Wednesday, December 10, 2008

25 NASIHAT LUQMANUL HAKIM

Semalam sambil lepak2 kat bilik, aku saja belek2 majalah MIDI keluaran Jun 2008. Ternampak 1 artikel yang menarik..
Moga dapat kita kongsi together2..huhu~(bak kate dak ADFP, sharing is friendshipping..ahax!)

"Hai anakku : Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. bila engkau ingin selamat, agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKAL kepada ALLAH."

"Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan sari Allah jua."

"Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina danrendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat dengan ALLAH dan selalu berusaha menhindarkan maksiat."

"Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marah ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman."

"Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."

"Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhaka kepada ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut(taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmatNYA."

"Hai anakku; seorang pendusta akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yangt tidak mahu mengerti."

"Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga(jiran) yang jahat."

"Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah sahaja yang layak menjadi utusan."

"Jauhilah sifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung."

"Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja."

"Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja."

"Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan."

"Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka."

"Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal iti tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya."

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah."

"Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga."

"Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu."

"Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu."

"Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya."

"Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat begi orang lain."

"Hai anakku; jangan;ah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu."

"Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal."

"hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cajaya hikmah dari mutiara katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan."

"Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat bebat orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini setelah meneguk habis airnya kerana sesungguhnya engkau makan dan pakai itu adalah tanak belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."

1 comment:

HARYA said...

thanx..
i enjoy da advice..
btw...
sedap lagu base 2..