan peliharaan dan pokok2 hiasan pula hendaklah dijaga dengan baik dengan memberikan makanan dan minuman serta tempat berteduh dan sebagainya. Itu merupakan hak mereka..

Sebagaimana semua makhluk yang ada di muka bumi ini menginginkan hak masing-masing agar dipelihara, begitu juga dengan hak-hak al-Quran. Kita sebagai umat islam WAJIB memeliharanya kerana ia merupakan kalam yang teragung dan suci daripada Allah yang Maha Bijaksana.

Hak-hak al-Quran

1.Beriman dengan al-Quran
-percaya dengan yakin bahawa Quran itu adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah melalui Malaikat Jibril
-Sebahagian daripada rukun iman

2. Membaca al-Quran
-Hukumnya WAJIB
-apabila kita hendak membaca al-Quran, kita mestilah belajar hukum tajwid dan makhraj agar maknanya tidak menyimpang daripada makna sebenar.
-Apabila Ustaz Idris menjalankan kajian di sekitar Shah Alam, beliau mendapati kedudukan orang melayu jatuh pada tahad sederhana. Hal ini kerana hanya segelintir umat islam di sini yang selalu membaca. Surah yang famous ialah surah yassin bagaikan hanya surah yassin yang ada di dalam al-quran..
Persoalannya : Bagaimana pula hak-hak surah yang lain?

3. Faham al-Quran
-Sesiapa yang mempelajari dan membaca al-Quran mendapat fadhilat al-Quran
-Syurga itu ada 7.
-Sesiapa yang menghafal dan mengamalkan al-Quran maka tempatnya tentulah lebih tinggi daripada mereka yang hanya membacanya tapi tidak memahami maknanya.
-“Sesiapa yang hafal dan mahir al-Quran setaraf dengan Malaikat dan Nabi.”(Ustaz Idris)
-Sesiapa yang baca tersangkut-sangkut, dapat 2 ganjaran..
I. Pahala baca
II. Pahala belajar(menimba ilmu)
*inilah tanda Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..Walaupun kita salah, tapi tetap dapat pahala..Seronoknya!
-Sesiapa yg x baca al-Quran, Quran akan melaknatnya.
-Ustaz Idris berkata lagi, “ Kebanyakan ilmu banyak dalam bahasa Arab.”
-Oleh itu, kuasailah 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
-Mengetahui dan fasih dalam sesuatu bahasa itu kunci kepada ilmu.
Sebagaimana sesebuah pintu memerlukan kunci untuk mmbukanya, begitu juga ilmu.
-Oleh itu, marilah kita sama2 mempelajari bahasa Arab, bahasa al-Quran..

4. Beramal dengan al-Quran
-“Israel takut pada umat Islam hari ini kerana walaupun kita baca Quran, tapi kita x hafal dan yang paling penting sekali tidak beramal dengan ayatollah..Mereka akan hanya gentar bila umat Islam memenuhi masjid ketika Subuh untuk solat berjemaah”
Persoalannya : “Bilakah ia akan menjadi kenyataan? Bangunlah wahai umat Islam akhir zaman sekalian!”

5. Hafal al-Quran
-Hafal di sini bermaksud pelihara kemurnian dan kesucian quran
- sebagai petunjuk kehidupan para muslimin

6. Sampaikan apa yang ada dlm Quran.
-mengajarnya kepada orang lain
-menjadikan al-Quran sebagai hujah utk membidas orang kafir
Semoga para malaikat sentiasa memohon keampunan utk kita...

Kuliah kedua

Ustaz membincangkan tentang al-Quran

Kerana ini merupakan kali pertama, maka sesuailah dimulakan dengan surah alfatihah.
Alfatihah

-dikenali sebagai ummul kitab , pembuka surah
-Semua surah terkandung dalam surah al-Fatihah
-ada 7 ayat (termasuk basmallah iaitu bismillahir rohmanir rohim)
Selain mazhab syafie, iaitu mazhab hambali, hanafi dan maliki tidak mengira basmallah sebagai salah satu ayat dalam al-Fatihah. Tetapi menjadikan ayat ke7 menjadi dua ayat, dengan mewakafkanya selepas “ana’mta a’laihim”.
-Mad arid lissukun boleh dibaca dengan 2 / 4 / 6 harakat
-Panjang harakat diselaraskan

Harakat= 1) gerak jari
2)baris

Jikalau 2 harakat, semua harakat 2 harakat dari awal hingga akhir
-Tajwid= elok
-Mad = panjangkan suara
-Setiap huruf al-Quran dijaga oleh malaikat
-al-Quran ada 10 Qiraat yang mutawattir.
Mutawattir maksudnya ramai yang meriwayatkannya..

3 Rukun al-Quran

1. Sanad =guru (sampai kepada Rasulullah)

2. Menepati lahjah = menggunakan Arab fushah iaitu bahasa baku bukan bahasa pasar.

3. Tahu tulisan resam Uthmani = boleh baca al-Quran melalui resam Uthmani, bukan Imlai.
Imlai= tulisan alquran lama yang ibu bapa kita selalu baca tu...

*Ustaz mencadangkan bukutajwid oleh Abdul Qadir Leong yang insyallah terdapat di PKNS ataupun di kedai buku agama Ole2.

Sesiapa yang berminat tetapi mempunyai kesukaran utk pergi membeli, insyallah anda boleh pesan kat saya, Amirah.

p/s : Sebenarnya ada sebahagian lagi yang sukar untuk diterangkan melalui tulisan sahaja, perlu berguru atau disaksikan secara direct..memang menyeronokkan kerana banyak ilmu baru yg didapati.Oleh itu, marilah sama2 kita menuntut ilmu dalam kuliah maghrib sebelum masing2 fly ke destinasi masing2...Cukupkanlah ilmu di dada mengenai islam agar iman kita tidak mudah goyah...

(Di Cemara dan Cendana pun ada juga. Maaf, saya x pasti bila harinya, cuba rujuk dengan mereka yang incharge. Wallahualam..)

2 comments:

abid™ said...

salam~

d cendana stiap hari selasa malam selepas solat fardhu maghrib...

jemput datag...

sama2 memeriahkan majlis ilmu...

si panjang angan2 said...

ari slse us. idris gak ke?
us. mus kn