Monday, May 11, 2009

I'm back!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Salam...

Apa khabar semua?

Apa khabar iman di hati? =)

Buat mereka yang menunggu-nunggu post yang sekian lama menyepi dari saya,

Saya ingin memohon kemaafan kerana ‘tidak berkesempatan’ sebelum ini. Huhu..

Sekarang musim panas sudah melebarkan sayapnya bagi pelajar-pelajar ADFP.

Sememangnya, ramai teman2 seperjuangan sudah mula bergoyang kaki dan buntu dek kerana

Kelas yg rata2 hanya dua jam sehari.

Memang benarlah pepatah yg mengatakan bahawa “Masa lapang memang membunuh pemuda.

Oleh itu, buat mereka yang terasa masanya sungguh lapang, marilah kita sama2 mengisi masa lapang ini dengan aktiviti yang berfaedah..

Jika dahulu sungguh sempit masa untuk beribadat lebih kepadaNya, maka, semester kali ini, kita gunakan sepenuhnya untuk mempertingkatkan ibadah kita pada yang Esa.

Harus diingatkan di sini bahawa ibadat bukanlah skop yang sempit tetapi sungguh luas. Segala yang kita lakukan kerana mengharapkan keredhaanNya adalah IBADAT.

Bagi mereka yang perlu merepeat Calculus 1 pula, janganlah kalian bersedih hati kerana kalian dapat memantapkan ilmu Calculus 1. Malah, mungkin dapat member tunjuk ajar pada kami di kemudian hari.

Kepada yang ditakdirkan utk tekun membelek buku hijau itu sekali lagi utk Calculus 2 pula,bergembiralah kerana kesusahan anda summer ini kelak akan membuahkan hasil..

“Korang boleh tros ke Calculus 3 tyme kat US nnt...Tahniah!”

Okeh...kepada mereka yang masuk kelas Psychology, Quran Sunnah , dan ekonomi..Walaupun subjek2 tu x seberat mereka yang mengambil Calculus, jangan pula kita mengambil mudah subjek ni..

Kan subjek2 ni mmg utk membantu meraih pointer kita? So, manfaatkanlah sebaiknya...

Ambillah pengajaran yang baik daripadanya agar dapat kita amalkan dan dikongsikan kepada sahabat2 kita yg lain..insyallah..

Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Riwayat Ahmad)

Naudzubillah...Oleh itu, marilah kita berkongsi ilmu agar dapat manfaatnya..^_^

No comments: