Sunday, March 18, 2012

nikmat demi nikmat


bismillah.

Mashallah. Sungguh saya x sangka bahawa kecekalan hati saya utk meneruskan juga perjalanan ke Ohio tanpa mengikut kepala saya yang ketegaq ni dek kerana masalah kewangan diberikan nikmat yang bertimpa2 oleh Allah.

Dalam Quran (manual kehidupan a.k.a buku cinta Sang Pencipta kepada hambaNya) , banyak ayat yang mengatakan kalau kita berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa, inshallah, Allah akan mewariskan kita syurga , menolong kita malah meneguhkan kedudukan kita.

Salah satu ayat hafazan saya di sana ialah (47:7). Inshallah masing2 boleh la belek sepotong ayat cinta Allah buat kita semua ni :)


Benarlah, Allah x pernah memungkiri janjiNya. Sweetnya Kekasih kita ni ^_^. Takbir!

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Kalau nak ckp Alhamdulillah, sampai saya mati pun rasanya x cukup tahmid ni nak diucapkan utk gambarkan betapa nikmat Allah ni sangatlah melimpah x terkira banyakny
a utk setiap hambaNya.

Tapi apa yang saya nampak beberapa hari lepas hanyalah ujian demi ujian. Astaghfirullah.

Nak cerita perihal ISR di Ohio ni, banyak membuka mata saya. N mashallah, akhawat2 byk mengorbankan harta mereka untuk memberi makan kepada kami yg bermasalah kewangan ni.

Masa otw pergi dan balik Ohio, walaupun kami x beli makanan kerana nak berjimat, akhawat2 yang lain membelikan makanan utk dikongsi bersama2. mashallah, terharu dengan nikmat dan kasih sayang yang Allah beri thru hamba2Nya. Alhamdulillah. T_T


Dalam program tu sendiri, Allah beri nikmat yang melimpah-limpah.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka dijadikannya FAQIH (kefahaman yang mendalam) terhadap ilmu agama” (HR.Bukhari-Muslim)

Alhamdulillah, Allah gerakkan juga hati saya utk ke program ni kan. Kalau x, bertambah malas dan layulah saya dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah (D&T) ni.


Program ni banyak membuka mata saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah ni. dan mengembalikan semula semangat dan cas2 positif yang saya perlukan utk meneruskan perjuangan.

Benarlah kata orang yang kalau kita duduk dengan orang yang baik2 inshallah terpercik juga kebaikannya pada kita. Duduk bersama2 orang yang bermisi dan bervisikan matlamat yang sama iaitu demi mencapai redha Allah dan syurga, saya rasa amat tenang.


Melihat wajah2 akhawati fillah menghadirkan satu perasaan aneh dalam diri. Perasaan yang apabila melihat wajah2 ini, saya rasa perasaan sayang yang sangat indah. Inilah agaknya yang dikatakan sayang kerana Allah. Lazat dan manis sungguh ukhuwwah itu jika didasari keranaNya. :)

Di sana juga, masa2 seakan2 terisi. Masa yang lapang kami isi dengan tadarrus Qu
ran. Alhamdulillah, berjaya juga khatamkan dua juzu' bersama group yang diassign :)
Saya rasa macam, Allah, tak sangka, dalam dua hari yang pack dengan slot2 awesome, dpt juga baca 2 juzu' Quran. Alhamdulillah :)

What I can say is I learnt a lot. Mata saya lebih terbuka.

Benarlah Allah akan uji apa yang kita cakap kan. Saya terbaca post sy tentang sy single
but not available(lebih kurang macam tu lah). Dan saya katakan saya tutup pintu hati saya utk semua lelaki kecuali Kekasih saya yang Satu ni.(Sang Rabbul Alamin). Tapi, kadang2 kita x sedar bila2 je pintu hati kita boleh diketuk oleh seseorang.

Allah, saat itu menjadi ujian buat diri saya.

Saya tahu perasaan yang hadir itu fitrah. Tetapi saya x mahu bazirkan perasaan saya ni pada benda yang x pasti.

Saya nak perasaan saya itu biarlah pada benda yang pasti, yang menguntungkan, yang pasti balasannya. inshallah. Ada satu hari tu, saya rasa x keruan. Bak kata buku, "Men are from Mars, women are from Venus" , fitrah perempuan, suka utk bercerita masalah kepada orang l
ain kerana itu akan memberi tranquility padanya .(Iklan : Saya sarankan anda baca buku ni. sangat bagus :) ) tapi,housemates saya semua sedang pergi bercuti dan saya x mahu mengganggu mereka. Jadi, saya cuba praktikkan ayat2 Allah yang mengatakan bila mengingati Allah itu, jiwa2 akan menjadi tenang.

Saya berdoa agar Allah gantikan perasaan saya yang hadir itu dengan perasaan cinta saya kepadaNya. Saya merayu padaNya, saya membelek dan membaca ayat2 cintaNya pada saya, lalu bagai kuasa magis, hati saya menjadi tenang setenang-tenangnya. Allahuakbar. Syukur padaNya.

Melalui program ISR di Ohio, saya terkesan dengan pengisian yang mengatakan untuk kita membina 7 Maratib Amal untuk menjadi Islam sebagai Ustaziatul Alam(UA), perlulah dimulai oleh Individu Muslim(IM) itu sendiri , dan step seterusnya adalah Baitul Muslim(BM) yang dianggotai oleh 2 orang Individu Muslim (IM).

Antara ciri2 IM tu adalah melengkapkan 10 Muwasofat Tarbiyah.

Apakah 10 Muwasofat Tarbiyah itu? Itulah checklist utk menjadi Muslim yang OSEM!

Allah, saya sibuk berdoa agar Allah berikan saya jodoh yang sesuai, dan dapat membimbing saya ke jalan yang diredhai, jalan menujuNya. Saya sibuk mencari orang yang sesuai utk saya, sibuk mencari orang yang dapat sama2 memperjuangkan D&T sehingga ke syurga.Tetapi, saya neglectkan perkara yang paling penting ni : 10 Muwasofat Tarbiyah.

Walaupun tertampal di dinding depan meja study, kertas 10 Muwasofat Tarbiyah itu bagai tidak wujud. Tidak dipraktikkan sama sekali. Membazir printing saja.

Allah kan ada btau yang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik n vice versa.

So, apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah melengkapkan diri saya dengan 10 ciri2 ni.

Macam mana nak nikah dan punya anak jika yang ni pun saya masih kurang. Bagaimana nak didik anak utk menjadi mujahid mujahidah agama jika diri masih tempang dalanm hal ini?

Alhamdulillah , syukur , terima kasih Allah kerana membuka mata saya sekali lagi yang entah sudah berapa lama terpejam.

Benarlah yang manusia ini pelupa .Root word insan pun maksudnya Lupa. Walaupun dah tahu tentang hakikat itu namun perlu disedarkan dan diingatkan kembali.

Nikmat yang lain adalah diberi peluang memandu buat pertama kalinya di highway. Saya perlukan training seperti itu supaya dapat membantu jika ada program di tempat lain setelah ketiadaan senior . Sob. Sob. T_T

Mula2 saya rasa agak cemas kerana x biasa memandu laju dan bergerak bersebelahan dengan lori2 yang besar gedabak di US ini. tapi kata2 semangat akhawat2 yang menjadikan saya berani. Alhamdulillah, tapi masih memerlukan praktis. inshallah :)

Sungguh saya x sangka, ketakutan saya untuk memandu dahulu dapat saya overcome kerana rasa tanggungjawab utk membawa islam itu. Alhamdulillah, jalan D&T ini banyak mengajar saya ilmu n skill2 yang awesome. Mashallah.

Lagi, bila kembali semua ke rumah, hati saya berdebar2 bila ternampak surat result appeal saman parking ($35) . Alhamdulillah, lega x terkata kerana amount yang perlu dibayar adalah $0. Sungguh , Allah itu Maha Penyayang. Saya x sangka appeal saya utk direducekan amount saman itu direducekan sehingga ke angka kosong. Alhamdulillah :)

Terima kasih Allah.

Saya rasa terharu sangat sebab Allah bagi ujian kalau Dia sayang kat hambaNya. tapi, saya ni, bila ditimpa ujian, mengeluh dan merungut. bila ditimpa nikmat baru mengucapkan Alhamdulillah.

“Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujianpadanya.” (HR. Bukhari)

Astaghfirullah, janganlah kita tergolong dalam golongan yang begitu . Teruk sekali. Boleh rujuk (surah Al-Fajr:15-16)

Semoga, Allah menjadikan kita antara golongan yang menjadi ansarullah (penolong agama Allah)
Sungguh, kemenangan Islam itu pasti, cuma kita ni hendak atau tidak be a part of it.

Inshallah, semoga Allah tsabatkan kita dalam jalan ini. Jalan ini pasti, wajib, memang, mesti payah. tetapi inilah sahaja jalan yang benar, dan jalan yang dijanjikan syurga dan yang paling kita nantikan adalah jalan yang mengizinkan kita melihat Allah di syurga nanti. Mashallah (dalam hati ada taman. ) hehe..

Sesungguhnya segala yang baik n osem itu datangNya dari Kekasih kita (Allah)..hihi..
dan segala yang buruk itu datangnya dari diri saya yang serba lemah dan kurang ini. Astaghfirullah.

p/s : oh dan terima kasih wa jazakumullah khoiron kathiron buat semua yang mendoakan tiket saman agar dikurangkan.



2 comments:

abid™ said...

pembetulan kat atas tu mira

-> 7 maratib amal

semoga terus tsabat dalam DnT !

iman maisarah said...

Jazakallah khoir. asif jiddan.x perasan. :) thanks a lot ^_^