Sunday, January 24, 2010
Melayu bebaskan Palestine?
website hilal asyraf ni ceritakan tntg org Jordan yg meletakkan kepercayaan pd org Melayu Muslim utk menjatuhkan Yahudi dan membebaskan Palestine suatu hari nnt..
Mereka percaya Malaysia adalah negara Islam yang maju n membangun dan diorg sgt respect pd kita..
Seharuskan kita menghargai kepercayaan ini dan menjadikan angan2 ini menjadi suatu realiti insyallah...
Kelak , kita tidak menjadi org2 yg rugi insyallah..
Semoga sharing ini bermanfaat dan menaikkan semangat jihad dalam diri insyallah..
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-malaysia-dipuji-khatib-di-jordan/
"Sungguh, kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."(alBalad:4)
Perjuangan ni mmg amat sukar tp beruntunglah org2 yg berjualbeli dgn Allah..
Semoga kita akan diganjari syurga..ameen~
Friday, January 22, 2010
demi masa~
u've got to HEAR this!!
tafseer of surah al-asr (by Nouman Ali Khan)
http://bayyinah.com/podcast/2010/01/19/103-asr-part-1/
Thursday, January 21, 2010
bahasa jiwa bangsa?
just terfikir hal ni..
nak sembang dengan kawan, masing2 tgh busy.
td mama call pula, lupa nak bgtau sbb tgh sibuk buat homework..
so, cerita kat sini shjlah ya..
komentar dan pendapat2 bernas amatlah dialu-alukan..
begini ceritanya..
saya major dlm actuarial science.
tapi kat Purdue University ni, dia wajibkan utk amek subjek statistics
jadinya, automatic bila graduate nnt akan ada double major, insyallah
ameen
lpstu, plan nak minor in management coz kene tambah lagi 1 or 2 subjek sbb byk jugak requirement utk subjek management..
then, kerana minat dlm language (arab salah satu daripadanya), so bercita2 nak minor in arabic jugak
planning da mantap, memang sempat habis before graduate insyallah
tp, Allah Maha Menentukan...
skrg, kita tgk dulu apekah requirements utk dpt minor in arabic ni
red :not yet
orange : on the way
green : pass
ARAB :
101
102
111-communication (1credit)
112-communication (1 credit)
201
202
301
302
+ 9 credits more(3classes) probably in culture & literature
total dlm 29 credit hours which means bila graduate baru habis
sepatutnya skrg ambil 102 & 112 (lompat 111-lps kene interview) sbb 111 ni
kene ambil bersama2 dgn 101(tp sbb waktunya clash dgn class econ)
sbb sikit sgt yg ambil 112, class tu pn dibatalkan..
dgr2 cerita pulak, administration arab ni xbgus sgt
pernah skali bila kawan(junior year) nak minor in Arabic gak tp unavailable masa tu,
jadi dia pn mengcancelkan niatnya(wallahualam)
certain profs yg sgt bagus pn diberhentikan kerja-which we dont know why but kinda sad to hear that.
Macam x smpt..
then, terfikir lak, kita kalo boleh biar jadi all rounded person
which tahu sikit dlm semua perkara n mahir benar(tahu byk) dlm sesuatu bidang.
Kebetulan, mira mmg minat languages...
so, bila tadi Claire ckp psl French, terfikir pula,
what if mira troskan ambition utk kuasai bahasa2 asing..
so, instead of minor in Arabic(yg xyakin dpt ke x), boleh la mira bljr French, Chinese, Japanese, Korean, Spanish, etc
meaning ambil 1 or 2 courses each..
"what say you?"
mcm menarik!
so, by the time habis pengajian, dpt kuasai dalam 6-7 bahasa!!
arab insyallah akan ada kursus intensif di Malaysia..
kiranya, walaupun x dpt minor arab, tp dpt la fhm n bertutur dlm bahasa arab as well as other languages!!
perlu solat istikharah ni..
moga diberi petunjuk yg terbaik insyallah..
ameen~=)
p/s: jgn lupa bg komen n cdgn..TQVM!!
salam..
Wednesday, January 13, 2010
sharing is caring
S.H.A.R.I.N.G :
Whatever we possess becomes of DOUBLE value when we have the opportunity of sharing it with others."-Bouilly
1)kisah Nabi yg sy dpt dr blog kwn sy
(dia pn ambil dr www.iluvislam.com)
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, janganlah kita mengata hal orang walaupun ia benar.
Ada sedikit penambahan di sini,
Hanya org bodoh shj menceritakan keaiban diri sndiri(sy pernah dengar dr sumber lain) dan jangan menceritakan keaiban org lain krn jika kita menutupi keaiban saudara kita, insyallah allah akan tutup keaiban kita di akhirat kelak.
2) lagu yg mengajak kita memuji Allah
Talib Al Habib: Kalimatan
http://www.youtube.com/watch?v=qMVLqtDQSe0
p/s : make sure pausekan lagu di ipod sebelah kanan sblum dgr lagu ni sbb takut overlap
bunyinya..syukran!=)
semoga bermanfaat..insyallah.=)
3hari selepas sekolah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Hari ni, masuk hari ketiga persekolahan (walaupun belajar di uni still nak pggil sekolah)..bru trasa jiwa muda remaja..
semangat pemuda!!hehe..
First day of school..hm...1st class lg da terlambat masuk dlm 5 minit..xtau la nape sem ni asyik masuk lambat je dlm 5 or 10minit...n everytime rase menyesal.
why?
ade 3 sebab di sini.
1)malu sbb dtg lmbt 2)gngu konsentrasi org lain 3)gagal menunjukkan model yg baik sbg seorg Muslim <-- ni yg pling penting
setiap kali lambat asyik fikir
"Astaghfirullah, camne nak tunjukkan Islam agama yg BEST kalau study pn x menepati waktu?"
Maybe sbb x dpt jaga waktu solat lg...
Alhamdulillah, tgh try x mo terlepas waktu solat..lg2 subuh..dugaan2...
Penah dgr la, org yg jaga waktu solat insyallah hidupnye teratur(berdisiplin)
So, mira, ape lagi, jaga waktu solat(solat awal waktu) and try to be on time if u cannot be early..
Show your respect to the prof n ur classmates.. Show that Islam is such a beautiful ad-deen
Insyallah mira, insyallah...
Okay..then, started to read quran from the beginning with the translation
Subhannallah! such beautiful ayaats in there!
rugi..masa 18thn hidup di muka bumi ni x pernah tgerak nak bc quran translation cover to cover
Bila masa muktamar shaykh Umar tny sape pnh baca whole quran translation n bila xde sorg pn yg angkat tgn, beliau mula bersuara ,
"U all are the cream of the crops, the most intelligent students.but none of u read quran translation from cover to cover?! shame on you!shame on you! even the non-muslims who read some ayahs from the quran reverted to Islam..shame on you!"
tatkala itu, sy menundukkan pndgn ke lantai..sgt2 malu...
Alhamdulillah, permulaan yg baik bg tadarus..
baru bc dlm 7 m/s, byk ayat2 cinta dan peringatan drpd Allah.
antaranya..
2:2 <--Allah sbg petunjuk org bertakwa 2:22 <--jgn syirik 2:25 <--balasan syurga bagi org beriman 2:30 <-- manusia sbg khalifah 2:32 <--doa 2:40,41,47 <--tntg Bani Israil 2:42 <--kewajipan berdakwah 2:44 <--do as u said 2:45-46 <--minta pertolongan Allah dgn SABAR dan SOLAT 2:38 <--jgn takut n jgn bersedih hati jika kamu org benar
(bg yg konfius mn satu no surah & no ayat, yg 1st tu no. surah, 2nd baru no. ayat. jgn risau, dulu pn sy pernah konfius juga.sama2 belajar ye.. ^_^)
Subhanallah...alhamdulillah, syukran krn menganugerahi aku ilmuMu.
Semoga ianya dpt diamalkan..
krn ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..<--pepatah arab Alhamdulillah, bln ni da bersedekah,,walaupun x byk, moga ia dpt menolong di akhirat nnt. tujuan sy share ni bukan utk menunjuk2, tapi moga dgn perkongsian ini dpt membuka hati2 yg lain utk menginfakkan harta di jln Allah.insyallah
Saya suka 1 ayat quran tntg sedekah ni...setiap kali sedekah dkt masjid tu(online), dia akan bg ayat ni (albaqarah,ayat 261)
"Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya di jalan Allah spt sebutir biji yg menumbuhkan 7 tangkai, pd setiap tgkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan bg sesiapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui"(2:261)
Allahuakbar!
bayangkan, kalau kita derma $1.
Bayangkan duit tu boleh membiak(bayangkn-percubaan mnjadi kreatif.;p)
so, $1 --> $7
lepastu setiap $1 tu membiak jd $100..
so, $1-->$7$-->$700
agak2, kalau ada pokok $1 yg boleh keluarkn $700, mesti kita dah buat ladangkan?
Jadi, apa kata kita buat ladang tanaman pahala utk akhirat?
Memanglah x mudah..xde perkara dlm dunia ni yg mudah.
Nak tau x kenapa?
sbb, Allah da bgtau dlm quran, mmg Dia jadikan manusia utk bersusah payah.
tak percaya?
Cuba cek ,
3:186 2:214 90:4
"Sungguh, kami telah menciptakan manusia berada dlm susah payah"(90:4)
tapikan, dlm bersusah2 tu, Allah tenangkan kita,
Dia ckp, "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."(94:5-6)
Maha Penyayangnya Allah, dia pujuk balik kita supaya tidak mengalah dan setiap usaha kita tu walau sebesar biji sawi sekalipun, akan dibalas.
Ayat ni ada dlm surah al-Luqman
"(Luqman berkata),"Wahai anakku!Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) sebesar biji sawi, dan berada dl batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya(balasan).Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti"(31:16)
Cakap psl sedekah2 ni, saya nak donate slightly worn shoes.
Sy ternmpk billboard tu masa jaulah muktamar haritu.
Walaupun ringkas, tapi cukup menarik perhatian dan dpt sampaikan msg dgn berkesan..
Gambar seorang kanak2 Afrika yg cukup comel dan url(www.giveshoes.org)
Rupa2nya, donate shoes ni bole kurangkn pencemaran alam sbb gam kat kasut tu bole mencemarkan alam.
Sekarang tgh cari camne nak donate sbb center yg pling dekat di Kokomo, bout 1jam dr sini.
So, tgh nak minta tlg dr Sarah (Pakistani) yg tinggal kat Kokomo.
Moga dipermudahkan urusan..ameen
Macam mana pulak dengan masakan?
Ha, bab ni mmg lemah sikit la..xdpt la kawin lg(gurau je..hehe)
masak asam pedas..terpedas...mn taknya, letak 4sudu serbuk cili babas
hirup pulak skali byk,
lepastu dah x keruan, tros capai susu, minum, alhamdulillah, Allah hilangkn pedas
Alhamdulillah juga, roommate memberikan pertolongan.
percubaan kali ke-3 yg not bad.Alhamdulillah
Learning takes time.
Bak kata Lin, cooking is an art.
So, jgn risau. Insyallah mira boleh!!
Mama abah, Amir , Akmal, Kholati, Kholi, K.Naja n semua,
insyallah balik summer nnt mira da boleh tlg masak..^__^
positive thinking =D
Nak sambung balik pasal ujian dari Allah,(tadi masakan tu iklan sebentar.hehe)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebajikan) yg dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yg diperbuatnya...." (2:286)
tup..tup..lps tu,mcm2 mslh datang.
Tak boleh connect internet,
tak dpt register kaspersky sbb ade mcafee(yg xleh nak detect kat mana)
walau da cari mcafee removal tp x menepati syaratnya
xstudy lagi
xbeli buku lg
n mcm2 lg la...
frust..tp ni kan ujian Allah
"xkan sikit pn da mengeluh mira?"
Itulah ayat yg sering berlegar2 di minda dan meniti di bibir.
Allah nak tgk, betol ke mira btol2 mengimani ayatNya.
Kalau masa interview, kita x menepati ciri2, mesti da fail.
Ni, Allah ni, Tuhan yg cipta kita, seharusnya mira kenala lagi berhati..
jaga hati, jaga kata, jaga perlakuan
Insyallah boleh, insyallah..
and kwn2 ada share 1 lagu dan kisah nabi. tapi sbb post ni da pnjg sgt.
insyallah akan dipost sebentar lagi..so, stay tune okay??=)
semoga hari2 yg berikutnya lebih baik dan lebih indah..insyallah..^_^
Saturday, January 9, 2010
To be a better muslimah
Thursday, January 7, 2010
Muktamar & Cabin
Wednesday, January 6, 2010
Sabar
Sunday, January 3, 2010
winter break!
salam...
Saya baru balik daripada bercuti..
Kalau ada masa, silalah lihat gmbar2 saya di :
http://picasaweb.google.com/imandehearty/LastDayInBlueRidge#
Insyallah kalau ada kesempatan, akan sy ceritakan pengalaman menarik saya berjaulah sempena winter break ini..
Sekian..