Friday, October 30, 2009

Niat

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini, saya ingin berbicara mengenai niat. Saya bukanlah arif dari segi ini..Harap jika
ada kesilapan di mana2, harap diperbetulkan.. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripadanya insyallah...

Niat

Dari Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bahawasanya segala amalan adalah bergantung kepada niat, dan bahawasanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ia ingin untuk memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
(H.R. al-Bukhari&Muslim)

Hadith di atas merupakan hadith pertama daripada hadith 40 an-Nawawiyah.


Hal ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam setiap perkata yang kita lakukan..
Ya, SETIAP perkara..

Kerana itulah adanya aim ataupun matlamat. Semuanya ini lahir daripada niat.

Hadith di atas mengatakan jika niat kita kerana perempuan, maka kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.
Mengapa?
Kerana matlamat kita hanya untuk mendapatkan perempuan itu.

Tetapi jika niat (matlamat) kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya, insyallah kita akan mendapat keredhaanNya.

Maka, perlu dinilai di sini, apakah tujuan kita dihantar ke muka bumi ini?

Bumi ini bukan milik kita, diri ini bukan milik kita..

Semua yang ada di alam ini milikNya.

Maka apakah hak kita untuk mementingkan diri dan meniatkan sesuatu bukan keranaNya..

Jika bukan kerana rahmat Allah yang Maha Pengasih, mampukah kita untuk melihat dunia ini?

Mampukah kita untuk menjadi manusia yang hebat?

Mampukah?

Anda sendiri sudah tahu jawapannya..

Ada pulak antara kita yang sedar, segalanya harus niatkan kepada Allah..

Tetapi ucapan itu hanya lahir daripada mulut,bukan dari hati, dan bukan juga daripada perbuatan.
(Saya juga tergolong dalam golongan2 yang disebutkan di atas)Ya Allah, ampunilah kami..

Sebagai contoh, katakanlah pagi ini saya bersenam di gym atau di taman rekreasi,lalu saya berkata "Aku lakukan ini demi Allah." Tetapi, semasa yang sedang bersenam itu, mata saya meliar melihat lelaki2 bermata biru yang tegap badannya. Saya juga berbisik di dalam hati, " Kena bersenam lama sikit ni, barulah body lawa."(sebagai contoh)

Maka perbuatan saya di atas adakah menunjukkan saya bersenam keranaNya atau kerana manusia? Memang pada mulanya saya melafaz sedemikian tetapi lain pula outputnya.

Mengapa? kerana lafaz itu tidak lahir dari hati. Tiada kesungguhan.
Andai saya betul2 niatkan senam itu keranaNya, maka saya bersenam kerana hendak sihat, agar saya dapat khusyuk dalam beribadah dan dapat melakukan segala ibadah sebaik mungkin.

Perlu diingatkan di sini bahawa ibadah itu bukanlah sekadar solat dan berpuasa malah segala perbuatan kita. Apabila segalanya diniatkan keranaNya dan dilaksanakan hanya keranaNya, maka diri kita tidak pernah sekalipun terlepas daripada beribadah kepadaNya. Maka, pahala yg kita peroleh tidak akan pernah berhenti mengalir. Subhannallah..

Betapa Maha Pemurahnya Sang Pencipta kita.

Maka, cuba kita hitung, berapa banyakkah amalan/perbuatan yang kita telah bazirkan selama ini hanya kerana kita tidak niatkan pekerjaan kita itu kerana Allah?
Alangkah ruginya kita...

Padahal kita akan ditanya pada hari qiamat akan empat perkara:
"1) Untuk apa dihabiskan umurnya
2)Ke mana digunakan ilmunya
3)Darimana ia dapat harta
4)Ke mana harta itu dibelanjakan"

Bagaimana kita hendak jawab dihadapan Allah betapa banyak usia yang telah kita sia-siakan?

Bagaimana?

1 comment:

Mohd Halim Kadri said...

Salam Iman Maisarah,

Menarik entri-entri dalam blog ini.

Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah dan malaikat yang mencatat amalan. Sebab itulah amalan hati (niat) itu penting sebelum mana-mana amalan anggota dinilai. Namun niat yang baik tidak dapat mengharuskan perkara-perkara yang sebaliknya. WaLlahu a'lam.

Teruskan berkarya.