Sunday, June 21, 2009

Renung2kanlah dan selamat beramal=)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada hari Jumaat petang dua minggu yang lalu, kira2 pukul 6, kami bertolak ke Seksyen 19 dan bermalam di Pejabat JIM. Hamdillah, encik yang menjaga tempat itu sungguh berhati mulia kerana membenarkan kami menginap di situ utk 1 malam secara percuma. Semoga kebaikan dibalas Allah di akhirat kelak. Ameen~!

Apabila sampai di sana, kami solat maghrib berjemaah serta membaca ma’thurat.
Setelah itu, kami bertaaruf utk lebih mengenali ukhti2 usrah ADFP. Semasa taaruf itu, kami diberi makanan hati sementara menunggu nasi masak. Kak KD, selaku penyampai ISK kali ini menyatakan betapa kita perlu bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kak KD ini kelebihannya dpt dilihat dari segi analoginya yang sungguh mantap dlm menjelaskan sesuatu perkara. Dia memulakan dengan ayat alQuran yang berbunyi,

“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (80:24)

Allah telah berfirman kepada hambaNya agar merenung bagaimanakah makanan itu dihasilkan. Sebelum ini, kita hanya melihat nasi dan lauk pauk yang telah tersedia di meja kita tanpa memikirkan betapa susahnya utk menghasilkan makanan itu.

Sebagai contoh, nasi berlaukkan labu masak lemak. Bayangkan betapa sukarnya petani untuk menghasilkan beras yang berkualiti. Mungkin semasa menunggu padi menguning, padi itu diserang serangga perosak, kemarau dan sebagainya. Begitu juga dengan labu tersebut. Mungkin ketika hendak menanamnya, benih itu tidak menjadi. Peladang perlu membawa anak kecilnya pergi bekerja dalam keadaan bersusah payah. Santannya pula daripada kelapa yang terbaik,dan mungkin semuanya dari lain2 negeri atau Negara. Lalu, dikumpulkan,di masak oleh tukang masak dengan bersungguh-sungguh dan terhidang di meja makan kita. Adakah kita merenungkannya dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakannya tanpa kita bersusah payah melalui semua yang dilalui oleh sang petani dan sang peladang contohnya?
Atau kita hanya sendawa kekenyangan tanpa mengucapkan Alhamdulillah?
Atau mungkin kita akan mengatakan, “Ah,tak sedaplah makanan ni.” Lalu pergi meninggalkannya begitu sahaja?

Sekiranya mereka yang berusaha keras utk memberi hasil dan makanan yang terbaik itu melihat pada perilaku kita yg tidak bersyukur itu, pasti mereka akan kecewa.
Begitu juga dengan Islam.

Orang-orang Islam terdahulu bersusah payah menjaga Islam agar generasi berikutnya dapat merasai kemanisan iman dan islam. Bayangkan Sumaiyah, betapa kerana imannya kuat mempertahankan Islam, beliau disula oleh tuannya. Nenek moyang kita berperang dan syahid demi menegakkan Islam. Golongan Muhajirin terpaksa meninggalkan kampong halaman sehelai sepinggang demi Islam.

Apakah kita yang tidak perlu berperang utk berpayung di bawah nikmat Islam alpa dalam mengikuti perintah dan menjauhi larangan Allah? Jika ya, maka perbuatan kita samalah seperti orang yang tidak mensyukuri makanan tersebut.

Subhanallah! Betapa ayat2 Allah begitu indah dan sarat dengan peringatan bagi kaum2 yang mahu berfikir.

Kami beralih kepada solat pula. Sebagai contoh, kita merupakan pelajar UiTM. Pengarah HEP menyuruh kita berjumpanya 50x sehari utk consult apa2 shj pada beliau agar beliau dapat membantu. Tapi, kita sebagai student mengatakan terlampau byk sgt 50x kali itu, dan mengatakan “5 kali pun cukuplah.” Beliau pun bersetuju. Walaupun diberi keistimewaan agar boleh minta dan berbincang apa2 shj, tapi kita masih tidak dapat menemuinya utk 5x itu. Adakah kita tidak cukup bijak melihat privilege yang terhidang di depan mata? Begitu juga dengan solat. Solat tidak memberi apa2 faedah padaNya. Tujuan diturunkan kewajipan solat ialah keran Allah hendak menolong hambaNya dalam menunaikan tanggungjawabnya di muka bumi kerana Dia tahu hambaNya tidak akan mampu melakukannya seorang diri. Kerana itu, solat diwajibkan utk kemudahan hambaNya mengadu masalah dan meminta apa sahaja padaNya. Allah mengganjari pahala yang lebih kepada orang yang menjaga solatnya kerana dia dpt mendisiplinkan diri. Ini secara tidak langsung dapat menolong manusia agar menepati waktu dan tidak menangguh serta memudahkan urusan seharian.

Kemudian, kak KD menyentuh sedikit tentang ma’thurat yang kami baca selepas solat maghrib. Kata Kak KD, Rasulullah mengamalkan Ma’thurat kubra(besar). Tapi, kita yang kononnya sibuk daripada Rasulullah mengamalkan ma’thurat sughra(kecil). Alhamdulillah, kita masih mengamalkan ma’thurat. Tetapi kalau boleh, kita amalkan bacaanya yang 3 kali itu (kerana kami membacanya sekali sahaja). Kerana kita telahpun ambil bahagian yang ringkas, takkan kita hendak ringkaskan lagi. Kita bukannya lebih baik daripada Rasulullah. Maksudnya di sini adalah, kita cuba sehabis baik utk mengikuti sunnahnya.

Itulah antara pengisian kami senja itu.

1 comment:

irriz said...

"Tetapi kalau boleh, kita amalkan bacaanya yang 3 kali itu (kerana kami membacanya sekali sahaja). "

umpanma kita memakan ubat.. doktor syorkan mkn 3 biji, tp kita mkn sebiji je.. so, kurg ar kesannye..