Saturday, October 27, 2012

make me strong~

bismillah.

I felt so miserable lately. everything is sensitive to me.
With the burden of study, tests, quizzes,organizations, and  dakwah, I feel so pressured.
Thanks to a friend of mine who always remind me of the words of Allah,
I feel much better and calm now.

Truly, Allah's words are mightier than any other words in this world.
And for that my Lord, I ask you to give me strength to go through all these with ease and guidance from you.
I really need it...

I'm also in need of your prayers my friend, to keep me strong, always. :)
jazakumullah khoir :)

"Do men think that they will be left alone on saying "We believe" and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false." (Al-ankabut :2-3)

Thursday, July 5, 2012

sekadar renungan buat diri dan sahabat


“Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya.” (HR. Bukhari)

Malizia

bismillah..

It has been a long time since I wrote my last post. Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Allah izinkan saya utk pulang ke tanah tumpah darah utk summer break kali ini. Walaupun cuma 2 bulan, inshallah, semoga banyak pengajaran, pengalaman, kisah suka duka yang dpt saya kutip. Semoga bermanfaat dan berguna utk saya dan org lain, inshallah.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan saya di bumi Malaysia. and I'm looking forward to fill my days in Malaysia with lots of other things yg bole memanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat inshallah..

Alhamdulillah, balik Malaysia kali ni, banyak benda yang dpt sy selesaikan, dan byk juga tmpt yg dpt saya lawati compared to last year. Alhamdulillah, kali ni sy berpeluang utk ziarah sedara di KL, ziarah anak2 yatim yg sy rindui yg dah hampir 4 thn x bertemu di Darul aitam, survey brg2, dpt menghadiri 3 program inshallah, dan ajar adik sy yg akan menduduki SPM tahun ini.

Sunday, March 18, 2012

nikmat demi nikmat


bismillah.

Mashallah. Sungguh saya x sangka bahawa kecekalan hati saya utk meneruskan juga perjalanan ke Ohio tanpa mengikut kepala saya yang ketegaq ni dek kerana masalah kewangan diberikan nikmat yang bertimpa2 oleh Allah.

Dalam Quran (manual kehidupan a.k.a buku cinta Sang Pencipta kepada hambaNya) , banyak ayat yang mengatakan kalau kita berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa, inshallah, Allah akan mewariskan kita syurga , menolong kita malah meneguhkan kedudukan kita.

Salah satu ayat hafazan saya di sana ialah (47:7). Inshallah masing2 boleh la belek sepotong ayat cinta Allah buat kita semua ni :)


Benarlah, Allah x pernah memungkiri janjiNya. Sweetnya Kekasih kita ni ^_^. Takbir!

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Kalau nak ckp Alhamdulillah, sampai saya mati pun rasanya x cukup tahmid ni nak diucapkan utk gambarkan betapa nikmat Allah ni sangatlah melimpah x terkira banyakny
a utk setiap hambaNya.

Tapi apa yang saya nampak beberapa hari lepas hanyalah ujian demi ujian. Astaghfirullah.

Nak cerita perihal ISR di Ohio ni, banyak membuka mata saya. N mashallah, akhawat2 byk mengorbankan harta mereka untuk memberi makan kepada kami yg bermasalah kewangan ni.

Masa otw pergi dan balik Ohio, walaupun kami x beli makanan kerana nak berjimat, akhawat2 yang lain membelikan makanan utk dikongsi bersama2. mashallah, terharu dengan nikmat dan kasih sayang yang Allah beri thru hamba2Nya. Alhamdulillah. T_T


Dalam program tu sendiri, Allah beri nikmat yang melimpah-limpah.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka dijadikannya FAQIH (kefahaman yang mendalam) terhadap ilmu agama” (HR.Bukhari-Muslim)

Alhamdulillah, Allah gerakkan juga hati saya utk ke program ni kan. Kalau x, bertambah malas dan layulah saya dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah (D&T) ni.


Program ni banyak membuka mata saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah ni. dan mengembalikan semula semangat dan cas2 positif yang saya perlukan utk meneruskan perjuangan.

Benarlah kata orang yang kalau kita duduk dengan orang yang baik2 inshallah terpercik juga kebaikannya pada kita. Duduk bersama2 orang yang bermisi dan bervisikan matlamat yang sama iaitu demi mencapai redha Allah dan syurga, saya rasa amat tenang.


Melihat wajah2 akhawati fillah menghadirkan satu perasaan aneh dalam diri. Perasaan yang apabila melihat wajah2 ini, saya rasa perasaan sayang yang sangat indah. Inilah agaknya yang dikatakan sayang kerana Allah. Lazat dan manis sungguh ukhuwwah itu jika didasari keranaNya. :)

Di sana juga, masa2 seakan2 terisi. Masa yang lapang kami isi dengan tadarrus Qu
ran. Alhamdulillah, berjaya juga khatamkan dua juzu' bersama group yang diassign :)
Saya rasa macam, Allah, tak sangka, dalam dua hari yang pack dengan slot2 awesome, dpt juga baca 2 juzu' Quran. Alhamdulillah :)

What I can say is I learnt a lot. Mata saya lebih terbuka.

Benarlah Allah akan uji apa yang kita cakap kan. Saya terbaca post sy tentang sy single
but not available(lebih kurang macam tu lah). Dan saya katakan saya tutup pintu hati saya utk semua lelaki kecuali Kekasih saya yang Satu ni.(Sang Rabbul Alamin). Tapi, kadang2 kita x sedar bila2 je pintu hati kita boleh diketuk oleh seseorang.

Allah, saat itu menjadi ujian buat diri saya.

Saya tahu perasaan yang hadir itu fitrah. Tetapi saya x mahu bazirkan perasaan saya ni pada benda yang x pasti.

Saya nak perasaan saya itu biarlah pada benda yang pasti, yang menguntungkan, yang pasti balasannya. inshallah. Ada satu hari tu, saya rasa x keruan. Bak kata buku, "Men are from Mars, women are from Venus" , fitrah perempuan, suka utk bercerita masalah kepada orang l
ain kerana itu akan memberi tranquility padanya .(Iklan : Saya sarankan anda baca buku ni. sangat bagus :) ) tapi,housemates saya semua sedang pergi bercuti dan saya x mahu mengganggu mereka. Jadi, saya cuba praktikkan ayat2 Allah yang mengatakan bila mengingati Allah itu, jiwa2 akan menjadi tenang.

Saya berdoa agar Allah gantikan perasaan saya yang hadir itu dengan perasaan cinta saya kepadaNya. Saya merayu padaNya, saya membelek dan membaca ayat2 cintaNya pada saya, lalu bagai kuasa magis, hati saya menjadi tenang setenang-tenangnya. Allahuakbar. Syukur padaNya.

Melalui program ISR di Ohio, saya terkesan dengan pengisian yang mengatakan untuk kita membina 7 Maratib Amal untuk menjadi Islam sebagai Ustaziatul Alam(UA), perlulah dimulai oleh Individu Muslim(IM) itu sendiri , dan step seterusnya adalah Baitul Muslim(BM) yang dianggotai oleh 2 orang Individu Muslim (IM).

Antara ciri2 IM tu adalah melengkapkan 10 Muwasofat Tarbiyah.

Apakah 10 Muwasofat Tarbiyah itu? Itulah checklist utk menjadi Muslim yang OSEM!

Allah, saya sibuk berdoa agar Allah berikan saya jodoh yang sesuai, dan dapat membimbing saya ke jalan yang diredhai, jalan menujuNya. Saya sibuk mencari orang yang sesuai utk saya, sibuk mencari orang yang dapat sama2 memperjuangkan D&T sehingga ke syurga.Tetapi, saya neglectkan perkara yang paling penting ni : 10 Muwasofat Tarbiyah.

Walaupun tertampal di dinding depan meja study, kertas 10 Muwasofat Tarbiyah itu bagai tidak wujud. Tidak dipraktikkan sama sekali. Membazir printing saja.

Allah kan ada btau yang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik n vice versa.

So, apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah melengkapkan diri saya dengan 10 ciri2 ni.

Macam mana nak nikah dan punya anak jika yang ni pun saya masih kurang. Bagaimana nak didik anak utk menjadi mujahid mujahidah agama jika diri masih tempang dalanm hal ini?

Alhamdulillah , syukur , terima kasih Allah kerana membuka mata saya sekali lagi yang entah sudah berapa lama terpejam.

Benarlah yang manusia ini pelupa .Root word insan pun maksudnya Lupa. Walaupun dah tahu tentang hakikat itu namun perlu disedarkan dan diingatkan kembali.

Nikmat yang lain adalah diberi peluang memandu buat pertama kalinya di highway. Saya perlukan training seperti itu supaya dapat membantu jika ada program di tempat lain setelah ketiadaan senior . Sob. Sob. T_T

Mula2 saya rasa agak cemas kerana x biasa memandu laju dan bergerak bersebelahan dengan lori2 yang besar gedabak di US ini. tapi kata2 semangat akhawat2 yang menjadikan saya berani. Alhamdulillah, tapi masih memerlukan praktis. inshallah :)

Sungguh saya x sangka, ketakutan saya untuk memandu dahulu dapat saya overcome kerana rasa tanggungjawab utk membawa islam itu. Alhamdulillah, jalan D&T ini banyak mengajar saya ilmu n skill2 yang awesome. Mashallah.

Lagi, bila kembali semua ke rumah, hati saya berdebar2 bila ternampak surat result appeal saman parking ($35) . Alhamdulillah, lega x terkata kerana amount yang perlu dibayar adalah $0. Sungguh , Allah itu Maha Penyayang. Saya x sangka appeal saya utk direducekan amount saman itu direducekan sehingga ke angka kosong. Alhamdulillah :)

Terima kasih Allah.

Saya rasa terharu sangat sebab Allah bagi ujian kalau Dia sayang kat hambaNya. tapi, saya ni, bila ditimpa ujian, mengeluh dan merungut. bila ditimpa nikmat baru mengucapkan Alhamdulillah.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujianpadanya.” (HR. Bukhari)

Astaghfirullah, janganlah kita tergolong dalam golongan yang begitu . Teruk sekali. Boleh rujuk (surah Al-Fajr:15-16)

Semoga, Allah menjadikan kita antara golongan yang menjadi ansarullah (penolong agama Allah)
Sungguh, kemenangan Islam itu pasti, cuma kita ni hendak atau tidak be a part of it.

Inshallah, semoga Allah tsabatkan kita dalam jalan ini. Jalan ini pasti, wajib, memang, mesti payah. tetapi inilah sahaja jalan yang benar, dan jalan yang dijanjikan syurga dan yang paling kita nantikan adalah jalan yang mengizinkan kita melihat Allah di syurga nanti. Mashallah (dalam hati ada taman. ) hehe..

Sesungguhnya segala yang baik n osem itu datangNya dari Kekasih kita (Allah)..hihi..
dan segala yang buruk itu datangnya dari diri saya yang serba lemah dan kurang ini. Astaghfirullah.

p/s : oh dan terima kasih wa jazakumullah khoiron kathiron buat semua yang mendoakan tiket saman agar dikurangkan.



Thursday, March 15, 2012

ujian demi ujian

bismillah.

Akhir2 ni, byk sgt ujian Allah nak bg during spring break ni.

Konon nak jimat duit & nak kurangkan hutang dlm $60-$70 dengan x ikut join program ke iowa.

Sekali nak jadi ujian, spec mata pecah terhempap cermin atas meja.

Pi walmart nak buat spec baru since nak pi progaram di Ohio Khamis ni. Nak tukar lens sebelah je x boleh , kena tukar both. Kalau nak guna frame lama kena tambah $10. Kalau beli frame baru paling murah $9. Lagi baik beli frame baru.haha.

Buat eye check up je dah $59. Terus terpana sekejap. Allah, memang ujian betul.

Esoknya, kena saman parking $35 pula sebab x byr meter. Ingatkan x perlu bayar waktu cuti. Terus kami pi appeal minta kurang. Semoga orang tu berbaik hati dengan mengurangkan denda atau x perlu bayar langsung. mohon doa pembaca sekalian. ameen

Petang kelmarin pula pergi belajar main roller blade. Sekali jatuh terduduk masa kawan pegang tgn sebab laju sgt.

Haha.

Malam semalam tolong housemate cabut pelekat utk hang barang. Masa nak tarik pelekat tu ke bawah (memang cara dia camtu) sekali plastic hang tu terlepas dr tangan satu lg. berdarah ibu jari.

Ni nak pergi Ohio kena keluar lagi duit. Kalau ikutkan memang xnak pergi sebab xde duit.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Ni lah agaknya dikatakan berjihad dengan jiwa dan harta.tapi ni baru ujian yang sangat kecil.

Dah rasa payahnya.

Memang payah, nak ikhlaskan hati pergi.. Ya Allah, mohon kekuatan n moga dipermudahkan segalanya.

Agaknya ni lah kafarah dosa yg memang tinggi menggunung.

Semoga dipermudahkan, semoga dipermudahkan , semoga dipermudahkan inshallah, ameen.

Saturday, March 3, 2012

sabar.

Bismillah

Assalamualaikum.

Semalam, saya telah membicarakan tentang syukur, kali ini, ingin pula saya nak berkongsi tentang sabar.

Sabar.

Sabar itu apa ye?

Sabar ni salah satu definisinya pada saya adalah menahan diri daripada marah.

Kebelakangan ini, kesabaran saya diuji.

Diuji, diuji dan diuji...

Maka saya bersyukur, kerana jika Allah tak campakkan saya ke jalan tarbiyah,

probability saya untuk bermusuh, merungut dan mungkin juga bergaduh kepada orang yang saya terasa dengannya adalah agak tinggi.

Bila berada di jalan tarbiyah ini, bila berlaku perkara2 yang tidak saya senangi, saya akan terfikir,

Boleh jadi, orang itu tidak bermaksud hendak menyakitkan hati saya, tetapi saya pula interpret lain.

Boleh jadi, sebenarnya Allah nak turunkan ujian , untuk menguji tahap kesabaran saya.

Boleh jadi, ini merupakan kafarah dosa2 saya yg bertimbun-timbun banyaknya. Astaghfirullah.

Maka benarlah bahawa, kebanyakan prasangka itu dosa.

Kerana kita selalu berprasangka buruk.

Jarang sekali kita akan berprasangka baik dahulu.

Kelajuan otak / hati kita utk berprasangka buruk itu melebihi kelajuan kita utk berprasangka baik.

Sebab itulah kebanyakan prasangka itu dosa. (repetition means its important)

Subhanallah, benarlah Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia.

Dalam hendak melatih diri sabar, saya latih diri saya untuk berfikir ini semua adalah tarbiyah daripadanya.

Sabar itu bukan mudah. Dalam kita menempuh kehidupan, kesabaran merupakan salah satu skill yang diperlukan untuk kita berjaya di dunia n akhirat. inshallah.

Sebab itulah dalam Al-Quran banyak mengatakan, Allah menyayangi orang2 yg bersabar, Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Sebab Allah tahu, sabar itu sukar. Lalu, ganjaran kesabaran itu, Allah gantikan dengan hadiah yang tidak ternilai iaitu kasih sayang daripada Pencipta kasih sayang itu sendiri dan kebersamaanNya untuk bersama-sama kita kerana kita sanggup untuk menyahut seruanNya untuk bersabar dengan ujianNya.

Mashallah, betapa penyayangNya Tuhan kita.

Mengingatkan ini, membuatkan diri saya lega.

Namun, terselit rasa malu kerana kesabaran saya baru di tahap minimum.
Saya hanya berjaya menyembunyikan ketidaksenangan rasa di dalam hati sebelum ianya hilang.

Tapi saya masih belum berjaya untuk tidak marah langsung. Untuk tidak terasa langsung sedari awal.

Saya masih belum berjaya untuk tersenyum bila ujian itu datang. Senyuman yang hadir selepas itu mungkin ada, tetapi masih kelat.

Susah. Memang susah, tetapi macam saya katakan berulang-ulang kali. Itulah tarbiyah.

Yang akan membentuk diri kita untuk menjadi lebih kuat dan kental seperti al-hadid (besi)

Pernahkah kalian dengar tentang hadith besi? (Cth : Umar Al-Khattab) tetapi ini kisah lain. hehe..(Iklan sebentar)

Okay, sambung balik..

Jadinya, untuk menjadi Pemuda Islam, kita perlu latih diri untuk upgrade kesabaran kita ke tahap yang lebih tinggi.

Lihatlah tahap kesabaran para anbiya' (nabi-nabi), bagaimana reaksi mereka apabila ujian diturunkan kepada mereka walaupun apa yang mereka sampaikan tidak lain hanyalah kebaikan.

Sentiasa akan ada sahaja orang yang tidak puas hati dan berniat jahat atas mereka sampai ada nabi yang dibunuh oleh orang2nya sendiri. Naudzubillah.

Itu baru nabi yang maksum kan.

Inilah pula saya yang banyak kelemahan dan tidak patut pun untuk terasa. Sepatutnya perkara2 remeh ini tak menjadi kudis pun pada diri saya...

*Muhasabah diri sebentar*

Semoga, Allah memberi tahap kesabaran kepada diri kita semua sebagaimana Allah kurniakan kesabaran kepada para anbiya' dan orang2 yang berjihad di jalanNya. inshallah.

Sesungguh, segala yang baik itu datangNya daripada Pencipta kita yang sentiasa Awesome, dan segala yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Wallahualam. :)






syukur.

Bismillah.

Salam alaykum.

Hari ni, byk perkara yang membuatkan diri ini bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa.

Hari ini, sekurang2nya 28 orang terbunuh termasuk 14 orang di Indiana akibat bencana tornado yang melanda bumi US.

Innalillah wa inna ilaihi raajiun. (Drpd Allah kita dtg, kpd Allah kita kembali)

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 kerana diselamatkan drpd laluan tornado yang disifatkan sebagai "second deadly tornado outbreak" minggu ini.

Lagi berita di sini : http://www.freep.com/article/20120303/NEWS07/203030395/2nd-tornado-outbreak-this-week-leaves-trail-of-death-destruction

Hari ini, first time nampak hujan ais batu yang besar2 dan lebat. Dahulu pernah kena sekali hujan ais yang kecil pun sudah sakit apatah lagi kalau kena yang besar dan lebat. Walaupun beberapa saat pasti akan terasa sakitnya.

Alhamdulillah, bersyukur sekali lg kerana diri ini dilindungi atap drpd hujan ais.

Hari ini, dek kerana hendak cepat kerana terlambat usrah, pemandanganku terhijab daripada kereta di hadapan kerana
fokus kepada lampu hijau.

Astaghfirullah, Naudzubillah, bagaimana boleh terlupa peraturan utk beri yield kepada kereta di hadapan jika hendak belok ke kiri.

Alhamdulillah , Allah selamatkan daripada bencana kemalangan jalan raya yang hanya boleh berlaku dalam masa beberapa saat.

Ketika kereta di hadapan betul2 dekat dengan van yang dipandu, dirasakan seperti,

"Ya Allah, kalaulah bukan dengan pertolongan dan rahmatMu, tak tahulah apa yang akan terjadi."

Apatah lagi diri ini membawa 4 lagi akhawat.

Cepat2 diri ini istighfar kalau2 dosa lalu menjadi penyebab.

Namun, ku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya.

Kejadian itu membuatkan diri ini lebih bersyukur dan lebih berhati-hati di hari kemudian inshallah.

Benarlah, segala yang terjadi menjadi tarbiyah agar diri menjadi lebih baik. inshallah..

"Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu atas segala hal, maka ampunkanlah kami atas segala dosa, ameen"

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Pencipta kita yang sentiasa menyayangi kita,
dan segala yang buruk itu hadir daripada diri saya sendiri.

Wallahualam. :)

Sunday, February 5, 2012

sekadar perkongsian ringkas :)

Kadang2 rasa jeles je tgk kawan2 kte ada 'kawan lelaki' masing2 yg mcm dekat & caring dgn kawan kte tu.
tapi bila igt2 balik cpt2 istighfar yg kte sebenarnya ada Allah yang sentiasa dekat & caring kat kita.
Saat itu, hilang perasaan tu dan timbul perasaan syukur alhamdulillah.
sbb.. xde siapa yg dpt menandingi ke-caring-an Allah terhadap kte.
Thanks Allah for always be with me thru ups and downs no matter what.
Pls make me strong and pls make me remember you always as u always remember me.

Thank you Allah :)

Monday, January 9, 2012

Where is she?

bismillah..

its been a long time since my last post.
hmm, im just wonderin'..
what happened to Mira that used to never give up and tried her very best until she get what she wants?
I need that spirit that has been long gone.
Come on.. You can do this..
Stop procrastinating.
Stop worrying about your problems and start working on it!
You're al-hadid. Remember?
Don't be so wasted.
"Sleeping beauty" should not be your title anymore.
You're reaching 21 this year.
Now, GROW UP young lady!
Be the change that you wanna see gurl...