Saturday, April 24, 2010

pengalamanku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

salam semua..
Maaf kerana membiarkan blog ini bersarang dan berhabuk setelah sekian lama..
dek kerana kesibukan study + berprogram.
"yeke?"
tidak tepat sebenarnya.
sebab masa ada je kalau kita cari waktu n bersungguh2..
ada masa yg dibazirkan dgn berfacebook, chat di Yahoo! Messenger, tidur dsb..

Suka sy berkongsi kata2 masa yg sy ambil dr FACEBOOK rakan saya

"pergunakanlah dgn baik & jadikanlah aku bekalmu.sbb bila aku pergi,aku tidak akn pernah kembali hingga hari kiamat"-MASA-


Jadi, harini sy nak luangkan sedikit masa berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa sepanjang tak berblog ni..hehe

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana memberi peluang kpd saya utk menyertai pelbagai program.

Antaranya, Relay for Life(Cancer), Lafayette Urban Ministry Shelter Project(LUM), Big Sister Program, Midwest Games 2010, dan Boiler Blast.

tapi sy hanya hndk mengulas tntg Relay dan LUM Project krn khuatir post akan menjadi terlalu panjang.

Relay for Life ni utk minta donation utk org2 cancer. Selama lebih kurang sebulan kutipan dilancarkan. Alhamdulillah, donation daripada kawan2 Muslim sahaja mencecah $35o! Syukur padaNya. Dan ada 1 hari kitorg meRelay iaitu berjalan dlm satu bulan (seperti tawaf) dan bulatan itu tidak pernah putus dari 6pm hingga 6am. caranya, satu wakil dari setiap organization yg join mesti ada dlm bulatan itu. Jadi, kami ambil shif setiap 1 jam. Saya jaga tabling dan berjalan selang seli sehingga ke pukul 10 atau 11malam. rasa di hati spt mahu pulang tp bila fikir2 kembali, jika sy berada di situ, org akan nmpk keterlibatan Muslim dalam program ini. (lagi2 sy bertudung & solat di situ) Ini pun satu dakwah juga. Maka, sy berada di situ hingga jam 4 pagi shj dek kerana terlalu ngantuk dan penat.

Ada satu rakan sy yang concern bertanya kpd saya knp join Relay? lebih baik kutip donation utk Palestin daripada Relay. betul. rakan2 sy yg Muslim byk join utk Palestin, mrk boleh buat kutipan donation. Relay ini, sy lihat sungguh sedikit Muslim yg menyertainya. Hanya sy yg brtudung malam itu. Alhamdulillah, rakan2 sy , Aisyah dan Jasmina dtg sebentar utk menemani saya. Jadi, sy melihat peranan sy sbg wakil orang Islam bahawa kami juga CONCERN.

Dan mungkin juga boleh menghilangkan persepsi negatif mereka(seperti terrorism) terhadap Islam. kerana jika Muslim itu terrorist, knp sy kisah dan bersusah payah utk mengutip derma utk pesakit cancer di US? sungguh xlogikkan?

Semoga ini juga menjadi dakwah dan usaha sy diterima Allah. insyallah.


LUM project ni pula utk homeless people di area West Lafayette ni. Ini usaha MSA(Muslim Student Association) utk menyampaikan dakwah through donation. alhamdulillah, kutipan mencecah $1000++. dan sekali lagi, sy berjaya mengutip hingga $450! Allahuakbar!!
Terharu sungguh sy pada sahabat2 sy. Mudah sungguh mereka menginfakkan harta di jalanNya.
Saya hanya ulas sedikit shj tntg program ini dan mereka terus menderma.

Ada seorg rakan saya di Minnesota. sungguh bersungguh2 sekali dia. Walaupun tiada paypal, tetap mencari rakan yg punya paypal. Pabila kawan itu tidak arif menggunakan paypal, dicari pula rakan yg lain dek kerana nak menderma demi Islam. dan masyaallah, dermanya pula derma yg bukan sedikit. Dia kata dia teringat penanda buku yg sy berikan kpdnya bertulis :

"Maka berlumba2lah kearah kebaikan."

Dia sungguh cemburu dan ingin menyertai saya dgn menderma. Betapa mulianya hatinya yg cemburu kpd org yg buat kebaikan(dgn niat hndk membaiki diri)
Alhamdulillah krn sy dikurniakan rakan spt itu.

Alhamdulillah, dlm satu malam shj (sebelum kutipan derma ditamatkan) sy berjaya mendapat $100+ daripada rakan Purdue, Wisconsin, Minnesota dan banyak lagi. Terima kasih sahabat2ku!

Kesimpulannya, apabila hendak menyertai sesuatu program, walaupun non-islamic, kita boleh menjadikannya islamic dgn niatkan hanya keranaNya sbg dakwah. insyallah.

"Jauhilah diri ini dari riak.ameen."

No comments: