Saturday, January 9, 2010

To be a better muslimah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sempena semester musim bunga dan tahun baru ni, nak ada azam baru juga..

Visi :
Jannah

Goal :
Mati dlm keadaan Khusnul Khotimah

Motto :
BerILMU, BerIMAN, berAMAL

Slogan :
ILMU tanpa AMAL ibarat POKOK tanpa BUAH

Misi :
lakukan yg terbaik kerana Allah

Target terdekat :

-Menyintai Allah melebihi segalanya
-Menjaga waktu solat
-Menjaga akhlak
-Mengamalkan ma'thurat, al-Mulk n Yasin
-1 hari 1 m/s al-Quran
-Menjadikan al-Quran sbg best friend
-Kembali kepada Allah jika ada masalah
-Mengamalkan solat sunat rawatib
-Memberikan sepenuh komitmen dlm memasak (sebelum balik Malaysia mesti dah pro)
-Mengekalkan ukhuwwah(Menyintai saudara spt menyintai diri sendiri)
-Menjaga batas pergaulan
-Study biar faham, bukan kerana nak dpt A shj
-Mendapat 4flat dlm semester musim bunga
-Meluangkan sebahagian malam utk kekasih(Allah)
-Berzikir pada masa yg terluang
-Bersangka baik dengan Allah dan manusia
-Berjimat cermat

Semoga diberi kekuatan utk istiqamah dlm pekerjaan..
Ameen

Ya Allah, kurniakanlah kami
lisan yang lembut basah yang mengingati dan menyebut(nama)Mu,
hati yg penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami
iman yg sempurna,
hati yg khusyuk,
ilmu yg berguna,
keyakinan yg benar2 mantap.

Ya Allah, kurniakanlah kami
(din) cara hidup yg jitu dan unggul,
selamat dari segala bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami ya Allah iman yg sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap org lain selain dari engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa shj yg bersama2 kami.
Jangan ya Allah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek drpd itu.

Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta(perkenankanlah).

(dipetik daripada ma'thurat As Syahid Imam Hassan alBanna)

Ya Allah, berilah hidup dan matiku hanya untukMu.
Berilah kekuatan utk aku menggalas beban dakwahMu
Berilah aku mencintai jalan dakwah dan janganlah kau masukkan aku dlm golongan org yg mudah berputus asa dengan rahmatMu.
Ameen2 ya Rabb al-A'lameen.