Saturday, March 3, 2012

syukur.

Bismillah.

Salam alaykum.

Hari ni, byk perkara yang membuatkan diri ini bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa.

Hari ini, sekurang2nya 28 orang terbunuh termasuk 14 orang di Indiana akibat bencana tornado yang melanda bumi US.

Innalillah wa inna ilaihi raajiun. (Drpd Allah kita dtg, kpd Allah kita kembali)

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 kerana diselamatkan drpd laluan tornado yang disifatkan sebagai "second deadly tornado outbreak" minggu ini.

Lagi berita di sini : http://www.freep.com/article/20120303/NEWS07/203030395/2nd-tornado-outbreak-this-week-leaves-trail-of-death-destruction

Hari ini, first time nampak hujan ais batu yang besar2 dan lebat. Dahulu pernah kena sekali hujan ais yang kecil pun sudah sakit apatah lagi kalau kena yang besar dan lebat. Walaupun beberapa saat pasti akan terasa sakitnya.

Alhamdulillah, bersyukur sekali lg kerana diri ini dilindungi atap drpd hujan ais.

Hari ini, dek kerana hendak cepat kerana terlambat usrah, pemandanganku terhijab daripada kereta di hadapan kerana
fokus kepada lampu hijau.

Astaghfirullah, Naudzubillah, bagaimana boleh terlupa peraturan utk beri yield kepada kereta di hadapan jika hendak belok ke kiri.

Alhamdulillah , Allah selamatkan daripada bencana kemalangan jalan raya yang hanya boleh berlaku dalam masa beberapa saat.

Ketika kereta di hadapan betul2 dekat dengan van yang dipandu, dirasakan seperti,

"Ya Allah, kalaulah bukan dengan pertolongan dan rahmatMu, tak tahulah apa yang akan terjadi."

Apatah lagi diri ini membawa 4 lagi akhawat.

Cepat2 diri ini istighfar kalau2 dosa lalu menjadi penyebab.

Namun, ku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya.

Kejadian itu membuatkan diri ini lebih bersyukur dan lebih berhati-hati di hari kemudian inshallah.

Benarlah, segala yang terjadi menjadi tarbiyah agar diri menjadi lebih baik. inshallah..

"Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu atas segala hal, maka ampunkanlah kami atas segala dosa, ameen"

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Pencipta kita yang sentiasa menyayangi kita,
dan segala yang buruk itu hadir daripada diri saya sendiri.

Wallahualam. :)

No comments: