Thursday, January 7, 2010

Muktamar & Cabin

Pengalaman yg sangat menarik sehingga sy tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya dengan kata2.

Izinkan sy utk ringkaskannya..

Ketika di Muktamar bertempat di Holiday Inn Hotel, Atlanta, Georgia, saya berpeluang utk menjadi photographer tidak rasmi bg pihak MISG.

Hotelnya sgt selesa dan dipenuhi oleh Indonesian dan Malaysian Muslims from all over America!
Seronok!

Pengisiannya pn cukup menarik. Antara speaker favorite sy ialah Ustaz Zamri dan Shaykh Umar.
Walaupun Shaykh Umar demam, tetapi penyampaian masih mampu memikat hati kami para pendengar.

Ketika di Cabin , kami isi waktu2 kami dengan pengisian drpd akh Din yg diimport khas dr Jepun. Akh Din berjaya berkongsi ilmunya dengan kami melalui gayanya yg tersendiri. Akh bercerita tentang konsep Ilah daripada ayat La Ilaha Illa Allah. Sungguh menarik!

Alhamdulillah, kami juga diberi kesempatan utk melakukan aktiviti horseback riding.
Kami dpt membawa kuda sendiri melalui trail yg telah ditetapkan.
Kuda sy bernama Onar, tetapi sy melakukan sedikit adjustment dan menukarkannya kpd Umar, Umar al-Khattab.
Sepanjang perjalanan, hati ini bertasbih memuji kebesaran Allah dengan keindahan alam yg sgt memukau.

Alam yg menghijau. Dari kejauhan, kami dpt melihat air terjun yg mengalir dr gunung2.
Begitu juga dengan rusa yg leka memerhatikan kami yg menunggang kuda dlm barisan yg teratur. ^_^

Dalam tempoh 1jam lebih itu, sy sempat berceloteh panjang dengan kuda sy, Umar. Sy membisikkan kalimah Allah. Dan sy perhatikn, telinganya bergerak2 seakan2 mendengar kalimah teragung itu.

Saya juga menceritakan sedikit kisah Umar al-Khattab kpd Umar. Umar sy ni, kalau kuda lain berhenti, disondolnya perlahan bagai ingin memberitahu agar meneruskn perjalanan.

Dia juga tidak gemar kalau sy menarik tali utk menyuruhnya berhenti. Tegas.

Ketika dia terkeluar drpd barisan dan ingin masuk kembali, Umar bagaikan bersaing dengan seekor kuda.
Saya katakan padanya, "tegas itu perlu, tapi kesabaran perlu ada."
Bagaikan akur dgn kata2 sy, dia membenarkan kuda itu masuk dahulu ke dalam barisan.
Alhamdulillah..

Mesti kalian pelik, mengapakah sy bercakap dengan seekor kuda.
Hakikatnya, sy suka bercakap2 dengan alam, binatang, dan juga diri sendiri(monolog)
Kerana dengan cara itu akan membuatkan sy lebih berfikir lebih2 lg tentg kekuasaan Ilahi.

Walaupun sy tidak bawa bersama kamera sy sewaktu pengembaraan ini(kerana takut terjatuh) tapi memori ini akan tpahat kukuh di dalam hati. Insyallah..

Esoknya, kami belajar menembak di luar cabin. Sgt seronok dapat mengetahui cara2 menembak dan memasukkn peluru.
Walaupun hanya dpt menembak satu tin, alhamdulillah, dpt ilmu baru pd hari itu.

Malamnya, kami berbarbeque.

Alhamdulillah, asap2 barbeque dibawa bersama angin malam. Jadi, tak adalah kami bersusah payah mengipas asap2 itu. Cuma agak sejuk. Maklumlah, skrg winter..

Sepanjang keberadaan kami dalam cabin itu, kami solat berjemaah dan berma'thurat pg n ptg.
Sejuk hati ini..bukan mudah nak melakukannya di university sndiri..

Di sini juga, brothers dan sisters sangat menjaga kebajikan kami.
Brothers adalah kaum Adam Purdue yang menganjurkan program post Muktamar.
Sisters pula terdiri drpd kaum Hawa dr Purdue, Illinois, Indiana, Vanderbilt, Rochester dan Canada.

Pergaulan kami turut terjaga. Jika ada brothers yg hndk dtg mengambil lauk atau menghadiri pengisian, sisters yg incharge akan memberitahu kami awal2 agar masing2 duduk di suatu tempat terlebih dahulu utk memberi laluan kpd brothers.

Saya, Maryam dan Ain diberi kepercayaan untuk memberikan ISK kepada sisters. Walaupun hanya muqaddimah, tapi itulah antara gmbrn ISK kerana muqaddimah meliputi separuh ISK.

Kami pn tgk movie jugak tau! Saranan akh Din. "The Last Castle" dan movie itu dpt dikaitkn dgn bijak oleh sisters and brothers dgn pengisian kami.

Kepulangan kami pula disajikan dengan menyaksikan pengislaman seorang White di Masjid Al-Farooq, Atlanta.

Allahuakbar, gembira sungguh hati ini. Selepas pengislamannya, azan zuhur berkumandang sayu meninggalkan kesan di hati ini. Subhanallah..

Inilah antara kejadian2 menarik sepanjang jaulah winter break kami!

Alhamdulillah, antara hadiah terindah yg sy dapat drpd program ini ialah ukhwah fillah abadan abada drpd sisters yg sgt sy sayangi. Walaupun berlainan universiti dan baru berkenalan, tapi kerana fikrah yg sama dan berkasih syg keranaNya, maka ukhuwah itu dirasakan lebih rapat drpd hubungan sedarah.

Alhamdulillah..
Semoga Allah memberi kesempatan utk bertemu kembali..insyallah..=)

No comments: