Friday, June 4, 2010

Palestin

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


salam

Alhamdulillah, tanggal 27 Mei 2010, saya selamat berada di tanah air yang tercinta..
walau bagaimanapun beberapa hari selepas itu,31 Mei 2010, berlaku tragedi berdarah dalam kapal Mavi Marmara yang menempatkan para aktivitis majoriti warga Turki yang membawa bekalan kepada rakyat Gaza.

Sedih sungguh hati saya kerana Israel tetap berani menunjukkan taringnya dan melakukan kezaliman walaupun berada di perairan antarabangsa.

Namun, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini..

Kejadian ini walaupun mengorbankan para aktivitis yang tidak bersalah, sedikit sebanyak dapat membuka mata dunia tentang siapa sebenarnya Israel.
Semoga Allah menempatkan mereka yang syahid di tempat para syuhada..insyallah...

Jika ada yang hendak tahu lebih lanjut, boleh buka blog hilal asyraf dan ustaz hasrizal.

http://www.ms.langitilahi.com/
http://www.saifulislam.com/

Dalam blog hilal ada menceritakan tentang pengalaman aktivitis2 Malaysia yang mengikuti LifeLine4Gaza.

Dalam hal Palestin ini, demonstrasi sahaja tidak memadai. Demo memang perlu utk menyuarakan suara dunia yang tidak berpuas hati dengan tindakan zalim Zionis Israel.

Hal Palestin bukan sahaja masalah dunia (kemanusiaan) tetapi juga masalah umat.

Oleh itu, ubatnya hanyalah dengan membaiki umat Islam yang semakin sakit dan lemah.

Umat Islam iaitu diri saya dan kamu yang membaca juga semua manusia yang meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah perlu sedar akan hal ini..

Bak kata Hilal, sehari sahaja persiapan utk melenyapkan kebatilan dan kezaliman tidak cukup.
Kemenangan Islam hingga tersebar ke 2/3 dunia adalah kerana usaha Rasulullah dan para sahabat kita wahyu tentang Islam mula diperintahkan kepada Baginda.

Dalam Surah as-Saf pun Allah beri tips kemenangan :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berperang bagi membela agamanya dalam SAF yang TERATUR rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh." (as-Saf : ayat 4)

Rasulullah dahulu menyampaikan dakwahnya secara konsisten dan teratur. Lihatlah bagaimana cara penyampaian dakwahnya. Mula2 secara sembunyi, kemudian baru secara terbuka..

Jika disampaikan secara membuta tuli dan tiada strategi, sudah pasti Islam tidak akan tersebar luas.

Lihatlah juga siapa gurunya -Allah. Pencipta kita, Pencipta langit dan bumi.

Peperangan juga, bukan sekadar tawakal sahaja. Tawakal tanpa usaha pun tidak berjaya. Lihatlah Perang Uhud, tentara Muslimin kalah kerana tidak ikut pada arahan Rasulullah, tidak patuh pada arahan pemimpin, tidak ikut strategi kerana ingin berebut harta rampasan perang.

Lihatlah Perang menentang Nabi palsu, Musailamah al-Kazab oleh Ikramah anak Abu Jahal. Tentera Islam juga kalah teruk kerana tiada strategi yang mantap dan rapi kerana hanya yakin Allah akan membantu.

Akhirnya, tentera yang dipimpin Khalid al-Walid yang ditugaskan untuk menumpaskan Nabi palsu itu.

Walau bagaimanapun, Ikramah belajar daripada kesilapannya dan berazam untuk tidak kalah lagi pada peperangan seterusnya dan janji itu dikotakannya. Akhirnya dia mati syahid ketika menentang tentera Rom.

Kita sepatutnya beruntung kerana Allah membongkarkan rahsia kegemilangan dan kemenangan umat Islam dahulu untuk kita contohi dan ambil iktibar atas kekalahan mereka.

Namun, benarlah sabda Rasulullah,


"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat
syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana
adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."(riwayat Bukhari dan
Muslim)

Benarlah juga kata seorang penyair terkenal Mesir :


"Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan
hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan
hilang."


Hanya sedikit daripada kita yang sedar akan hal ini. Masih ramai lagi yang tenggelam dengan rancangan zionis-dengan syurga dunia rekaannya.

Kita seharusnya bangkit. Terus mentarbiyah diri, keluarga dan rakan2 dan membuka mata mereka agar sama2 membantu ke arah kemenangan Islam. Memang susah walaupun tidak mustahil untuk melihat kemenangan Islam dalam tempoh yang terdekat. Mungkin kita tidak sempat menyaksikannya. tetapi biarlah nama kita juga termasuk dalam golongan yang syahid kerana hendak mempertahankan agama yang suci ini..

banyak yang kita boleh buat.

-menasihati adik beradik terutama yang masih remaja
Alhamdulillah, beberapa hari lepas berjaya slow talk dengan adik sendiri, memberi tazkirah ringkas agar sentiasa hormati parents, belajar bersungguh2 etc.

-mengisi diri dengan ilmu2 dan tazkirah yang bermanfaat
sangat berguna utk menyuburkan iman dan rasa bertanggungjawab terhadap agama

-mengikuti isu semasa
khususnya isu Palestin

- menulis blog atau menulis utk majalah, akhbar untuk memberi kesedaran dan sharing kepada masyarakat

-membaca dan mendalami Quran, berzikir , qiam, berdoa

dan banyak lagi cara2 dan kaedah yang boleh dilakukan. niatkan segalanya kerana Allah =)

semoga pengisian kali ini bermanfaat dan membawa kebaikan pada masyarakat dan agama,.

insyallah..

wasalam =)