Wednesday, September 23, 2009

jom ZIKIR!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Acapkali, ketika berjalan berseorangan, masa dibazirkan begitu sahaja...
Saya asyik memikirkan waktu kelas yang akan bermula hanya beberapa minit shj lagi...

Alangkah ruginya masa itu jika tidak digunakan dengan sebaik mungkin...
Sudah banyak waktu yang telah saya bazirkan...

Sejak saya menghadiri Kem Biro Tatanegara(BTN), alhamdulillah, kadangkala masa terluang itu saya gunakan utk berzikir dan bertahmid memujiNya.

Sewaktu di BTN, terdapat tazkirah ringkas selepas Subuh dan Maghrib. Satu tazkirah yang berjaya menyedarkan saya ialah berkenaan kisah yang sgt menarik tentang seorang ahli syurga.

Kisahnya berbunyi begini...

Di dalam syurga, kita boleh dapat apa sahaja yang kita impikan. Sekiranya kita teringin makan buah, buah itu akan menundukkan dirinya agar tercapai oleh kita. Jika kita sgt malas, buah itu akan datang kepada kita. Jika malas lagi, maka buah itu akan diblend dan kita hanya tinggal menghirupnya sahaja seperti jus buah.

Jika kita ingin makan daging burung, maka burung itu akan menggolek2kan dirinya atas api dan kita hanya perlu memakannya. Apabila sudah kenyang maka burung tersebut akan mencantum2kan dirinya sebelum terbang semula ke angkasa.
Subhanallah.

Suatu hari, ada seorang ahli syurga bersantai di dalam syurga. Tiba2, ada setitis air jatuh atasnya. Maka, dia pun merasa air tersebut dan mendapati air tersebut sangatlah enak.
Dia pun tercari2 daripada mana datangnya sumber air tersebut namun tidak dijumpai.

Lalu, dia pun bertanya kepada malaikat..

"Wahai malaikat, daripada mana datangnya air yang
selazat ini?"

Maka malaikat menjawab..
"air tersebut datangnya daripada air
basuhan kaki daripada ahli syurga di syurga atas"
Ahli syurga tersebut berasa curious tentang amalan ahli syurga yang mendapat nikmat yang sebegitu rupa. Bayangkan ,hanya air basuhan kaki ahli syurga tidak dapat menandingi nikmat syurga di bawah..subhanallah!
Maka dia pun bertanya lagi,
"Wahai malaikat, apakah amalan ahli syurga itu sehingga mendapat kenikmatan yang sebegini?"

Lalu malaikat pun melihat buku2 amalan.

Hendak tahukah jawapannya rakan2?

"beza amalan ahli syurga bawah dan ahli syurga atas itu hanyalah satu SUBHANALLAH"

Maka, tidakkah kita akan merasa rugi di akhirat kelak seandainya kita tidak mendapat nikmat itu sedangkan hanya sedikit usaha yang diperlukan untuk berzikir?

Amalan kita pun tidak menjanjikan kita ke syurga (kerana banyaknya dosa-astaghfirullah)
oleh itu, marilah kita top up amalan kita dengan berzikir di mana jua kita berada..
insyallah, setiap usaha kita akan dibayar allah dengan ganjaran yang berlipat ganda^_^
Ameen~

Tasbih - SUBHANALLAH (Maha Suci Allah)
Tahmid - ALHAMDULILLAH (Segala puji bagi Allah)
Tahlil-LAILAHAILLAH (Tiada tuhan selain Allah)
Takbir - ALLAHUAKBAR (Allah yang Maha Besar)

1 comment:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

"dengan mengingati tuhan,jiwamu akan menjadi tenang"
ingat tuhan maka tuhan pun ingatkan kita.so,hidup x de lah nak susah2..