Saturday, March 3, 2012

sabar.

Bismillah

Assalamualaikum.

Semalam, saya telah membicarakan tentang syukur, kali ini, ingin pula saya nak berkongsi tentang sabar.

Sabar.

Sabar itu apa ye?

Sabar ni salah satu definisinya pada saya adalah menahan diri daripada marah.

Kebelakangan ini, kesabaran saya diuji.

Diuji, diuji dan diuji...

Maka saya bersyukur, kerana jika Allah tak campakkan saya ke jalan tarbiyah,

probability saya untuk bermusuh, merungut dan mungkin juga bergaduh kepada orang yang saya terasa dengannya adalah agak tinggi.

Bila berada di jalan tarbiyah ini, bila berlaku perkara2 yang tidak saya senangi, saya akan terfikir,

Boleh jadi, orang itu tidak bermaksud hendak menyakitkan hati saya, tetapi saya pula interpret lain.

Boleh jadi, sebenarnya Allah nak turunkan ujian , untuk menguji tahap kesabaran saya.

Boleh jadi, ini merupakan kafarah dosa2 saya yg bertimbun-timbun banyaknya. Astaghfirullah.

Maka benarlah bahawa, kebanyakan prasangka itu dosa.

Kerana kita selalu berprasangka buruk.

Jarang sekali kita akan berprasangka baik dahulu.

Kelajuan otak / hati kita utk berprasangka buruk itu melebihi kelajuan kita utk berprasangka baik.

Sebab itulah kebanyakan prasangka itu dosa. (repetition means its important)

Subhanallah, benarlah Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia.

Dalam hendak melatih diri sabar, saya latih diri saya untuk berfikir ini semua adalah tarbiyah daripadanya.

Sabar itu bukan mudah. Dalam kita menempuh kehidupan, kesabaran merupakan salah satu skill yang diperlukan untuk kita berjaya di dunia n akhirat. inshallah.

Sebab itulah dalam Al-Quran banyak mengatakan, Allah menyayangi orang2 yg bersabar, Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Sebab Allah tahu, sabar itu sukar. Lalu, ganjaran kesabaran itu, Allah gantikan dengan hadiah yang tidak ternilai iaitu kasih sayang daripada Pencipta kasih sayang itu sendiri dan kebersamaanNya untuk bersama-sama kita kerana kita sanggup untuk menyahut seruanNya untuk bersabar dengan ujianNya.

Mashallah, betapa penyayangNya Tuhan kita.

Mengingatkan ini, membuatkan diri saya lega.

Namun, terselit rasa malu kerana kesabaran saya baru di tahap minimum.
Saya hanya berjaya menyembunyikan ketidaksenangan rasa di dalam hati sebelum ianya hilang.

Tapi saya masih belum berjaya untuk tidak marah langsung. Untuk tidak terasa langsung sedari awal.

Saya masih belum berjaya untuk tersenyum bila ujian itu datang. Senyuman yang hadir selepas itu mungkin ada, tetapi masih kelat.

Susah. Memang susah, tetapi macam saya katakan berulang-ulang kali. Itulah tarbiyah.

Yang akan membentuk diri kita untuk menjadi lebih kuat dan kental seperti al-hadid (besi)

Pernahkah kalian dengar tentang hadith besi? (Cth : Umar Al-Khattab) tetapi ini kisah lain. hehe..(Iklan sebentar)

Okay, sambung balik..

Jadinya, untuk menjadi Pemuda Islam, kita perlu latih diri untuk upgrade kesabaran kita ke tahap yang lebih tinggi.

Lihatlah tahap kesabaran para anbiya' (nabi-nabi), bagaimana reaksi mereka apabila ujian diturunkan kepada mereka walaupun apa yang mereka sampaikan tidak lain hanyalah kebaikan.

Sentiasa akan ada sahaja orang yang tidak puas hati dan berniat jahat atas mereka sampai ada nabi yang dibunuh oleh orang2nya sendiri. Naudzubillah.

Itu baru nabi yang maksum kan.

Inilah pula saya yang banyak kelemahan dan tidak patut pun untuk terasa. Sepatutnya perkara2 remeh ini tak menjadi kudis pun pada diri saya...

*Muhasabah diri sebentar*

Semoga, Allah memberi tahap kesabaran kepada diri kita semua sebagaimana Allah kurniakan kesabaran kepada para anbiya' dan orang2 yang berjihad di jalanNya. inshallah.

Sesungguh, segala yang baik itu datangNya daripada Pencipta kita yang sentiasa Awesome, dan segala yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Wallahualam. :)






No comments: